Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all 3940 articles
Browse latest View live

Sinopsis Drama Suamiku Mr. Blind; HyppSensasi Unifi TV

$
0
0


SINOPSIS SUAMIKU MR. BLIND
Pada zaman remaja, Aidil dengan sikap nakalnya suka membuli Ain. Ain Syuhada membalas dendam dengan menyembur racun serangga ke mata Aidil hingga menyebabkan mata Aidil Zafran buta. 
Sebelas tahun kemudian, Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya. Ain Syuhada muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. 
Ain merahsiakan identitinya dariapada Aidil. Manakala Aidil pula jatuh hati dengan Ain lalu menjadi penyelamat bila Ain putus tunang dengan Rayyan disaat perkahwinan mereka terlalu hampir.

Selepas majlis perkahwinan, barulah Aidil ketahui Ain isterinya adalah orang yang sama merosakkan matanya. Aidil bertekad untuk membalas dendam. Mampukah cinta mengatasi dendam yang membara.

Drama adaptasi novel Suamiku Mr Blind karya Danisyarahmat akan ditayangkan di Unifi TV saluran HyppSensasi 116. Dibintangi oleh Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari dan ramai lagi. Ditayangkan bermula 5 Ogos, setiap Isnin hingga Khamis pukul 9 malam.

Pelakon Dan Watak Drama Suamiku Mr. Blind; HyppSensasi Unifi TV

$
0
0


Drama adaptasi novel Suamiku Mr Blind karya Danisyarahmat akan ditayangkan di Unifi TV saluran HyppSensasi 116. Dibintangi oleh Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari dan ramai lagi. Ditayangkan bermula 5 Ogos, setiap Isnin hingga Khamis pukul 9 malam.

WATAK PELAKON 
Nazrief Nazri sebagai Aidil Zafran
Janisa Jalil sebagai Ain Shuhada
Zoey Rahman sebagai Rayyan
Intan Najuwa sebagai Wani
Dayana Roza sebagai Melissa
Bella Nazari sebagai Dato Adila
Fadzil Zahari sebagai Azman
Khaty Azian sebagai Puan Sri Azizah
Rahim Kidol sebagai Pak Deris
Fathil Dhani sebagai Encik Ismail
Sheila Hassan sebagai Puan Ainon
Roslan Salleh sebagai Pak Darus
Gen Darwish sebagai Dani
Puteri Rayyana Rayqa sebagai Auni
Izzul Faiq Zuhairi sebagai Aidil Zafran

Sinopsis Drama Sweet Dreams; Megadrama Astro Ria/Ria HD

$
0
0


SINOPSIS SWEET DREAMS
Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.
Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.
Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.
Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.
Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

Pelakon Dan Watak Drama Sweet Dreams; Megadrama Astro Ria/Ria HD

$
0
0


Saksikan drama diinspirasikan daripada novel Sweet Dreams karya Acik Lana yang bakal disiarkan di slot MegaDrama saluran Astro Ria. Menampilkan gandingan Ben Amir dan Mira Filzah. Bakal menemui penonton bermula 5 Ogos 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Puteri
Ben Amir sebagai Qash Adam
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Yusuf Bahrin sebagai Amar
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Fadil
Didi Astillah sebagai Melissa

Sinopsis Drama Tuan Danial; Lestary TV3

$
0
0


SINOPSIS TUAN DANIAL
Cinta yang cuba diatur oleh keluarga Tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Danial telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah. Dan alangkah sengalnya menjadi pembantu rumah yang serba tidak tahu membuat kerja rumah. Terjalinkah cinta mereka? Bagaimanakah Danial menangani seorang maid yang serba tidak tahu?

Saksikan drama adaptasi novel Tuan Danial karya Azizah Ami akan disiarkan menerusi Slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan Idris Khan dan Intan Najuwa. Drama terbitan Creative Skill Solution dibawah arahan Idora Abdul Rahman.

Pelakon Dan Watak Drama Tuan Danial; Lestary TV3

$
0
0


Saksikan drama adaptasi novel Tuan Danial karya Azizah Ami akan disiarkan menerusi Slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan Idris Khan dan Intan Najuwa. Drama terbitan Creative Skill Solution dibawah arahan Idora Abdul Rahman.

