Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all 3940 articles
Browse latest View live

Pengacara Mahadzir Lokman Kritikal

$
0
0


Pengacara dan personaliti televisyen popular, Datuk Mahadzir Lokman, 60, kini berada dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Adiknya, Danial Lokman ketika dihubungi mStar Online berkata, pihak PPUM perlu menstabilkan jangkitan yang dialami abangnya terlebih dahulu sebelum dapat memberitahu bila ikon penyiaran negara itu akan sedar daripada koma.

"Pihak doktor pun dah sambungkan tiub ke badan abang saya bagi memantau kesihatannya. Saya dimaklumkan bahawa keadaannya sangat kritikal dan dia masih belum sedarkan diri.


"Buat masa ini, semua ahli keluarga berada di sini (PPUM) untuk bergilir-gilir menjaganya," katanya yang memohon agar seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan abangnya kembali pulih seperti sediakala.

Sharnaaz Ahmad Mengaku Salah Tumbuk Bangla

$
0
0


Pelakon popular Sharnaaz Ahmad didenda RM1,200 selepas mengaku bersalah menumbuk lelaki warganegara Bangladesh di sebuah kelab golf di sini.

Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 32, mengakui menumbuk Gous Ali di muka lelaki itu di Tingkat 1, TPC KL, Kelab Desa & Golf Kuala Lumpur, di mana mangsa bekerja.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada 22 Julai.

Sharnaaz didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam Sharnaaz, Zulkifli Awang merayu hukuman ringan atas alasan pelakon itu insaf dengan perbuatannya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin, bagaimanapun, meminta mahkamah untuk mengenakan hukuman yang akan menjadi pengajaran kepada tertuduh.


Majistret Mahyudin Mohmad Som mengenakan denda RM1,200 yang dibayar oleh pelakon itu.

Memey Suhaiza Mahukan Abby Abadi Bersanding Sekali!

$
0
0


Berkongsi pelamin dengan Abby Abadi dan pasangan, saat meraikan ulang tahun perkahwinan yang keenam, semalam adalah idea Memey sendiri.


Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 26, berkata beliau sendiri yang mencadangkan supaya majlis persandingannya sempena sambutan ulang tahun perkahwinan dengan Norman Hakim, diraikan bersama Abby Abadi dan pasangan, Faizal Zakaria.


"Apabila diusulkan cadangan untuk bersanding semula sempena menyambut ulang tahun perkahwinan kami, saya mahu kak Abby turut sama berada di pelamin dan dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak, keluarga serta sahabat handai.


"Semalam, memberikan makna yang sangat besar dalam hidup saya dan detik indah ini harus dikongsikan bersama anak-anak.


"Perkara yang paling penting apabila keluarga dan anak-anak dapat memahami, selebihnya terpulang kepada mereka di luar sana.


"Apa yang baik diharap dapat dijadikan teladan dan kalau sebaliknya, jadikan ia sebagai sempadan," katanya kepada BH Online.

Masih Belum Berpunya; Syafiq Kyle Enggan Buka Cerita Peribadi Kepada Umum

$
0
0


Belajar daripada pengalaman lalu, pelakon, Syafiq Kyle, lebih selesa untuk tidak berkongsi hal peribadi mahupun kisah percintaannya kepada umum.


Syafiq atau nama penuhnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 25, berkata walaupun belum lagi berpunya, beliau mahu mempertahankan pendirian berkenaan agar masyarakat lebih tertumpu pada kerjaya lakonannya.


"Apa-apa hal berkaitan peribadi atau cinta, saya tak selesa untuk berkongsi dengan orang ramai. Biarlah kalau ada orang nak kata saya 'poyo' sekalipun.


"Begitupun, buat masa sekarang, jika ditanya soal cinta, saya belum ada sesiapa lagi. Bukannya serik untuk berkasih, tetapi saya belajar apa yang perlu diberikan perhatian terlebih dulu," katanya kepada BH Online.

TV3 Nafi Celver Girl Pilih Kasih Bocorkan Soalan!

