Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all 3940 articles
Browse latest View live

Sinopsis Telefilem Sampai Nanti; Astro Citra/Citra HD

$
0
0


SINOPSIS SAMPAI NANTI
Kyle dan Milly bertemu kembali setelah 10 tahun terpisah dan cinta lama kembali terjalin. Tetapi adakah cinta mereka akan terus kekal hingga ke akhirnya? Saksikan telefilem Sampai Nanti lakonan Juliana Farhana dan Amar Nafis di Astro Citra pada Sabtu ini, 24 Ogos jam 9 malam. Lakonan Juliana Farhana, Amar Nafis, Nas T, dan Ramona Zamzam.

Yusuf Bahrin Jelmaan Aeril Zafrel? Ini 5 Perkara Wajib Anda Tahu Tentang Yusuf Bahrin!

$
0
0


Pelakon baharu yang memegang watak sebagai Dr. Amar dalam drama siri adaptasi novel berjudul Sweet Dreams, Yusuf Bahrin ternyata berjaya mencuri perhatian penonton. Sejak ditayangkan lebih dua minggu lalu di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD, drama yang diarahkan oleh Michael Ang itu memang menjadi bualan hangat peminat drama Melayu tempatan.

Watak Dr. Amar sebagai teman kepada Qash lakonan Ben Amir turut tidak ketinggalan menjadi bualan peminat. Lebih menarik Yusuf Bahrin dikatakan mirip pelakon popular Aeril Zafrel. Bukan sahaja parah wajah mereka mempunyai iras, malas gaya jambang yang hampir serupa membuat ada peminat yang tersalah anggap antara Yusuf Bahrin dan Aeril Zafrel.

Bercakap kepada Astro Gempak, Yusuf Bahrin ternyata tidak terkesan dengan senario yang mengaitkan persamaan wajahnya dengan Aeril Zafrel.

"Kalau nak diikutkan, siapa suka untuk dibanding-bandingkan... betul tak? Saya pelakon baru yang mahu menonjolkan potensi diri dan bakat manakala Aeril pelakon yang lebih berpengalaman. Tetapi pada saya, bila ada peminat yang membuat perbandingan, itu akan menjadi satu cabaran pada saya untuk membentuk imej berlainan. Saya mencabar diri mahu memberikan sesuatu yang berlainan agar peminat dapat melihat perbezaan antara saya dan juga Aeril pada masa akan datang," katanya optimis.

Bagi kami Yusuf Bahrin mempunyai pakej lengkap untuk menjadi hero pujaan ramai pada masa hadapan. Malah, gaya lakonan bersahaja dengan unsur humor yang dipamerkan menerusi dialog watak Dr. Amar ternyata aktor ini mempunyai potensi besar. Meskipun dikatakan mirip Aeril Zafrel, namun bagi kami Yusuf Bahrin tetap mempunyai auranya tersendiri.Malah sosok tubuhnya yang lebih tegap berbanding Aeril mungkin akan menjadi bonus kepadanya!

Jom, kita semak profil diri Yusuf Bahrin!
  1. Dilahirkan pada 8 Jun 1992 di Shah Alam, Yusuf mempunyai dua orang adik lelaki dan seorang adik perempuan.
  2. Sebelum mula berlakon, Yusuf mempunyai perniagaan sendiri. Yusuf pernah membuka barbershop di Melaka selama dua tahun dan pada masa yang sama, Yusuf pernah bergelar jururunding kewangan secara separuh masa.
  3. Sebelum membintangi drama Sweet Dreams yang merupakan karya keenamnya, Yusuf pernah menjayakan watak-watak kecil dalam Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya, Asam Pedas Cendol Sejoli, Calon Menantu Tuan Rumah, Abg Tinted Handbag Ajaib dan Kau Yang Pertama.
  4. Yusuf menjadikan pelakon Faizal Hussein sebagai hero kegemarannya malah Faizal sebagai seorang pelakon yang berkarisma dan versatile. 
  5. Kini, Yusuf telah dilamar menjadi salah seorang artis dibawah pengurusan Laugh Out Loud Entertainement dan pembbaitannya dalam dunia seni mendapat restu dan sokongan ahli keluarga.

Sinopsis Telefilem Kenduri Hari Merdeka; Cerekarama TV3

$
0
0


SINOPSIS KENDURI HARI MERDEKA
Anak sulong ketua kampung Pak Akob, Hana akan berkahwin. Kebetulan tarikh jatuh pada Hari Kebangsaan nanti. Pak Akob dan anak keduanya, Adriana lebih berjiwa patriotik. Namun Hana memilih tema Alam Laut untuk majlisnya. Adriana mencadangkan untuk menggabungkan dua tema tersebut untuk majlis perkahwinan Hana. Dengan bantuan Amar, Lukman dan Zainol mereka bekerjasama untuk memeriahkan majlis itu. Dalam masa yang sama mereka bertiga ingin menambat hati Adriana. Namun tidak semudah yang disangka. Pelbagai cabaran terpaksa dilalui.

