Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all 3940 articles
Browse latest View live

Sinopsis Telefilem Misteri Akil Balik; Cerekarama TV3

$
0
0


SINOPSIS MISTERI AKIL BALIK
Kemunculan Akil di kampung halamannya semula telah menimbulkan persoalan orang kampung. Malah, mereka rasa sejak adanya Akil di kampung itu pelbagai perkara misteri berlaku. Saksikan telefilem seram komedi bertajuk Misteri Akil Balik di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini jam 9:30 malam. Lakonan Izzue Islam, Azar Azmi, Aprena Manrose, Wanna Ali, Faiz Tapaw, Akmal Ahmad.

Sinopsis Telefilem Cubit-Cubit Cinta; Astro Citra/Citra HD

$
0
0


SINOPSIS CUBIT-CUBIT CINTA
Kupid Cubit adalah sebuah 'dating app' yang sepatutnya memudahkan orang ramai untuk menemui cinta. Tetapi bagi Katarina dan Saiful, mereka menggunakannya untuk mengubat hati yang bertepuk sebelah tangan. Saksikan telefilem Cubit Cubit Cinta lakonan Sharifah Sakinah, Nasz Kenyang dan Tony Eusoff yang akan ditayangkan pada 21 September 2019, Sabtu jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD.

Sinopsis Telefilem Cik Shopaholic; Cerekarama TV3

$
0
0


SINOSIS CIK SHOPAHOLIC
Razi, seorang yang cerewet dan sangat berkira dalam soal kewangan. Manakala Hezliza pula sangat boros dalam berbelanja. Keluarga mereka ingin menyatukan mereka agar dapat mengubah sikap masing-masing. Hezliza yang sudah terbiasa hidup senang merasakan terpaksa melakukan segala urusan rumahtangga sendirian setelah berkahwin tanpa pembantu rumah. Razi menyedari, Hezliza mempunyai bakat dalam masakan. Mereka kemudiannya membuka restoran dan mempunyai ramai pelanggan. . Suatu hari, kekasih lama Razi ke restoran mereka dan cuba untuk rapat dengan Razi. Hezliza tertekan, dan di dalam diam dia kembali kepada perangai lamanya, kerana hanya membeli-belah sahaja yang dapat mengurangkan tekanannya.

Saksikab telefilem lakonan Ungku Ismail Aziz, Puteri Aisyah, Marissa Yasmin, Sharifah Shahora, Azhar Amir, Syerinie Myra, Kamsani Ismail

Sinopsis Drama Janji Arissa; HyppSensasi Unifi TV

$
0
0



SINOPSIS JANJI ARISSA

Perkahwinan Muhammad dan Siti tidak berkekalan apabila Muhammad mendapati Siti berlaku curang. Setelah bercerai, Siti telah melahirkan anak perempuan mereka bernama Arissa. Sebenarnya ini adalah perancangan jahat yang dilakukan oleh Abdul Rahman, pemilik syarikat AR Holdings. Apabila dewasa, Arissa menyimpan dendam terhadap ayahnya. Arissa berkomplot dengan Fendi untuk menjatuhkan Muhammad. Namun semakin Arissa mengenali Muhammad, Arissa semakin dalam dilema apabila mendapati Muhammad ialah seorang yang baik dan merupakan mangsa keadaan. Konflik demi konflik, namun bagaimanakah kesudahan dendam Arissa?

Saksikan drama Janji Arissa lakonan Jann Nick, Jeffry Catz, Fir Rahman, Farhana M Noor, Wahyu Rahman, Yaya Hamid, Salif Hardie, Sharifah Shahora, Sani Hussein, A Mahady, Aric Hidir, Susila Devi di saluran HyppSensasi 116 (Unifi TV)


Tekanan Hidup; Norman Hakim Pernah Cuba Bunuh Diri!

$
0
0


Siapa sangka di sebalik kehidupan penuh bahagia bersama keluarga, sebenarnya aktor Norman Hakim pernah melalui fasa getir sehingga memaksanya untuk pernah mencuba membunuh diri! Semuanya bermula apabila bapa kepada enam cahaya mata itu bercerai dengan pelakon Abby Abadi pada tahun 2008.

"Saya pernah melalui fasa perceraian dan ketika itu saya tiba-tiba hilang keluarga dan anak-anak. Bila saya hilang keluarga, maknanya saya mati! Masa tu bila betul-betul keluarga hilang, rasa gelap dunia dan nak bernafas pun rasa tak berguna."