$
0
0


Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) menafikan pihaknya bersikap pilih kasih sehingga tergamak memberikan soalan bocor kepada peserta tertentu dalam penerbitan rancangan Clever Girl Malaysia musim kedua.

Pengurus Perhubungan Awam Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Muhammad Aziz berkata, pihak TV3 ingin menegaskan bahawa segala dakwaan melalui kenyataan salah seorang peserta rancangan tersebut yang menarik diri daripada program itu dua minggu lalu melalui Instagramnya adalah tidak benar.

Bagaimanapun, katanya, TV3 dan pihak penerbit rancangan Clever Girl Malaysia menganggap isu berkenaan telah selesai selepas peserta tersebut, Syakirah Mohd. Azam atau Kiera memadamkan status di Instagram yang mendakwa dia menjadi mangsa pilih kasih program itu.

“Pihak TV3 mengambil maklum mengenai tindakan Kiera yang menarik balik kenyataannya mengenai rancangan Clever Girl Malaysia musim kedua seperti yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.



Hans Isaac Terima Permohonan Maaf Zizan Razak

$
0
0


Datuk Hans Isaac sudah menerima permohonan maaf daripada pelakon dan pelawak popular Zizan Razak berikutan keterlanjuran kata-katanya ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29), malam kelmarin.

Hans, 46, berkata, Zizan sudah menghubunginya dan dia sudah berbincang dengan pelawak itu dan mahu melupakan perkara itu.

"Dia sudah meminta maaf. Kami juga sudah berbincang dan saya pun maafkan dia,€ katanya dalam kenyataan menerusi video yang dimuat naik di Instagram, hari ini.

Aiman Tino Nafi Kena Cekup Khalwat Dalam Kereta?

$
0
0


Penyanyi remaja, Aiman Tino, mengakui terkejut dengan penyebaran berita palsu mengatakan beliau ditangkap khalwat bersama seorang gadis dalam kereta, malam tadi, sekitar kawasan Subang.


Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri, 19, bagaimanapun enggan melatah dengan cerita yang didakwa tidak benar itu.


"Saya diberitahu mengenai cerita khalwat ini oleh peminat yang khuatir sama ada ia benar atau sebaliknya. Saya berterima kasih kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin ini.


"Saya sedang melepak bersama-sama kawan di Ampang untuk berbincang mengenai lagu, jadi bagaimana timbul cerita ditangkap khalwat pula? Berita yang tersebar ini boleh mencalarkan imej saya kerana secara tidak langsung pasti ada yang mempercayainya.


"Namun, saya memilih untuk tidak melatah dengan cerita yang timbul ini bagi mengelakkan ia menjatuhkan semangat saya.


"Apa yang pasti, keluarga tahu perkara itu tidak benar sama sekali . Saya sendiri pun masih lagi tinggal bersama mereka," katanya kepada BH Online.

Ziana Zain Menangis Wartawan Senior Kritik Tak Boleh Nyanyi Live!

$
0
0


Menyingkap kerjaya seni bintang hiburan tanah air yang terdahulu sebenarnya tidak ada yang bermula dengan kesenangan. Rata-rata menempuhi ranjau dan liku yang tersendiri. Bagi artis-artis senior yang masih bertahan dalam industri seni, khususnya nyanyian, membina populariti memerlukan 'harga' yang besar yang perlu dibayar.

Tidak ada jalan mudah bagi mereka pada ketika itu. Apatah lagi media sosial seperti Instagram yang menjadi lubuk populariti segera selebriti masa kini tidak pernah wujud! Penghubung kepada peminat semata-mata akhbar dan majalah, juga program hiburan TV tempatan percuma.

Ziana Zain tidak terkecuali meniti zaman itu dalam membina kedudukan sebagaimana yang dikecapinya sekarang. Bakal meniti usia 50 tahun pada 2 Mei tahun hadapan, ibu kepada empat orang cahaya mata yang masih kelihatan elegan tanpa dimamah usia ini pernah ditempelak oleh seorang wartawan senior.