Dibintangi Idris Mat Diah, Ashraf Muslim, Azar Azmi, Adam Shahz, Chiwan Chilok, Lia Natalia, Raja Hakim. 

Sinopsis Telefilem Bukan Lelaki Biasa; RTM TV1

$
0
0



SINOPSIS BUKAN LELAKI BIASA
Kisah anak-anak Malaysia kacukan Bangladesh yang tebal jiwa patriotiknya walaupun sering dihina perbezaan bangsa, budaya dan asal-usulnya tidak menghalang mereka menjadi anak Malaysia sejati. 
Saksikan telefilem khas sempena hari kemerdekaan di RTM bertajuk Bukan Lelaki Biasa. Dibarisi pelakon seperti Idris Khan, Radhi Khalid, Catriona Brian Ross, Fendry Bakry, Hafeez Mikail dan ramai lagi. Ditayangkan pada 31 Ogos pukul 9 malam di TV1.

Sinopsis Telefilem Matahri; Astro Citra/Citra HD

$
0
0


SINOPSIS MATAHARI
Fauzi seorang guru yang telah dihantar untuk berkhidmat di Sabah. Di sana dia telah berkenalan dengan seorang novelis yang sedang mengalami masalah 'writer's block' iaitu Yazid. Saksikan telefilem Matahari arahan Jalil Hamid di Astro Citra pada Sabtu, 31 Ogos pukul 9 malam. Lakonan Wan Raja, Jalil Hamid, Kodi Rasheed, Maimunah Ahmad, Hana Piah, Datuk Hazri Nordin

Sinopsis Telefilem Khutbah Merdeka; RTM TV1

$
0
0


SINOPSIS KHUTBAH TERAKHIR
Kisah Ustaz Hidayat yang dipilih menjadi Imam sementara di kampung tidak disukai oleh orang kampung atas sebab beberapa tindakannya yang dirasakan pelik. stimewa sempena sambutan maal hijrah, RTM akan menyiarkan telefilem Khutbah Terakhir lakonan Haris Ismail, Ardell Aryana dan Azhan Rani pada Ahad, 1 September pukul 9 malam di TV1. Lakonan Haris Ismail, Azhan Rani, Ardell Aryana, Kazar, Ruminah Sidek, Danish Hazriz, Norlia Ghani, Yaakob Abd Aziz, Saipol Bahari, Saiful Azwan

Noor Nabila Sah Fail Cerai; Rumah Tangga Sharnaaz Ahmad Di Ambang Kehancuran?

$
0
0


Kakak kepada selebriti terkenal Neelofa, Noor Nabila mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad. Memetik laporan BH Online, Nabila yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu bagaimanapun memberitahu dia berharap agar diberi ruang dan apa yang paling penting adalah masa depan anak mereka, Jebat Jayden.

“Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad.

“Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah. Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang. Doakan kesejahteraan saya dan anak saya,” katanya kepada BH Online.

Apapun keputusan, kami doakan yang terbaik buat kehidupan pasangan ini.

Senaskhah Al-Quran Iringi Ijab Kabul Ardell Dan Nadzmi

$
0
0


Pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana selamat diijab kabul dalam satu majlis sederhana yang diadakan di kediaman pelakon wanita cantik itu di Selangor.

Ardell menerima hantaran senaskhah Al-Quran dan mas kahwin sebanyak RM300. Kedua-dua pasangan pengantin itu masing-masing berbalas dua dulang hantaran.

Pasangan yang sudah mengenali antara satu sama lain sejak 8 tahun lalu itu belum mempunyai tarikh untuk majlis resepsi. Mereka juga tidak menetapkan lokasi berbulan madu.

Tahniah daripada kami buat Ardell dan Nadzmi, semoga bahagia hingga ke Jannah.

Akan Datang Drama Adaptasi Novel Lelakimu Yang Dulu; Akasia TV3

$
0
0


Slot Akasia di TV3 menampilkan sebuah lagi drama bersiri adaptasi novel. Nantikan drama adaptasi novel Lelakimu Yang Dulu karya Farah Darianna di slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Syafnida Shuhaimi, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Jalaludin Hassan, Dian P.Ramlee, Rosnah Johari, Hamidah Wahab, Arryyan Petra.

