Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all 3940 articles
Browse latest View live

Pelakon Dan Watak Drama Raisha; Lestary TV3

$
0
0


Nantikan drama terbaru Raisha yang akan mengisi slot Lestary TV3. Bakal menampilkan lakonan Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Taib Zamannuri, Puteri Aishah, Ariff Aziz dan ramai lagi. Diarahkan oleh saudara Nizam Zakaria, terbitan OrangeTree Production. Saksikan drama Raisha setiap hari Rabu dan Khamis bermula 21 September, pada pukul 9 malam di TV3.

WATAK PELAKON
Diana Danielle sebagai Raisha
Hafidz Roshdi sebagai Fuad
Rahim Jailani sebagai Shamsudin
Taib Zamannuri sebagai Remy
Puteri Aishah sebagai Siti Aishah
Ariff Aziz sebagai Putra
Laila Nasir sebagai Arfah
Zarina Zainuddin sebagai Shida
Kismah Johari sebagai Mak Esah
Ridzuan Hashim sebagai Datuk Z
Noniswira sebagai Datin Sharina
Tash Yong sebagai Nadia
Aishah Azman sebagai Melly 

OST Drama Raisha; Lestary TV3

$
0
0


Nantikan drama terbaru Raisha yang akan mengisi slot Lestary TV3. Bakal menampilkan lakonan Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Taib Zamannuri, Puteri Aishah, Ariff Aziz dan ramai lagi. Diarahkan oleh saudara Nizam Zakaria, terbitan OrangeTree Production. Saksikan drama Raisha setiap hari Rabu dan Khamis bermula 21 September, pada pukul 9 malam di TV3.


LAGU TEMA / OST AISHA 
Tasha Manshahar - Bukan Aku


Sinopsis Telefilem Janji Allah; Istimewa Maal Hijrah TV1

$
0
0


SINOPSIS JANJI ALLAH 

Kisahnya bermula dengan Mak Munah tinggal bersama anak OKU, Udin merupakan ibu tiri kepada Wawa yang telah kematian ayahnya. Wawa belajar di luar negara dengan wang tanah ayahnya yang dipajak setelah beberapa kali mendesak ibu tirinya memujuk ayahnya untuk berbuat demikian.
Wawa pulang bekerja di Malaysia setelah tamat belajar namun enggan bertemu ibu tirinya dan Udin. Wawa memberi tempoh seminggu kepada ibu tirinya untuk mengosongkan rumah uzur tersebut kerana beliau telah menjual tanah tersebut.
Keadaan menjadi kecoh kerana apabila cukup tempoh, pihak pembeli datang untuk merobohkan rumah yang didiami Mak Munah dan Udin. Wawa bergegas datang dan meminta penjelasan pihak pembeli yang mana Wawa berjanji untuk menebus kembali tanah tersebut.

Mujur majikan Mak Munah dan Udin, iaitu En. Musa masuk campur dan berjanji untuk membayar semula kepada pihak pembeli bagi tujuan penebusan tanah tersebut. Wawa yang insaf segera memohon maaf kepada Mak Munah. Namun adakah dia berjaya menuntut kemaafan daripada ayahnya?

Sinopsis Telefilem Hijrah Di Ufuk Senja; Istimewa Maal Hijrah TV2

$
0
0


SINOPSIS HIJRAH DI UFUK SENJA

Kisah Saiful, seorang suami yang kehilangan isteri dan anak-anaknya akibat kecuaiannya sendiri. Setelah kejadian yang menimpa keluarganya, Saiful dimasukkan ke hospital kerana tekanan perasaan. Dia merasa bersalah kerana menjadi punca isteri dan anak-anaknya mati dibunuh. Selepas pulang ke rumah dia asyik ternampak isteri dan anak-anaknya muncul dan bercakap-cakap dengannya.
Sementara itu Madiha turut dihantui perasaan bersalah kerana menghantar abangnya, Maman ke rumah Saiful sehingga terjadinya pembunuhan itu. Madiha mencari peluang untuk berterus terang dengan Saiful tetapi setiap kali berdepan Saiful, lidahnya kelu.
Suatu hari kereta Saiful rosak dan dibantu oleh Osman yang kemudiannya mempelawa dia belajar agama. Setelah Saiful bersetuju, Osman mengatur pertemuan Saiful dengan Tok Ayah iaitu guru agamanya. Saiful datang bersama Madiha dan Madiha mendapati ajaran yang disampaikan oleh Tok Ayah agak pelik lalu bertanya. Madiha dihalau oleh Tok Ayah dan pengikut-pengikutnya tetapi Saiful tetap berada di situ hingga tamat.
Esoknya Madiha datang ke pejabat Saiful dan memberitahu Saiful kebimbangannya tentang ajaran Tok Ayah tetapi Saiful seperti tidak mengendahkannya. Husna, kawan serumah Madiha telah menemui bukti bahawa ajaran Tok Ayah adalah ajaran sesat.