Seorang wartawan senior telah mengkritik Ziana Zain secara bersemuka bahawa penyanyi itu tidak akan mampu membawakan lagu bernada tinggi secara baik ketika menjayakan persembahan secara live! 

"Engkau ni kan, kalau nyanyi live, memang jangan haraplah kau nak sampai!

Peristiwa itu berlaku pada tahun 1992, saat Ziana Zain mahu menyampaikan lagu di Separuh Akhir Muzik-Muzik. Perkongsian ini didedahkan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi, dalam bingkisan Now Yo Know, dalam laman YouTube Thinker Studios.

Aznil yang berada di lokasi kejadian pada ketika itu, melihat sendiri Ziana yang ditempelak oleh wartawan senior tersebut berlari ke belakang tangga dengan linangan air mata. Menurut Aznil, bapa Ziana, iaitu Pak Zain yang merangkap sebagai pengurusnya pada ketika menjayakan Separuh Akhir Muzik Muzik di Studio turut berada di situ.

Namun, usai persembahan live Ziana pada masa itu, seisi studio memberikan tepukan gemuruh sehinggakan wartawan senior yang mengkritik Ziana juga memberikan tepukan sambil berdiri atau standing ovation! 



Sinopsis Telefilem Kismet; Cerekarama TV3

$
0
0


SINOPSIS KISMET

Kisah Shahrom ialah seorang ahli perniagaaan yang berjaya. Dia mempunyai seorang isteri bernama Farah dan anak perempuannya Rania pula berusia 12 tahun. Hubungan mereka mula dingin apabila Shahrom telah menjalin hubungan sulit dengan Nora yang dijadikan perempuan simpanannya. Shahrom banyak menghabiskan masa bersama Nora dan merancang untuk berkahwin. Nora telah membawa Shahrom bertemu dengan ibu bapanya yang terpaksa memberi restu terhadap hasrat mereka. Farah mendiamkan diri kerana tidak mahu emosi Rania yang akan menduduki peperiksaan UPSR terganggu. Akibat tekanan jiwa yang dilaluinya, Farah telah mengalami sakit jantung tetapi merahsiakannya dari pengetahuan orang lain termasuk Shahrom. Farah berbincang dengan Shahrom untuk berlakon berbaik depan Rania agar dia tidak sedih. Suasana tersebut telah mengembalikan perasaan nostalgia kepada Shahrom yang mula menilai semula tentang hubungannya dengan Farah.

Eizlan Yusuf Nikah Tertutup?

$
0
0


Gara-gara beberapa foto yang dimuat naik menerusi laman sosial Instagram untuk bergurau, Datuk Eizlan Yusof dan personaliti lain termasuk bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim dibanjiri ucapan tahniah apabila dikatakan kembali mendirikan rumah tangga secara tertutup.


Eizlan yang dihubungi BH Online berkata, selepas dua tahun berpisah dengan Vie Shantie Harun, pastinya berita gembira itu dinanti ramai dan dia tidak akan sesekali merahsiakannya daripada pengetahuan peminat.


"Tidak mungkin saya akan menyembunyikan hari bahagia dengan pihak media. Semua itu hanya usikan daripada beberapa teman dalam kumpulan sembang kami dan tidak sangka pula ada yang mengambil serius hingga ia jadi kecoh.


"Sebenarnya, gambar itu diambil ketika kami menghadiri majlis perkahwinan anak kawan, Datuk Seri Zahini Yussof yang berlangsung pagi tadi. Disebabkan status kami yang masih solo, jadi beberapa teman menjadikannya sebagai bahan gurauan," katanya.