Drama Lelakimu Yang Dulu mengisahkan tentang Hazrul dan Daliya yang terpisah apabila Hazrul dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan merogol. Daliya yang terluka membawa diri bersama kandungan yang dirahsiakan daripada Hazrul. 

Setelah dua tahun berpisah, Hazrul menemui Dailya dan mendapat tahu tentang kewujudan zuriatnya bersama si isteri. Lantas rancangan diatur untuk mendapatkan zuriatnya, Heidi Isyraf dan mahukan Daliya kembali padanya. Disamping itu, Nazli yang setia disisi Daliya juga menyimpan perasaan cinta terhadap Daliya.

Nantikan tayangannya dijangka September 2019 di Slot Akasia TV3, dari Isnin hingga Jumaat jam 7 petang hingga 8 malam.

Sinopsis Drama Cinta Belum Tamat Tempoh; Megadrama Astro Ria/Ria HD

$
0
0


SINOPSIS CINTA BELUM TAMAT TEMPOH
Setelah kematian ibu bapanya, Qaisara bekerja keras meneruskan kehidupan bersama adiknya, Qhalish sehingga dia berjaya membuka sebuah kafe. 
Kini adiknya, Qhalish sudah dua tahun bertunang dengan Arisa dan merancang untuk berkahwin namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu kerana mahu menjaga hati kakaknya yang belum berkahwin, ditakuti langkah bendul. 

Qhalish mempelawa sahabat baiknya, Radin untuk menjadi abang iparnya. Selepas mendapat pelawaan Qhalish dan juga desakan daripada mamanya untuk berkahwin, Radin mengambil keputusan untuk mengenali Qaisara dengan usahanya sendiri.

Pelakon Dan Watak Drama Cinta Belum Tamat Tempoh; Megadrama Astro Ria/Ria HD

$
0
0


Drama bersiri Cinta Belum Tamat Tempoh bakal menghiasi slot MegaDrama di saluran Astro Ria. Dibintangi oleh Nafiz Muaz, Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem dan Dayang Areeda. Sebuah drama tulisan Rehal Nuharis, arahan Khan Mancung. Akan menemui penonton bermula 9 September, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

WATAK PELAKON 
Bella Astillah sebagai Qaisara
Nafiz Muaz sebagai Radin
Fendy Bakry sebagai Megat Haikal
Hun Haqeem sebagai Qalish
Dayang Areeda sebagai Arisa

Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah; Samarinda TV3

$
0
0


Drama bersiri Rumah Siti Khadijah akan disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 10 September 2019. Drama arahan Heykal Hanifah ini akan menyajikan kelainan untuk setiap episod. Akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3. Setiap episod membawakan kisah-kisah bertemakan gadis bermasalah di rumah pemulihan akhlak yang ingin kembali ke pangkal jalan.

Drama bersiri ini dibintangi ramai pelakon, antaranya Farahdhiya, Intan Ladyana, Faezah Elai, Nina Iskandar, Sherry Al Jeffri, Azhan Rani, Zaidi Omar , Zulkifli Ismail, Rahhim Omar, Jay Iswazir, Kamarool Yusoff, Khayrisyah Kemal , Fimie Don, Fara Nadiah, Radhi khalid, Erynne Erynna, Rusdi Ramli , Emelda Rosemila, Syainie Shuhaimi, Asyiqin Zaed, Haziq MacQuistan, Wan Nor Azlin, Syazwan Zulkifly, Adam Shahz, Hanna Aqeela, Syafnida Shuhaimi, Isyariana, Danish Hazriq, Zaefrul Nordin, Razzuan Rosli, Dian Dee, Scha Elinnea, Heykal Hanifah, Aleza Shadan, Bella Dowanna.

Jangan lupa saksikan drama Rumah Siti Khadijah di Slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam hanya di TV3.

Janna Nick Dan Norman Hakim 1 Jam Terperangkap Dalam Lif!

$
0
0


Pelakon Janna Nick dan Norman Hakim terperangkap dalam lif hampir satu jam siang tadi. Kejadian berlaku di sebuah rumah yang menjadi lokasi penggambaran drama adaptasi novel berjudul Demi Rindumu. 

Dalam satu babak memaparkan Janna dan Norman yang memegang watak sebagai adik-beradik menggunakan lif dalam kediaman tersebut, tiba-tiba lif itu rosak dan tidak dapat dibuka. Kedua-dua mereka terperangkap dalam lif itu hampir satu jam.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Norman Hakim menerusi IGTV, jelas memaparkan kedua-dua mereka kepanasan dan 'lemas' ketika terperangkap dalam lif transparent tersebut.