WATAK PELAKON
Idris Khan sebagai Tuan Danial
Intan Najuwa sebagai Tengku Ismahanim 
Luqman Hafidz sebagai Rizal
Zuhairie Hashim sebagai Tuan Hashim
Noniswara sebagai Puan Marlia
Aman Graseka sebagai Tengku Khalil
Mohd Syafi sebagai Tengku Hatta
Mathni Razak sebagai Azad
Iman Zulkarnain sebagai Remy
Atikah Suhaime sebagai Nell
Ali Reza sebagai Zahid
Afifah Nasir sebagai Dee

Netizen Kecoh Rehal Atau Buku Mercu Puncak Bangunan DBP Hendak Dirobohkan! Berapa Ramai Baca Buku Atau Al-Quran Dalam Sebulan?

$
0
0


Viral di media sosial melibatkan netizen dengan pelbagai spekulasi apabila JKR hendak merobohkah binaan rehal atau buku yang merupakan mercu tanda puncak bangunan Dewan Bahasa & Pustaka. Rata-rata netizen yang marah beranggapan rehal atau imej buku yang merupakan lambang ilmu dalam islam hendak dibuang. Malah, ada yang lebih lancang menyebut tindakan ini seperti imej Islam diturunkan!

Pengguna Twitter, Amirul Radzi berkongsi mengapa rehal atau imej buku di puncak bangunan DBP itu hendak dimusnahkan. 

Jelas pencerahan itu, struktur tersebut diperbuat daripada besi dan sudah berkarat dan mereput. Ini memungkinkan pada bila-bila masa sahaja strutur rehal atau buku tersebut akan runtuh ke bawah dan mengakibatkan kemalangan.

Menurutnya lagi, pihak JKR sudah meletakkan tension cable menyokong struktur binaan tersebuttetpai telah tegang dan berada pada tahap bahaya. Tiada rectification yang boleh dibuat melainkan dibuang kesemuanya. 

Menerusi tinjauan kami dalam komen-komen di posting tersebut yang memaparkan imej-imej ini, masih ada netizen yang mempertikaikan keaslian gambar-gambar yang dikongsi. Malah ada komen yang bebraur benci dan caci. Tidak kurang yang mengaitkan dengan sensitiviti keagamaan dan ketaksuban politik.

Persoalannya, dalam ramai netizen menulis komen negatif  tanpa mengetahui duduk letak perkara sebenar, berapa ramai yang pernah menjejakkan kaki ke DBP. Lebih mudah lagi berapa ramai yang membeli buku dalam tempoh setahun atau sebulan? Berapa ramai yang membawa buku waima sehelai dalam tempoh seminggu? Jika yang sibuk mengaitkan dengan agama Islam, berapa ramai pula yang pernah menyentuh rehal, pernah membelek Al-Quran di atas rehal, membaca dan mentadabur Al-Quran? Tepuk dada tanya hati dan minda.

Rata-rata netizen hanya muncul dengan komen-komen yang secara tidak langsung menampakkan kebodohana sendiri termasuklah pemimpin parti politik daripada blok pembangkang yang turut berkongsi gambar puncak bangunan DBP dengan buah durian. Kami ingatkan pihak satu lagi sudah belajar daripada kesilapan dan bertindak matang, rupanya masih lagi dalam politik kebebalan.

Apapun, semoga netizen bertindak lebih matang menggunakan media sosial. Ingatlah tangan-tangan yang menulis komen dengan penuh kebencian tidak mustahil satu hari nanti boleh menimbulkan huru-hara di tanah air yang tercinta ini. Biarpun menyokong, jangan taksub! Meskipun benci, biar ada had!

        



   




Sinopsis Telefilem Jubah Dari Mekah; Cerekarama TV3

$
0
0


SINOPSIS JUBAH DARI MEKAH
Mak Leha berhasrat untuk menunaikan umrah dengan wang simpanannya. Melihat keadaan Abil makin teruk kerana dadah, Mak Leha telah membatalkan hasratnya untuk ke Mekah untuk memulihkan Abil. Saksikan telefilem Jubah Dari Mekah arahan Heykal Hanifah pada 10 Ogos, Sabtu pukul 9:30 malam di TV3. Lakonan Norlia Ghani, Rusdi Ramli, Erynne Erynna, Fimie Don, Kodi Rasheed, Julia Farhana Marin .