Eizlan berkata, kumpulan sembang itu turut disertai Datuk Shah Rezza, Datuk Ziela Jalil dan Azrinaz selain beberapa kerabat diraja. - BH Online

Sinopsis Telefilem Cinta Untuk Atilia; Skrin Di 9, TV9

$
0
0


SINOPSIS CINTA UNTUK ATILIA

Kisah Edie seorang pemuzik jalanan, telah berkahwin dengan Rita dan mempunyai seorang anak, Atilia yang berusia 3 bulan. Pendapatan sebagai Busker tidak menentu, mereka menyewa bilik kecil di rumah bujang bersama dua orang kawan Eddie. Cinta mula pudar di hati Rita yang bosan dengan hidup susah. Rita lari meninggalkan Edie dan Atilia. Edie seorang bapa yang baik , dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya menjaga anaknya. Siang dia akan berada di rumah bersama Atilia, menjelang petang dia akan keluar mencari rezeki. Atilia ditinggalkan di bilik sewa. Dia bertuah kerana kawan serumahnya Razif dan Azman sudi membantunya menjaga Atilia. Edia kemudiannya ditawarkan pekerjaan oleh seorang  pengarah kebudayaan iaitu Haji Razali. Kerana kasihan, Hajah Mariam mahu membantu Edie menjaga Atilia. Malang sekali lagi menimpa apabila Edie telah dirompak ketika baru sahaja menerima gaji pertamanya dan koma.

Bersahabat Saja, Tak lebih Dari Itu - Fattah Amin

$
0
0


Fattah Amin bimbang jika soalan yang diajukan kepadanya mengenai aktres Nur Fazura akan menimbulkan isu dan kemarahan dalam kalangan netizen.

Ditanya tentang sejauh mana hubungannya dengan Fazura, pelakon tinggi lampai ini seakan-akan cuba mengelak kerana bimbang jawapan itu disalah anggap peminat.


"Janganlah... nanti jadi isu baru pula! Saya dengan Fazura bersahabat sahaja, tak lebih daripada itu. - mStar Online

Boy Iman Ditahan Polis; Sijil Doktor Falsafah Turut Dirampas!

$
0
0


Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman bersama dua lagi suspek utama ditahan polis di Ampang dan Setapak bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, didapati syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

"Bagaimanapun, selepas bayaran dilunaskan pembinaan rumah berkenaan tidak dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Acryl Sani berkata, susulan daripada itu lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang semalam.

"Turut ditahan dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources masing-masing berusia 29 dan 45 tahun yang juga suspek utama kes ini.

"Hasil pemeriksaan yang dibuat di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang polis merampas Nissan Fairlady dan BMW E92, tiga telefon pintar, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties,"katanya. - Metro Online

5 Hari Koma; Mahadzir Lokman Jumpa Arwah Ibu Dan Bapa!

$
0
0


Lima hari koma, saya diberi kesempatan oleh Allah SWT berjumpa arwah ibu bapa dan dua adik beradik lain. Saya bertanya kepada ibu bapa kenapa tidak mahu bercakap dengan saya.

“Malah tidak lama selepas itu, saya turut berasa seperti di awang-awangan dan melihat ramai orang di sekeliling.” Begitulah kata pengacara terkenal Datuk Mahadzir Lokman, 60, yang sedar daripada koma selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak 24 September lalu.

“Apa saya ceritakan ini mungkin orang susah nak percaya tetapi saya yang melaluinya perlu berkongsi,” katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.

Terdahulu, Mahadzir kritikal selepas ditemui tidak sedarkan diri oleh keluarga pada 24 September lalu sebelum dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Lima hari selepas itu, Mahadzir dilapor stabil dan dipindahkan ke wad biasa.

Mahadzir menyifatkan ia peluang kedua untuknya dan berkata, dia bersyukur kerana diberi kesembuhan dan berdoa semoga terus mendapat kesihatan baik.

“Apa yang terjadi ini adalah pengalaman yang hanya dirasai bagi mereka yang melaluinya. Bagi saya, ini hikmah daripada Allah SWT.

“Saya tidak menyangka perkara ini terjadi kepada diri sendiri. Apabila diceritakan semula oleh keluarga, dalam fikiran saya sudah meninggal dunia.

“Namun sebaliknya kerana Allah SWT masih panjangkan nyawa saya.