"Ini bukan lakonan, ini bukan cubaan, ini betul-betul semasa nak shoot satu scene untuk drama Demi Rindumu. Nasib baiklah, yang pertama terperangkap dalam lif rumah, yang kedua lifnya transparent, boleh nampak luar dalam"

"Cuak tak cuaklah kalau dah terperangkap dekat sejam. Lemas, panas, haus, lapar, semua cukup!" tulis Norman di instagram miliknya.

Pada akhir video tersebut, salah seorang ahli keluarga empunya rumah tersebut hadir menolong 'membebaskan' Norman Hakim dan Janna Nick daripada terperangkan lif rumah berkenaan. Difahamkan produksi terpaksa menunggu hampir sejam kerana tuan rumah tiada di kediaman pada ketika itu.

Jelas juga kedengaran suara Janna Nick "Nak shoot semula naik lif ni ke? Tak payahlah, naik tangga saja!" 

Hah, itu namanya dugaan ketika penggambaran. Siapa kata jadi pelakon ini mudah? Apa-apapun nantikan sahaja drama adaptasi novel Demi Rindumu untuk tayangan Slot Megadrama di Astro Ria dan Ria HD, lakonan Janna Nick dan Sean Lje sebagai watak utama.

Sinopsis Telefilem Aneh; Astro Citra/Citra HD

$
0
0


SINOPSIS ANEH
Nadia dihantui dengan kehadiran bayangan Ilham yang sedang koma meminta bantuan daripadanya. Tidak tahan dengan gangguan itu Nadia meminta bantuan Musa Adam seorang bekas pengamal perubatan islam yang kini telah mengasingkan diri dari dunia tersebut. Musa Adam menolak keras permintaan Nadia untuk menjaga keselamatan anaknya kerana peristiwa sebelum ini telah memgorbankan nyawa isterinya.

Telefilem Aneh lakonan Fattah Amin dan Elyana akan ditayangkan di  Astro Citra & Astro Citra HD dalam slot Citra Exclusive pada 14 September 2019, Sabtu jam 9 malam.

Akan Datang Drama Adaptasi Novel Cemburu Seorang Perempuan; Megadrama Astro Ria/Ria HD

$
0
0


Slot Megadrama menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD akan membawakan drama adaptasi novel terbaharu, iaitu Cemburu Seorang Perempuan. Nantikan drama adaptasi novel Cemburu Seorang Perempuan karya Siti Hazneza di slot MegaDrama saluran Astro Ria. Dibintangi oleh Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Maembong, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, dan Mior Darwish Drama ini dijangka akan menemui penonton pada bulan September ini. 

Akan Datang Drama Adaptasi Novel Demi Rindumu; Megadrama Astro Ria/Ria HD

$
0
0


Sebuah lagi drama adaptasi novel bakal menghiasi Slot Megadrama siaran Astro Ria dan Ria HD. Cerita asal Diya Jamal ini menggandingkan Janna Nick dan Sean Lee sebagai teraju utama. Turut membintangi drama Demi Rindumu ini ialah Norman Hakim, Elvina Mohamad, Riz Amin, Azri Sabri, Aleeza Shada, Mustapha Kamal dan Raja Nor Baizura. 

Drama Demi Rindumu mengisahkan Nurhana lakonan Janna Nick yang enggan menerima pengakuan cinta Haznik lakonan Sean Lee yang meluahkan perasaan selepas beberapa kali pertemuan. Ini disebabkan pengalaman cinta Nurhana yang lalu yang telah dilukai hatinya. 

Bagi peminat setia Janna Nick pastinya tidak sabar menunggu buah tangan pelakon berbakat besar itu. Drama adaptasi novel Demi Rindumu ini dijangka ditayangkan di Astro Ria dan Ria HD pada bulan Oktober nanti.

Sinopsis Telefilem Back To You; TV3

$
0
0


SINOPSIS BACK TO YOU
Selepas 28 tahun, XiuMin berjaya menjejaki kembar perempuan yang diserahkan kepada keluarga angkat ketika masih bayi. XiuMin yang kini tinggal bersama kembar lelaki ZiCheng masih berusaha untuk menjejaki Cai Yun dengan mengiklankan pencarian Cai Yun di dalam surat khabar. Pencarian mereka akhirnya berakhir apabila berjaya menjejak Cai Yun.
XiuMin teruja untuk menemui Cai Yun tetapi dikejutkan dengan penampilan anak gadisnya yang kini berhijab dan berbahasa Melayu . XiuMin tergamam seketika dan sukar baginya untuk menerima perbezaan yang tidak disangkanya itu. Zhi Cheng kemudiannya menjelaskan Cai Yun dengan nama baharuya, Sofia telah diambil oleh pasangan Melayu iaitu Aiman dan Kamariah dari rumah anak yatim setelah ditinggalkan oleh keluarga angkat Sofia. Sofia telah dibesarkan mengikut budaya Melayu dan memeluk agama Islam.
Apakah kesudahan kasih sayang dua jiwa yang terpisah kerana budaya dan agama ini? Adakah Sofia akan pulang ke pangkuan ibu kandungya, XiuMin atau memilih Kamariah yang telah memberikan sebuah kehidupan buat Sofia?