"Masa tu saya tak fikir panjang. Lebih kurang 4 pagi saya telan 10 papan panadol. Kemudian saya telefon mak ayah untuk minta ampun dari hujung rambut sehingga hujung kaki.Seterusnya saya terlelap dan terjaga pada jam 9 pagi, kemudia terus berkata, 'Eh, aku hidup balik?' Kemudiannya terus jadi turning point dalam hidup saya untuk berubah.

Jika diimbas kembali tekanan yang diperoleh Norman Hakim sekitar tahun 2008 hingga 2009 cukup hebat, bukan sahaja denganisu perceraian dengan Abby Abadi bahkan kontroversi khalwat bersama aktres Memey Suhaiza turut menyebabkan tekanan dalam hidupya. 

Namun, kekuatan dalaman dan sokongan insan terdekat berjaya membantu Norman Hakim bangkit kembali daripada fasa ujian sehinggalah mampu membina kehidupan yang lebih bahagia seperti yang dikecapi hari ini.

Jadi, untuk anda yang sedang menghadapi fasa kecewa dan putus asa dalam kehidupan, jangan cepat mengalah! Ruang dan peluang untuk bangkit tetap ada selagi kita bernafas.

Sinopsis Telefilem Peraturan - Ikut Atau Mati; Astro Citra/Citra HD

$
0
0


SINOPSIS PERATURAN-IKUT ATAU MATI

Seorang pembunuh bersiri memilih mangsa berdasarkan kesalahan trafik. Seorang anggota polis cuba untuk menghalang dan membongkar motif di sebalik segalanya. Saksikan telefilem 'Peraturan' lakonan Shukri Yahya, Fauzi Nawawi dan ramai lagi. Akan ditayangkan pada Sabtu, 5 October 2019 jam 9 malam di Astro Citra.

Sinopsis Telefilem Kayuhan Kasih Ayah; Cerekarama TV3

$
0
0


SINOPSIS KAYUHAN KASIH AYAH 
Kisah Yatim, seorang yang lurus bendul, dan menyara hidupnya dengan menjaja cendol menggunakan basikal beroda tiga. Suatu hari, Yatim terlihat perpisahan yang menyayat hati antara Rizqi dengan ibu dan adiknya yang terpaksa dihantar ke sebuah rumah anak-anak yatim. Sejak itu, Yatim mendermakan wang simpanannya dan bekerja dengan lebih keras.

Di sekolah, Rizqi bersahabat dengan Danial yang merupakan anak kepada Iskandar. Danial sering berkongsi makanannya dengan Rizqi. Iskandar melarang perbuatan Danial kerana dia menganggap rezekinya hanya untuk mereka sekeluarga dan bukan untuk orang lain. Namun pada suatu hari, Iskandar bertanyakan Yatim tentang pergorbanannya terhadap anak-anak yatim itu. Bagi Yaim, setiap perkongsian dan pertemuannya dengan anak-anak yatim itu bagaikan puncak kegembiraan dan kebahagiaan hidup mereka. Adakah Iskandar akan insaf?

Saksikan kisah penuh pengajaran dalam telefilem Kayuhan Kasih Ayah arahan Idora Abdul Rahman. Lakonan Aman Graseka, Azri Iskandar, Balqis Samundur Khan, Rafael El Arash, Firdaus Ghufran, Ieka Zulkifli, Liza Othman, Azza Elite, Roslan Salleh, Putri Luvna Wilma, dan Mohd Natshah Ismail.

Sinopsis Telefilem Kek Batik Cheese Leleh; Skrin Di 9, TV9

$
0
0


SINOPSIS TELEFILEM KEK BATIK CHEESE LELEH

Kak Munah berusia 40-an seorang janda tinggal bersama-sama anaknya, Atirah, 21, yang baru menamatkan pengajian di sebuah Universiti tempatan. Walaupun sudah berusia, Kak Munah masih cantik dan menjaga penampilan serta pemakanannya. Di kampung Kak Munah terkenal dengan sikap peramah dan ringan tulang. Kak Munah juga pandai membuat Kek Batik dan keknya terkenal.