“Malah, apabila sedar daripada koma saya sentiasa berdoa semoga terus diberikan kesihatan yang baik. Dalam masa sama, saya fikir ini hanya pinjaman sementara buat saya,” katanya. - Metro Online

Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy Selamat Bertunang; Nikah Mac 2018

$
0
0


Mengambil keberkata Jumaat, pelakon Elfira Loy melangsungkan pertunangan dengan penyanyi Sufian Suhaimi di kediaman Elfira, Alam Damai di sini pada pukul 4 petang Jumaat.

Elfira, 23, berkata dia masih belum menetapkan tarikh pernikahan mereka namun majlis tersebut akan diadakan tahun hadapan  pada bulan kelahirannya iaitu Mac. 

"Alhamdulillah majlis pertunangan hari ini berjalan dengan lancar. Insya-Allah kami akan melangsungkan pernikahan pada bulan Mac tahun hadapan. 

"Tarikh (nikah) belum ditetapkan sebab kami masih mencari lokasi yang bersesuaian," kata Elfira kepada mStar Online. 

Sinopsis Telefilem Transit Terakhir; Cerekarama TV3

$
0
0


SINOPSIS TRANSIT TERAKHIR
Kisah Khalif yang sering menghabiskan masa dengan berseronok dan berfoya-foya bersama rakan-rakannya. Khalif juga tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana sikapnya yang terlalu memilih kerja. Selepas ayahnya meninggal dunia, barulah kesedaran mula timbul dalam dirinya kerana terpaksa menjalankan aktiviti bisnes ayahnya. Sebelum itu Khaliff rasa malu untuk menolong menjalankan biznez itu, bersama arwah ayahnya.

Aura Saloma Singkirkan Indah Ruhaila Dari AF Megastar 2017

$
0
0


Membawakan kombinasi 3 lagu Allahyarhamah Puan Sri Saloma di Konsert Suku Akhir Akademi Fantasia Megastar 2017 barangkali bukan pilihan yang tepat buat Indah Ruhaila. Meskipun gemersik suara Indah mendapat pujian daripada juri undangan, iaitu Puan Sri Tiara, namun itu tidak menjanjikan posisi Indah selamat untuk ke Konsert Separuh Akhir Akademi Fantasia Megastar 2017.

Menurut Datuk Ramli MS, pemilihan tema mencampuradukkan lagu-lagu popular milik ikon seni suara tanah air merupakan satu konsep yang memerangkap para peserta AF Megastar 2017.

Amir Jahari, Bob, Idayu, Marsha dan Amir merupakan lima peserta yang terselamat tanpa berada di posisi tiga terendah. Manakala, Syamil dan Shahir berada bersama Indah untuk tiga peserta AF Megastar dengan markah terendah yang berisiko untuk disingkirkan.

Dan apabila diumumkan Datuk Aznil Haji Nawawi, cuma seorang sahaja bintang yang digugurkan, manakala, Syamil dan Shahir terselamat.

Untuk rekod, pada awal 8.30 minit malam, undian penonton terendah yang dicatatkan juga memihak kepada Indah Ruhaila dengan 2% undian.

Berikut merupakan lagu-lagu yang telah disampaikan oleh bintang AF Megastar 2017 dalam Konsert Suku Akhir.

1. Shahir - Jeritan Batinku, Di Mana Kan Ku Cari Ganti (P. Ramlee)
2.Indah - Gelora, Mari Jalan Bersama  (Saloma)
3. Syamel - Umpan Jinak Di Air Tenang, Gelisah (Ahamad Jais)
4. Amir - Sepi Sekuntum Bunga Mawar, Pengemis Cinta (Ella)
5. Bob - Balqis, Nirmala (Datuk Siti Nurhaliza)
6. Marsha - Akhirnya Kini Pasti, Seksis (Anita Sarawak)
7. Idayu - Sangkar Cinta, Syurga Di Hati Kita, Kemelut Di Muara Kasih (Ziana Zain)
8. Amir  Jahari - Kau Di Hati Ku, Orak Arek (Zainal Abidin)

Masyarakat Kita Sakit Dengan Syak Wasangka Dan Fitnah! - Shaza, Clever Girl Kelantan Musim Ke-2

$
0
0


Clever Girl Malaysia Musim Kedua kecoh lagi! Menerusi siaran itu Jumaat lalu, tindakan Shazana Kamarzaman, 24, menjawab soalan sebelum ia habis dibaca oleh penasihat pertandingan itu, Datin Sharifah Shawati menimbulkan kemarahan netizen.