Sinopsis Telefilem Bidadari Walid; Cerekarama TV3

$
0
0


SINOPSIS BIDADARI WALID
Telefilem Bidadari Walid merupakan sebuah cerita yang sarat dengan pengajaran dan kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. Bidadari Walid merupakan sebuah cereka yang membuktikan tentang keagungan kasih seorang ayah kepada seorang anak. Keagungan kasih sayang ini terbukti apabila si ayah sanggup menanggung pelbagai halangan untuk membesarkan anak yang diamanahkan kepadanya. Namun, selepas pelbagai rintangan ditempuhi hubungan yang akrab ini musnah dek kerana si ayah merahsiakan status diri anak itu. Bermula dari ini Aleesya Qaisara membenci Daniel hingga tergamak menyuruh ayahnya pergi jauh dari kehidupannya. Aleesya akhirnya menyedari kesilapannya selepas membaca sepucuk surat yang ditinggalkan oleh arwah ibunya. Aleesya bergegas ke rumah Daniel untuk memohon keampunan. Sayangnya, saat itu ayahnya sudah pergi buat selama-lamanya.

Telefilem Bidadari Walid merupakan lakonan Norman Hakim, Ainul Aishah, Puteri Balqis, Watie Elite, Kazim Nor, Zulkifli Ismail, Balkisyh Semundur Khan dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Di Puncak Rahmah; Istimewa Aidiladha Suria

$
0
0


SINOPSIS DI PUNCAK RAHMAH
Telefilem Di Puncak Rahmah mengisahkan kehidupan bekas suami isteri, iaitu antara Cikgu Adam dan Engku Eva selepas 20 tahun berpisah. Engku Eva meminta cerai daripada suaminya bagi kembali menjalani kehidupan mewah di Kuala Lumpur. Dua dekad selepas itu dia kembali ke Singapura dengan harapan anak-anaknya yang tinggal bersama Cikgu Adam dapat memaafkannya. Apakah, anak-anak Engku Eva dapat memaafkan ibu mereka yang telah meninggalkan mereka 20 tahun lalu. Bagaimana pula penerimaan Cikgu Adam terhadap kepulangan bekas isterinya, Engku Eva? Saksikan telefilem Di Puncak Rahmah pada 11 Ogos 2019 istimewa tayangan Hari Raya Aidiladha di Suria.

Telefilem yang menekankan mesej betapa setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan ini dibintangi Norman Hakim, Rilla Melati, Atikah Suhaime, Ikhwan Risydah, Lydia Asyiqin, Faiz Zainal, Awad Salim, Tuliza Saat, Aaron Khaled, Sofia Dendroff, Hamidah Salim, Junainah Jumari, Danish Ashraf dan Mujahid Mahamood. 

Sinopsis Drama Kau Yang Pertama; Akasia TV3

$
0
0


SINOPSIS KAU YANG PERTAMA
Kisah percintaan antara boss & intern. Farhan adalah CEO/Pengasas Butik Carla's Collections. Ikatan pertunangannya dengan Ameera sentiasa mendapat perhatian netizen. Namun sesuatu terjadi dan perkahwinan mereka terbatal. Sejurus itu Farhan bertemu dengan Natasha. Pelbagai ragam berlaku antara mereka hingga mewujudkan rasa cinta.

Nantikan drama bersiri Kau Yang Pertama yang bakal menampilkan gandingan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah. Drama 28 episod terbitan Sha's Media Sdn Bhd, diarahkan oleh Hadith Omar. Akan disiarkan menerusi slot Akasia TV3 bermula 12 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam. 

Pelakon Dan Watak Drama Kau Yang Pertama; Akasia TV3

$
0
0


Nantikan drama bersiri Kau Yang Pertama yang bakal menampilkan gandingan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah. Drama 28 episod terbitan Sha's Media Sdn Bhd, diarahkan oleh Hadith Omar. Akan disiarkan menerusi slot Akasia TV3 bermula 12 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam. 