Kak Munah telah menyewakan sebuah rumah kosong kepada, Danny 27, seorang kontraktor. Ibu Danny, Datin Salha menguruskan butik. Leka dia berborak denganibunya di telefon, Danny telah terlanggar seorang gadis cantik berbaju kurung dan lemah lembut sedang menaiki basikal. Danny menghantar Atirah pulang ke rumah. Tahulah Danny, Atirah adalah anak Kak Munah. Semenjak peristiwa itu, Danny rapat dengan keluarga Kak Munah dan ini menyebabkan orang kampung memandang serong terhadap keluarganya. Kak Munah meminta jika Danny suka dengan Atirah elok disegerakan untuk menghantar rombongan. Walaupun Ibu Danny tidak suka kepada Atirah, Danny tetap akan meneruskan hasratnya. Berjayakah Atirah dan Danny menyatukan mertuanya? Saksikan telefilem Kek Batik Cheese Leleh di Slot Skrin Di 9, TV9, lakonan Mimi Lana, Ben Amir, Raja Ema & Lydiawati.

Sinopsis Drama Sara Sajeeda; Samarinda TV3

$
0
0


SINOPSIS SARA SAJEEDA
Menceritakan tentang Sara, seorang pensyarah di sebuah kolej swasta yang dipaksa oleh ayahnya, Ismadi untuk berkahwin dengan menantu pilihannya, Megat. Namun begitu, hubungan cinta yang terjalin selama 4 tahun antara mereka berakhir setelah Sara memutuskan hubungan itu akibat tidak tahan dengan sikap Megat yang terlalu mengikut kata-kata ayahnya tanpa mempunyai pendirian sendiri.

Fawaad, seorang jejaka dari Pakistan, pada mulanya menetap di luar negara telah kembali ke pangkuan keluarganya. Tidak lama kemudian, dia ditawarkan untuk bekerja sebagai jurutera di Malaysia. Fawaad tersepit di antara mengutamakan keluarganya yang telah lama ditinggalkan atau kerjayanya. Akhirnya, dia memilih untuk memulakan kehidupan baharu di Kuala Lumpur.

Fawaad dan Sara bertemu dalam suatu insiden yang telah menambat hati Sara untuk mengenali Fawaad dengan lebih rapat. Pengenalan atanra mereka mula berubah menjadi cinta namun tidak direstui oleh Ismadi. Sara ingin memperkenalkan Fawaad sebagai calon suami. Malangnya, Ismadi dikejutkan dengan berita gempa bumi yang melanda keluarganya sehingga dia terpaksa pulang ke negara asalnya.

Kembalinya Fawaad ke rumah, dia melihat keluarganya membuat persiapan perkahwinan untuknya. Dia rasa tertipu. Walaupun menolak pada mulanya, Fawaad akur dengan keputusan itu dan kasihan dengan nasib Sajeeda yang telah kehilangan kedua ibu bapanya dalam kejadian tanah runtuh dan gempa bumi.

Setalah pulang ke Malaysia, Fawaad mula berbelah bahagi apabila Sara mengajui dia telah jatuh cinta dengan Fawaad sedangkan dia telah pun berkahwin dengan Sajeeda tanpa rasa cinta. Akhirnya, dia merahsikan perkahwinannya demi cintanya kepada Sara dan bersedia untuk mengahwininya meskipun tidak direstui Ismadi.

Selepas berkahwin, Sara dapat menghidu pergerakan Fawaad yang seakan menyembunyikan sesuatu. Fawaad pula kerap menerima panggilan daripada Salma yang mahu anaknya pulang. Apakah nasib Sajeeda di kampung itu?

Pelakon Dan Watak Drama Sara Sajeeda; Samarinda TV3

$
0
0


Saksikan drama bersiri Sara Sajeeda mengandingkan bintang Malaysia dan Pakistan iaitu Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt dan Anmol Baloch. Drama 30 episod terbitan Zeel Production Sdn Bhd. Akan disiarkan bermula 3 Oktober setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10:00 malam di slot Samarinda TV3.

WATAK PELAKON 
Tiz Zaqyah sebagai Sara
Arslan Asad Butt sebagai Fawaad Khan
Anmol Baloch sebagai Sajeeda
Fahrin Ahmad sebagai Megat
Fouziah Gous sebagai Nelissa
Shahruddin Thamby sebagai Ismadi
Mas Anizan sebagai Pn Sri Norizan
Uyaina Arshad sebagai Iman Dahlia
Alif Muhaimin sebagai Khalif
Jasper Supayah sebagai Rita

Sinopsis Drama Demi Rindumu; Megadrama Astro Ria/Ria HD

$
0
0


SINOPSIS DEMI RINDUMU
Nurhana pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin dengan Rania, gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan.
Sebelum ini Rania ialah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania berminat dengan apa yang dia miliki. Nurhana tidak mahu perkara yang sama terjadi ke atas abangnya.
Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi.