Menerusi soalan ketiga pada pusingan kedua itu, Shawati mengemukakan soalan karya manakah tulisan Usman Awang sama ada A) Salina atau B) Jiwa Hamba?

Bagimanapun Shazana terus menekan butang untuk menjawab soalan tanpa sempat Shawati membacakan jawapan seterusnya. Tindakan Shazana yang hanya menjawab B tanpa mengetahui apakah jawapan pada B selepas disoal oleh hos Alif Satar ternyata membuatkan penonton marah.

Rata-rata netizen menyifatkan 'soalan bocor' seperti yang didakwa oleh bekas peserta yang menarik diri daripada program tersebut iaitu Keira ialah sesuatu yang benar-benar berlaku.

Sementara itu, peserta yang tersingkir pada minggu berkenaan iaitu Shaza berkata, tuduhan soalan bocor itu tidak benar sama sekali.

Shaza atau nama sebenarnya Nurul Shazalina Zainudin, 30, berkata, jika benar perkara berkenaan terjadi, sudah tentu dia masih berada dalam program tersebut.

"Saya baca komen rata-rata netizen tuduh kami semua peserta diberi set soalan, tinggal hafal sahaja jawapan. Kalau begitulah, sudah pasti saya masih selamat, sebab saya memang kaki hafal. Senang betul saya nak menang RM100,000 tu.

"Masyarakat kita sakit dengan syak wasangka dan fitnah. Begitu mudah anda semua percaya tanpa ada bukti. Janganlah kerana kesilapan kecil atau cerita yang tiada bukti, anda pukul rata semua peserta," kongsinya di Instagram pada Isnin.

Belum Setahun Isteri Meninggal; Jalaluddin Hassan Temui Pengganti

$
0
0


Hampir setahun isteri meninggal dunia, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan memutuskan untuk berkahwin lain bagi menghilangkan rasa sunyi dalam hidupnya. 

Jalaluddin, 63, berkata, beliau kini dalam proses mengenali hati budi seorang ibu tunggal, juga adik kepada rakan baiknya yang dikenali pada bulan Ramadan lalu. 

"Sewaktu bulan puasa hari tu, saya menghantar ucapan selamat menyambut bulan ramadan kepadanya melalui laman Facebook. 


"Selepas itu, kami bertemu buat kali pertama di rumah terbuka kawan baik saya," ujarnya kepada mStar Online. 

 Datuk Jalaluddin Hassan juga sempat berkongsi gambar wanita itu dengan wartawan selain memberitahu wanita yang berasal dari Melaka itu bermula dengan huruf Y.  Ketika diajukan mengenai perancangan berumah tangga, beliau menjelaskan sudah bersedia untuk menamatkan zaman dudanya itu. 

"Saya dah bersedia untuk kahwin tapi saya mahu tunggu cukup tempoh setahun lepas kematian arwah isteri saya. 


"Tapi kalau nasihat ayah saya, sekarang juga dia mahu saya kahwin," katanya dalam nada berseloroh. 

[Gambar] Sekitar Resepsi Engku Emran Dan Laudya Cynthia Bella Di Jakarta

$
0
0


Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella sekali lagi diraikan dalam majlis resepsi perkahwinan yang diadakan di Jakarta, Indonesia semalam. Kami kongsikan beberapa gambar sekitar majlis resepsi pasangan sama cantik sama padan ini untuk tatapan anda.




Viewing all 3940 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>