WATAK PELAKON 
Fikry Ibrahim sebagai Farhan
Farah Nabilah sebagai Rose Natasha
Tasha Shilla sebagai Ameera
Yusuf Bahrin sebagai Tajul
Wan Sharmila sebagaiAya
Marisa Yasmin sebagai Sally
Laila Nasir sebagai Puan Aida
Amar Asyraf sebagai Harris
Nashra Shah sebagai Anne
Imam Shah sebagai Syamel

Keserasian Idris Khan Dan Intan Najuwa Dalam Drama Tuan Danial

$
0
0


Drama adaptasi novel yang sedang ditayangkan menerusi Slot Lestary berjudul Tuan Danial telah menjadi bualan netizen khususnya peminat drama-drama Melayu tempatan. Drama bersiri yang mengetengahkan Idris Khan dan Intan Najuwa sebagai teraju utama ini merupakan arahan Idora Abdul Rahman.

Drama ini mengisahkan Tengku Ismahanim yang menyamar sebagai orang gaji semata-mata untuk mengambil tahu latar belakang dan keserasian bakal suami dalam perhubunga cinta aturan keluarga.

Apa yang menarik gandingan Intan Najuwa dan Idris Khan mempunya chemistry! Kedua-duanya mempamerkan lakonan bersahaja tetapi cukup menghiburkan penonton. Yang mustahak tiada kayu atau adegan yang sengaja dibuat-dibuat.

Rata-rata netizen menyatakan terhibur dengan keletah Intan Najuwa yang riang, keletah dalam menjayakan watak sebagai orang gaji kepada Tuan Danial lakonan Idris Khan.

Drama yang mula ditayangkan pada 9 Ogos 2019 ini disiarkan setiap Rabu hingga Jumaat pada pukul 9.00 malam di TV3. Bagi yang terlepas menonton epsiod sebelumnya boleh sahaja ke tonton atau layari sahaja YouTube TV3.

[Gambar] Terlajak Sado; Badan Saharul Ridzwan Jadi Bualan Netizen

$
0
0


3.4 juta pengikut instagram pelakon Saharul Ridzwan dan ribuan stalkers pasti tergamam melihat sosok tubuh bapa kepada seorang cahaya mata lelaki itu kebelakangan ini. Manakan tidak? Meskipun tidak berkongsi gambar separuh bogel, namun gambar-gambar yang menampakkan otot lengan dengan urat-urat yang timbul sudah tentu jelas memperlihatkan badan sasa pelakon itu.

Maka, tidak hairanlah apabila sesetengah netizen mula menggelarkan Saharul sebagai The Hulk Malaysia. Ada yang menggemari fizikal terkini Saharul sehinggakan menjadikannya idola dalam mendapatkan bentuh tubuh badan idaman.

Dalam masa yang sama ada juga yang menulis komen, katanya geli dan seram!

Apapun, bagi mereka yang tidak tahu, Saharul Ridzwan gigih membina otot pada tubuh badannya adalah demi tuntutan tugas dalam menjayakan watak dalam filem baharunya, iaitu Coast Guard Film: Special Task And Rescue (STAR). Filem Coast Guard yang dijangka tayangannya pada Ogos 2020 ini menampilkan Saharul Ridzwan sebagai hero.

Turut membintangi filem Coast Guard yang dijangka pecah panggung sebaris filem Polis Evo, termasuklah Julia Farhana, Fizz Fairuz, Wanna Ali, Sabri Yunus, Adlin Aman Ramlie, Iman Zulkarnain, Eqy Afandi, Gambit Saifullah, dan ramai lagi.

Good luck untuk produksi Coast Guard Film terbitan Arie Zaharie Production, arahan Hashim Rejab.






Sinopsis Telefilem Sesalan Terakhir; Cerekarama TV3

$
0
0



SINOPSIS SESALAN TERAKHIR
Mengisahkan kehidupan Natasha sebagai anak kepada seorang wanita yang hidup penuh dalam kemewahan hasil daripada menjadi pisau cukur. Meskipun dijaga dan mendapat pendidikan yang baik, Natasha melalui episod gelap dalam hidupnya.