Biarpun hanya mengenali masing-masing dalam waktu yang singkat, Nurhana merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk hentikan perkahwinan abangnya dengan Rania.

Pelakon Dan Watak Drama Demi Rindumu; Megadrama Astro Ria/Ria HD

$
0
0


Nantikan drama adaptasi novel 'Demi Rindumu' karya Diya Jamal di slot MegaDrama Astro Ria. Dibintangi oleh Sean Lee, Janna Nick, Norman Hakim dan Elvina Mohamad. Drama terbitan Zamriez Golden Picture, arahan Haris Fadilah. Disiarkan bermula 7 Oktober 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

WATAK PELAKON 
Sean Lee sebagai Haznik
Janna Nick sebagai Nurhana
Norman Hakim sebagai Nasrul
Elvina Mohamad sebagai Rania
Sherry Ibrahim sebagai Suraya
Riz Amin sebagai Johar
Azri Sabri sebagai Izlan
Aleza Shadan sebagai Aida
Mustapha Kamal sebagai Hassan

Sinopsis Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik; Astro Citra/Citra HD

$
0
0


SINOPSIS MALAM TAHLIL SUHAILA BALIK
Dalam pada menanggung perit kematian Suhaila, suaminya berdepan dengan masalah yang tak disangka-sangka apabila mayat isterinya kembali ke rumah pada salah satu malam tahlilnya. Saksikan telefilem seram 'Malam Tahlil Suhaila Balik' diinspirasikan daripada kisah benar lakonan Uqasha Senrose dan Hisyam Hamid. Akan ditayangkan di Astro Citra pada Sabtu, 12 Oktober 2019, pukul 10 malam. Turut dibintangi Wan Maimunah Aziz, Zarynn Min, Liza Abdulah. Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik merupakan arahan pengarah tersohor Rashid Sibir.

Sinopsis Telefilem Jangan Disalahkan Takdir; Cerekarama TV3

$
0
0


SINOPSIS JANGAN DISALAHKAN TAKDIR
Kisah bermula tentang dua sahabat, Muhammad dan Romi. Seorang bersifat positif, seorang lagi negatif. Mereka sering bertelagah apabila Romi si negatif itu sering menyalahkan orang lain. Saksikan telefilem Jangan Disalahkan Takdir lakonan Amar Baharin, Amar Asyraf, dan Syerinie Myra yang bersiaran di slot Cerekarama pada Sabtu,12 Oktober, 9.30 malam di TV3. Turut dibintangi oleh Aman Graseka, Zainab Othman, dan Fathil Dani.

Sinopsis Drama Syurgaku Tak Sempurna 2; HyppSensasi Unifi TV

$
0
0


SINOPSIS SYURGAKU TAK SEMPURNA 2
Zalia kini bahagia dengan keluarganya.Zahid dibebaskan awal dari penjara dengan bantuan kumpulan peguam yang dibiayai sepenuhnya oleh Tengku Zarif. Jun muncul semula dengan satu rahsia. Zahir pula masih menyimpan dendam terhadap keluarganya. Nantikan sekuel drama Syurgaku Tak Sempurna 2 di Unifi TV. Dibintangi oleh Raja Ilya, Shah Iskandar, Haliza Misbun, Eizlan Yusof, Arja Lee, Zarina Zainoordin, dan ramai lagi. Drama terbitan Darkwave Pictures Sdn Bhd dibawah arahan Raja Mukhriz. Ditayangkan bermula 9 Oktober 2019, setiap Rabu dan Khamis pukul 9 malam di HyppSensasi saluran 116.

Pelakon Dan Watak Drama Syurgaku Tak Sempurna 2; HyppSensasi Unifi TV

$
0
0


Nantikan sekuel drama Syurgaku Tak Sempurna 2 di Unifi TV. Dibintangi oleh Raja Ilya, Shah Iskandar, Haliza Misbun, Eizlan Yusof, Arja Lee, Zarina Zainoordin, dan ramai lagi. Drama terbitan Darkwave Pictures Sdn Bhd dibawah arahan Raja Mukhriz. Ditayangkan bermula 9 Oktober 2019, setiap Rabu dan Khamis pukul 9 malam di HyppSensasi saluran 116.