 Madiha dan Husna menemui Saiful untuk memberitahunya. Rupanya Saiful sudah tahu dan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa sehingga Tok Ayah ditangkap. Madiha tidak dapat lena pada malam itu kerana belum berterus terang lalu ke rumah Saiful.

Sinopsis Telefilem Nur 3 Pagi; Istimewa Maal Hijrah TV3

$
0
0


SINOPSIS NUR 3 PAGI

Nur Jannah telah berkenalan dengan Fariz. Dalam perkenalan itu, mereka mahu mengakhiri dengan ikatan perkahwinan. Namun, diakhirnya, Nur mendapati bahawa Fariz itu adalah saudara susuannya.Sempena Maal Hijrah, TV3 akan menayangkan telefilem istimewa berjudul Nur 3 Pagi yang menampilkan lakonan Azira Shafinaz dan Syafiq Kyle. Telefilem arahan Heykal Hanifah ini akan disiarkan pada Jumaat ini jam 10 malam. 

[Video] Gadis Melayu Ini Tak Sambut Huluran Tangan David Beckham!

$
0
0


Bertemu wajah dengan figura terkenal dunia seperti David Beckham pastinya akan menjadi memori terindah bagi seseorang individu.

Itulah peluang yang diterima oleh seorang gadis tempatan yang dapat bertemu wajah dengan David Beckham secara bertentang mata dalam satu majlis yang diadakan di ibu negara petang tadi.

Kehadiran Beckham ke Malaysia adalah sempena program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival, susulan pelantikannya sebagai Duta Global AIA pada Mac lalu. 

Bagaimanapun huluran tangan bintang bola sepak berusia 42 tahun dan bapa kepada empat anak, suami kepada Victoria, ahli kumpulan Spice Girls yang masih tampan dan segak bergaya itu tidak disambut oleh gadis berkenaan.

Menjaga batasan dan pergaulan sebagai wanita Muslimah, huluran tangan David Beckham digantikan dengan anggukan kepala. Menerusi video yang tular, Beckham dilihat menghulur tangan dalam beberapa saat, namun tidak disambut, sebelum mengagguk-angguk beberapa kali seperti baharu faham kenapa huluran tanggannya tidak disambut gadis berkenaan.


Dalam beberapa situasi, wanita Muslimah yang menjaga batasan pergaulan yang tahu memerlukan diri untuk berjabat tangan dengan lelaki yang ajnabi ada kalanya memilih untuk memakai sarung tangan penuh, bagi menjaga air muka individu yang menghulurkan salam. Situasi sebegini admin sendiri pernah lihat dalam majlis graduasi dna konvokesyen di univeristi tempatan.

[Gambar] Dato Fazley Bertemu David Beckham

$
0
0


Kehadiran David Beckham ke Malaysia sempena program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival, susulan pelantikannya sebagai Duta Global AIA pada Mac lalu menjadi fokus utama media hari ini. Dato Fazley Yaakob tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan bersama bintang terkemuka dunia itu. Kami kongsikan beberapak keping gambar Dato Fazley berjabat erat tangan David Beckham.




Fattah Amin Cium Janna Nick Dalam Drama Coffe Prince? Perlukah Adegan Sebegini Dalam Drama Melayu!?

$
0
0


Michael Ang tidak mengetahui sebahagian rakaman penggambaran drama Coffee Prince yang memperlihatkan pelakon utama, Fattah Amin dan Janna Nick seolah-olah bercium tersebar di laman sosial.

Michael berkata, dia terkejut apabila mengetahui video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pelakon baharu iaitu Fara Mendoza di laman Instagram.

"Babak tersebut dirakam oleh Fara dan bukannya kru produksi yang sebarkan.

"Fara tidak berlakon dalam drama ini, dia hanya datang melawat Janna di set penggambaran.

"Kalau saya tahu dia nak rakam, pasti saya dah halang," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Michael turut meluahkan rasa kesal kerana adegan tersebut telah di salah anggap oleh masyarakat yang menyangka dua pelakon utama tersebut sedang melakonkan babak bercium. Jelasnya, Fattah dan Janna nampak seperti melakukan aksi itu kerana kedudukan kamera pada telefon bimbit yang merakam.

"Sebenarnya tak ada babak bercium pun, malah mereka tidak bersentuhan langsung.

"Kedudukan wajah Fattah di kanan dan Janna di kiri seolah menampakkan mereka sedang bercium.


"Saya masih waras dan tidak mungkin mewujudkan aksi yang boleh mengundang kontroversi dalam drama arahan saya," katanya.