Saksikan telefilem Back To You di TV3 sempena Hari Malaysia pada 16 September 2019. Lakonan Jasmine Suraya Chin, Remon Lim, Ernest Chong, Azizah Mahzan, Charlie Numan Salleh, Yuna Rahim, Clara James, Alison Khor, dan  Eiza Idanie.


Kemelut Rumah Tangga; Lufya Nafi Suami Gay!

$
0
0


Rumah tangga Lufya dan suaminya Dr. Che Muhammad Hafiz hebat dilanda badai. Media melaporkan Che Hafiz sudah menceraikan Lufya menerusi aplikasi WhatsApp.

Susulan kontroversi rumah tangganya, timbul dakwaan mengatakan suaminya itu meminati kaum sejenis dan bernafsu songsang. Bagaimanapun, Lufya menafikan dakwaan tersebut dan ia hanya fitnah semata-mata kerana dia lebih mengenali suaminya.

“Itu semua fitnah. Saya sebagai isteri lebih mengenalinya serta tahu baik buruknya dari keluarganya sendiri. Dia bukan seorang gay, malah dia sangat bencikan kaum gay. Allah lebih mengetahui dan jauhkanlah fitnah tanpa bukti hanya kerana melihat kepada penampilannya.

“Jika orang cakap pasal fotonya di aplikasi gay itu, bagi saya, ramai je gambar orang lain yang digunakan bagi tujuan fitnah atau suka-suka,” katanya kepada Astro Gempak.

Sinopsis Drama Lelakimu Yang Dulu; Akasia TV3

$
0
0


SINOPSIS LELAKIMU YANG DULU
Mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul dan Daliya apabila mereka terpisah selepas Hazrul ditangkap di atas cubaan merogol. Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu Hazrul dan ingin mendapatkan penjelasan terus dari suaminya itu. Namun, Hazrul masih mendiamkan diri.

Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Daliya mengambil keputusan untuk membawa diri. Beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa depannya lebih-lebih lagi dia disahkan mengandung. Namun, kandungannya itu dirahsiakan daripada Hazrul. Daliya ditemukan dengan Nazli, Zana, dan Ibu Maryam apabila Daliya pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli.

Kehidupan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia bekerja sebagai tukang jahit di kilang langsir Ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazli apabila dia mula ada hati dengan Daliya. Berlainan pula dengan Zana, dia tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya.

Selepas dua tahun, Hazrul dan Daliya ditemukan semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui oleh Hazrul. Hazrul berusaha untuk memiliki anak mereka, Isyraf untuk membalas dendam pada Daliya. Bagi Hazrul, Daliya adalah isteri yang tidak setia. Daliya meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya. Adakah rasa dendam akan terus mengatasi rasa cinta Hazrul buat Daliya? Dapatkah Daliya menerima Hazrul kembali?

Saksikan drama Lelakimu Yang Dulu lakonan Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Arryyan Petra, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Syafnida Shuhaimi, Dato Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee, Omar Abdullah, Rosnah Johari, Hamidah Wahab bermula 19 September 2019 di TV3 menerusi Slot Akasia.

Pelakon Dan Watak Drama Lelakimu Yang Dulu; Akasia TV3

$
0
0


Saksikan drama adaptasi novel 'Lelakimu Yang Dulu' karya Farah Darianna di slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Arryyan Petra, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Syafnida Shuhaimi, Dato Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee, Omar Abdullah, Rosnah Johari, dan  Hamidah Wahab. Ditayangkan bermula 19 September 2019, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.

WATAK PELAKON 
Sharnaaz Ahmad sebagai Hazrul
Nelydia Senrose sebagai Daliya
Redza Rosli sebagai Nazli
Nadia Brian sebagai Zana
Reen Rahim sebagai Faiqa
Ungku Hariz sebagai Idlan
Syafnida Shuhaimi sebagai Nina
Azizah Mahzan sebagai Maryam
Jalaludin Hassan sebagai Haji Fuad
Dian P.Ramlee sebagai Hajah Dian
Viewing all 3940 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>