WATAK PELAKON 
Raja Ilya sebagai Zalia
Shah Iskandar sebagai Tengku Zarif
Arja Lee sebagai  Tengku Zahir 
Zarina Zainoordin sebagai Jun 
Haliza Misbun sebagai Fariesya
Eizlan Yusof sebagai Hakimi 
Zaidi Omar sebagai Zahid
Fuad Al Hakim sebagai Joe 
Liza Abdullah sebagai Puan Sri Suhana 
Mustapha Kamal sebagai Tengku Kamal


 Putri Qaseh sebagai Tengku Zara

Sinopsis Telefilem Penaklukan Syaitan; Astro Citra/Citra HD

$
0
0


Telefilem Penaklukan Syaitan arahan Michael Ang bakal bersiaran pada 19 Oktober ini, jam 9 malam di saluran Astro Citra (131) dan Citra HD (126). Lakonan Ben Amir, Mawar Rashid, Sharifah Shahora, Norlia Ghani, Alif Muhaimin, Nadya Syahera, Nur Hazirah.

Sinopsis Telefilem Dosa Semalam; Cerekarama TV3

$
0
0


SINOPSIS DOSA SEMALAM
Perkahwinan Azlan dan Khadijah tidak direstui ibu Azlan, Rosnah kerana tidak setaraf. Jika Azlan tiada di rumah, Rosnah akan mendera Khadijah seperti hamba abdi. Jangan lupa saksikan telefilem Dosa Semalam lakonan Janna Nick, Izzue Islam dan Khaty Azian pada hari Sabtu, 19 Oktober pukul 9:30 malam di TV3.

Sinopsis Drama Dia Pengantinku; Widuri RTM TV1

$
0
0


SINOPSIS DIA PENGANTINKU
Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjayanya lebih penting daripada memikir soal jodoh. Apatah lagi dia bukannya gadis yang pandai memasak.

Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingannya adalah anak majikannya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif?
Entah di mana harus disorok wajahnya. Namun, Aimi Najwa harus bersabar menghadapinya. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. Namun telinganya berdesing sebaik terdengar suara gemeresik Syed Ashraf memanggilnya ‘Cik Pengantin’. Gelaran yang paling benci didengarnya.

Rombongan merisik akan datang! Penolakan Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya. Cinta monyet yang pernah terjadi antara mereka dahulu. Siapa lagi kalau bukan si chubby Bobo atau nama penuhnya Shahabudin!

Cinta itu hadirnya tanpa diundang. Datangnya tanpa diduga. Itulah yang terjadi kepada Aimi Najwa. Dia senang dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Shahabudin. Tanpa sedar ada perasaan yang ‘bertamu’ di hatinya untuk Syed Ashraf. Dua lelaki yang berlainan watak. Namun sikap kedua-dua lelaki ini yang sama membuatkan dia keliru. Kedua-duanya berjiwa lembut dan penyayang.

Dalam resah hati terpaut. Dalam benci ada cinta. Sukar untuk Aimi Najwa menerima kenyataan yang terbongkar. Semakin dia menjauhi insan yang menyintainya, hatinya mula disirami rasa rindu. Diundang pula dengan rasa cemburu terhadap Tengku Elisa yang semakin rapat dengan insan yang telah melukai hatinya.

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta? Siapa yang Aimi Najwa cintai? Siapa yang harus dia pilih? Shahabudin atau Syed Ashraf?

Pelakon Dan Watak Drama Dia Pengantinku; Widuri RTM TV1

$
0
0


Saksikan drama adaptasi novel Dia Pengantinku karya Nurfaza Alisya di TV1 bermula 24 Oktober 2019, setiap Khamis hingga Ahad pukul 7 malam. Menampilkan gandingan pelakon Saharul Ridzwan, Mawar Rashid, Azrel Ismail dan Tisha Shamsir.

WATAK PELAKON 
Saharul Ridzwan sebagai Syed Ashraf
Mawar Rashid sebagai Aimi Najwa
Azrel Ismail sebagai Kamil
Tisha Shamsir sebagai Maya
Esma Daniel sebagai Dato Syed Alwi

Elya Miera sebagai Juhana
Viewing all 3940 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>