Sinopsis Telefilem Dosa Perempuan; Cerekarama TV3

$
0
0


SINOPSIS DOSA PEREMPUAN 

Setelah menyelesaikan kes pembunuhan baru-baru ini, Nik mula rasa tidak sedap hati memikirkan keselamatan keluarganya. Tasha yang mula rapat dengan keluarganya, ada membawa motif tertentu. Jangan lupa saksikan telefilem Dosa Perempuan arahan Murali Abdullah yang dibintangi oleh Redza Rosli, Nad Zainal dan Mira Filzah. Disiarkan di TV3 pada Sabtu ini pukul 9 malam.

[Gambar] Jarak Sebenar Babak Cium Fattah Amin Dan Janna Nick Didedahkan!

$
0
0


Adegan ciuman antara Janna Nick dan Fattah Amin yang menjadi kontroversi dalam adegan drama Coffee Prince masih menjadi pertikaian netizen. Kontroversi tercetus gara-gara gambar yang dikongsikan oleh Fara Mendoza menerusi Instastory miliknya dari lokasi penggambaran drama adaptasi dari Korea tersebut.

Seorang jurukamera, Juo Azri menerusi Instagramnya pada Sabtu mendedahkan foto dan jarak sebenar kedudukan antara Janna dan Fattah ketika penggambaran berlangsung.


"Gambar yang menjadi kontroversi... ini pandangan daripada skrin kamera saya. Babak ini dibuat atas alasan untuk membuatkan Emma Maembong cemburu dan secara automatik menolak tawaran nenek Raykal (lakonan Fattah)," tulisnya.

Dalam pada itu, menurut Juo Azri, babak itu dibuat dalam pelbagai versi yang mana akan dipilih sendiri oleh pihak Astro.

Kontroversi Babak Cium Fattah Amin; Jangan Caci Maki Mak Ayah Saya - Janna Nick

$
0
0


Pelakon Janna Nick meminta netizen yang kurang senang  adegan ciumnya bersama Fattah Amin tidak mengaitkan ibu-bapanya jika ingin mengkritik. 

Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 22, berkata, dia menerima segala pendapat dan kritikan tersebut dengan hati yang terbuka.

"Ruangan kecaman, nasihat, pujian, kritikan, luahan perasaan, masalah rumah tangga, berniaga, tinggi langsing, vitamin kurus gemok, bengkung sajat disediakan... sila kecam tanpa melibatkan hentaman ke atas mak dan ayah..


"Bahasa kesat dibenarkan, semua di benarkan kecuali caci maki ke atas keluarga saya," ujarnya menerusi kenyataan di laman sosial Instagram pada malam Jumaat.

Janna berkata demikian ketika mengulas tentang adegan aksi bercium dalam drama adaptasi Korea Coffee Prince yang tersebar di media sosial telah mengundang perbalahan dikalangan peminat.

Segelintir peminat kecewa dan menganggap aksi tersebut hanya akan menggalakkan gejala tidak sihat dikalangan remaja.

Sementara itu, Janna berkata, biarpun adegan yang dilakonkan itu tidak melibatkan sentuhan kulit, namun dia terima pendapat dan kritikan yang dilemparkan berkenaan aksi tidak senonoh tersebut.

Tonton Telefilem Dosa Perempuan; Cerekarama TV3

$
0
0


Saksikan telefilem Dosa Perempuan arahan Murali Abdullah yang dibintangi oleh Redza Rosli, Nad Zainal dan Mira Filzah. Disiarkan di TV3 pada Sabtu (23 September 2017) pukul 9 malam.


Admin hanya berkongsi link dari YouTube,
dan tidak memiliki mana-mana hak cipta!
Sekiranya, konten tidak dapat diakses;
ini bermakna uploader sudah delete,
atau telah dibuang oleh YouTube! 😅😇

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM29)

$
0
0


Pemenang FFM29:

1) Filem Terbaik: Adiwiraku
2) Pengarah Terbaik: Dain Said (Interchange)
3) Pelakon Lelaki Terbaik: Namron (Redha)
4) Pelakon Wanita Terbaik: Sangeeta Krishnasamy (Adiwiraku)
5) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam (Interchange)
6) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Diana Danielle (Hanyut)
7) Pengarah Harapan: Tunku Mona Riza (Redha)
8) Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Harith Haziq (Redha)
9) Pelakon Wanita Harapan: June Lojong (Redha)
10) Pelakon Lelaki Harapan: John Tan (You Mean The World To Me)
11) Lakon Layar Terbaik: Saw Teong Hin (You Mean The World To Me)
12) Sinematografi Terbaik: Jordan Chiam (Interchange)
13) Cerita Asal Terbaik: Jason Chong (Adiwiraku)
14) Kostum & Busana Terbaik: Akma Suriati Awang (Hanyut)
15) Anugerah Khas Juri (Kesan Khas Visual): Desolasi (Skop Productions Sdn Bhd)
16) Anugerah Khas Juri (Kesedaran Sosial): Shuttle Life (MM2 Film Distribution Sdn Bhd)
17) Anugerah Khas Juri (Kupasan Isu Najis Dadah): Pekak (Grand Brilliance Sdn Bhd dan
Lightbulb Pictures)
18) Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: Datuk Yusof Haslam
19) Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Johan Ibrahim
20) Filem Box Office: Abang Long Fadil 2 (Skop Production Sdn Bhd & Astro Shaw)
21) Penataan Bunyi Terbaik: Daniel (Hanyut)
22) Penataan Seni Terbaik: Zaharah Nakibullah (Interchange)
23) Suntingan Terbaik: Nazim Shah (J Revolusi)
24) Skor Muzik Terbaik: David Koon (You Mean The World To Me)