Saksikan telefilem Sesalan Terakhir lakonan Jasmin Hamid, Sara Ali, Faizal Hussein, Hafiz Nolan, Yus Waisar, Nor Azifah, Tieta Ennisa, dan Baby Mia pada 17 Ogos, Sabtu pukul 9:30 malam. Sebuah karya tulisan Adza Emie & N.E Rossy, arahan Dato Jurey Latiff Rosli, terbitan Kembara Sufi Production Sdn Bhd. 

Sinopsis Drama Mimpi Yang Sempurna; Widuri RTM TV1

$
0
0


SINOPSIS MIMPI YANG SEMPURNA
Kisah cabaran seorang wanita untuk mengatasi keegoan seorang lelaki yang juga merupakan penyelia di tempat kerjanya, yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta.

Wardah bertugas sebagai pembantu kepada seorang pengurus kanan bernama Haiman. Haiman seorang duda terkenal dengan sikap panas barannya melayan pekerja-pekerjanya termasuk Wardah dengan dingin. Wardah rasa dirinya menjadi mangsa buli Haiman yang banyak memberikan tugasan untuknya hingga seringkali pulang lewat ke rumah.

Setelah mendapat nasihat Mak Uda, Wardah kembali bersemangat terus bekerja malah merancang mahu mengubah sikap Haiman. Haiman semakin galak bagi kerja kepada Wardah juga mendesaknya ikut serta dirinya menghadiri mesyuarat. Wardah kongsi masalah dengan kawan baiknya, Yasmeen. 
Haiman tiba-tiba mula melayan Wardah dengan baik. Sikapnya berubah ceria dengan kehadiran Wardah di sisi. Dalam pada itu ibu bapa Wardah mula bertanyakan hubungan Wardah dengan tunangnya, Adib yang dilihat dingin.

Pada sambutan hari keluarga di mana Haiman berubah mesra dengan pekerjanya. Disitu juga Haiman cemburu melihat Zaki, penyelia majlis tersebut cuba mendekati Wardah. Pada masa sama Wardah meluangkan masa dengan Haiman. Haiman runsingkan pembedahan jantung ibunya dan berkongsi kisah dirinya yang sedang berusaha mendapatkan hak penjagaan anaknya Akim.

Lima tahun berlalu setelah Haiman menghilangkan diri secara tiba-tiba. Wardah kini bergelar peguam di firman guaman milik pak ciknya Zikri & Associates. Wardah sedang mengendalikan kes anak guamnya, Arissa tentang hak penjagaan anaknya Akim. Takdir Allah Wardah bertemu kembali dengan Haiman, bekas suami anak guamnya. Sementara itu muncul Zaki yang baru tamat belajar dari luar negara bertemu dengan Wardah.

Hubungan Haiman dan Wardah kembali rapat dan akhirnya mereka berkahwin. Namun hubungan mereka ada pasang surutnya. Rumah tangga mereka diuji dengan pelbagai dugaan apatahlagi ada yang cemburu melihat kemesraaan mereka. 

Drama adaptasi novel Mimpi Yang Sempurna karya Aiza Qriselda bakal disiarkan di RTM menerusi saluran TV1. Dibintangi oleh Tiz Zaqyah dan Aqasha. Bakal menemui penonton bermula 22 Ogos ini, setiap setiap Khamis  dan Jumaat, pukul 7.00 malam di slot Widuri TV1.

Sinopsis Drama Hilang Yang Kembali; Samarinda TV3

$
0
0


SINOPSIS HILANG YANG KEMBALI
Mengisahkan konflik keluarga kerana kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara dan suaminya Razif bercuti di sebuah pulau bersama anak mereka Daniel yang ketika itu berusia 9 tahun dan Danish, 8 tahun. Malang tidak berbau, Danial hilang tanpa dapat dikesan.

Puas mereka mencari Daniel tapi Danial tidak juga ditemui. Razif membuat keputusan dan meminta Fara membawa Danish supaya pulang ke Kuala Lumpur dahulu. Pada mulanya, Fara berkeras tetapi akhirnya dia pulang setelah Razif berjanji akan mencari Danial dan tidak akan pulang ke Kuala Lumpur tanpa anak mereka.

Sebulan kemudian, Fara yang menanti penuh harapan kecewa apabila akhirnya Razif pulang jugag tetapi tanpa Danial. Kehilangan Danial memberi tamparan dalam perhubungan Fara dan Razif. Fara seolah berdendan dengan Razif kerana tidak mengotakan janjinya. Apatah lagi campur tangan saudara mara dan Puan Salmah, ibu Razif, membuatkan Fara bertambah tertekan. Jauh di sudut hati, Fara tidak pernah putus harapan dan yakin Danial akan dapat ditemui juga nanti.

Suatu hari, Fara dan Razif dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahu dia adalah Danial, anak mereka yang hilang dahulu. Fara ragu-ragu pada mulanya, tetapi apabila Danial menunjukkan kesan parut di tangannya, Fara yakin pemuda itu adalah anaknya. Danial menceritakan bagaimana dia hilang serta menunjukkan gelang yang sama seperti yang pernah Danial pakai sebelum dia hilang. Fara bertambah yakin bahawa Danial itu anaknya setelah melihat parut di tangan Danial.

Namun Razif pula curiga dan hatinya kuat mengatakan bahawa pemuda itu bukan anak kandungnya. Siapakah sebenarnya pemuda itu? Adakah benar dia adalah Danial atau sebaliknya?

Pelakon Dan Watak Drama Hilang Yang Kembali; Samarinda TV3

$
0
0


Nantikan drama bersiri Hilang Yang Kembali yang dibintangi oleh Aqasha, Emelda Rosemila, Nafiz Muaz, Azhan Rani dan ramai lagi. Drama terbitan Padi Pictures arahan Amor Rizan. Akan menghiasi slot Samarinda TV3 mulai 20 Ogos, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.


Aqasha sebagai Razif
Emelda Rosemila sebagai Fara
Azhan Rani sebagai Tuan Ismail
Nafiz Muaz sebagai Danial / Randi
Zamarul Hisham sebagai Ikmal
Arill Fesol sebagai Danish
Kazar Abd Razak sebagai Che Jan
Elisya Sandha sebagai Alisa
Damia Qaissara sebagai Bunga
Adam sebagai Danial
Syed Irfan sebagai  Danish
Nur Auni Zahra sebagai Alisa
Ameer Imran sebagai Randi

Pelakon Dan Watak Drama Mimpi Yang Sempurna; Widuri RTM TV1

$
0
0


Drama adaptasi novel Mimpi Yang Sempurna karya Aiza Qriselda bakal disiarkan di RTM menerusi saluran TV1. Dibintangi oleh Tiz Zaqyah dan Aqasha. Bakal menemui penonton bermula 22 Ogos ini, setiap setiap Khamis  dan Jumaat, pukul 7.00 malam di slot Widuri TV1.

WATAK PELAKON
Aqasha sebagai Haiman
Tiz Zaqyah sebagai Wardah
Farahdhiya sebagai Arissa 
Keith Foo sebagai Zaki
Elisha Sandha sebagai Yasmeen 
Afifah Nasir sebagai Ida
Kuna Muzani sebagai Aminah
Shaharuddin Thamby sebagai Yussof
Arash Mohamad sebagai 
Faez Nick sebagai Megat Adip 
Rania Humaira sebagai Zara

Aidil Aziz sebagai Along

Sinopsis Telefilem Takkan Gentar; Cerekarama TV3

$
0
0


SINOPSIS TAKKAN GENTAR
Omar Ali gigih mengilap bakat pelajar OKU (disleksia), Ibrahim menjadi atlet sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. Suri hanya mahu anaknya berjaya dalam pelajaran. Sakiskan telefilem Takkan Gentar arahan Dato Ahmad Tamimi Siregar di slot cerekarama 24 Ogos 2019, jam 930 malam di TV3. Lakonan Nafiz Muaz, Eman Manan, Fauzi Nawawi, Laila Nasir, Zarina Zainuddin, Kuza.
Viewing all 3940 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>