"Beli ke Datuk?" Gurauan Zizan Razak Buat Hans Isaac Terasa?

$
0
0

Semalam telah berlangsungnya Festival Filem Malaysia Ke-29 yang menampilkan Zizan Razak sebagai pengacara. Apabila menampilkan pelawak sebagai pengacara majlis seumpama majlis anugerah hampir semua benda hendak dibahannya. Kadang tak ada sensitiviti. Bukannya kali pertama berlaku, tetapi masih tak mahu diambil pengajaran.

Datuk Hans Isaac semalam ada membuat perkongsian di Instagram miliknya mengucapkan tahniah kepada pemenang dalammasa yang sama menulis beberapa ayat yang terlihat seperti dia terasa hati dengan gurauan Zizan Razak terhadapnya.

Ketika, Hans Isaac dijemput ke atas pentas, Zizan telah bergurau dengan mengatakan...

"Beli ke Datuk... Baju, baju! Baju yang saya maksudkan adalah baju," ujar Zizan kepada Hans!


Rata-rata pengikut Instagram Hans Isaac turut berpendapat bahawa gurauan Zizan Razak sedikit keterlaluan.

Tidak terhenti di situ, peminat Zizan Razak juga tidak ketinggalan menyerang ruang komen posting berkenaan selepas menjadi tular!

Norman Hakim, Memey Suhaiza, Abby Abadi Dan Jai Naik Pelamin Malam Ini!

$
0
0


Menginjak usia ulang tahun perkahwinan yang ke-6, aktor Norman Hakim dan Memey Suhaiza bakal naik pelamin sekali lagi pada malam ini. Pasangan yang mempunyai dua orang cahaya mata lelaki ini bakal diraikan dalam suatu majlis yang cukup istimewa oleh Mahligai Impian.

Norman Hakim dan Memey Suhaiza merupakan duta rasmi rangkaian Mahligai Impian yang menyediakan perkhidmatan Wedding Planner juga untuk majlis-majlis keraian yang lain.

Apa yang menarik bukan Norman dan Memey sahaja akan duduk di atas pelaminan, bahkan bekas isteri Norman Hakim, iaitu Abby Abadi dan suaminya Jai akan turut sama naik pelamin sekali.

Seramai 100 orag peminat bertuah dipilih menyertai majlis yang bakal berlangsung pada malam ini.

Terdahulu, Norman sempat membingkiskan ucapan romantis ulang tahun perkahwinannya yang ke-6 bersama Memey di laman sosial Instagram miliknya.

Saya Tak Rasa Gurau Saya Kasar Dan Berlebihan - Zizan Razak

$
0
0


Pelawak Zizan Razak menganggap pengacaraannya pada malam Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) pada malam Sabtu tidak keterlaluan.

Zizan, 33, berkata, apa yang disampaikan pada malam berkenaan tidak mendapat sebarang teguran daripada pihak produksi.

"Pada saya kalau penonton gelak dan terhibur itu sudah cukup dan pihak produksi juga suka dengan perjalanan majlis malam ini.

"Saya juga tidak rasa apa yang saya sampaikan malam ini terlalu kasar dan penonton juga bijak menerimannya.


"Saya tidak bergurau berlebih-lebihan kerana apa yang saya cakap ditapis oleh pihak produksi. Mereka tidak cakap apa-apa pun," ujarnya kepada mStar Online.


Live Streaming Konsert Akademi Fantasia Megastar Minggu Ke-4 (AF Megastar 2017)

$
0
0


Program realiti nyanyian kembali lagi di Astro. Kali ini melibatkan juara dan peserta Akademi Fantasia daripada musim-musim terdahulu yang dihimpunkan seramai 12 orang di atas satu pentas yang sama. 

Diberi gelaran Akademi Fantasia Megastar, program ini akan dikemudi oleh Datuk Aznil Haji Nawawi selaku pengacara. Juri tetap AF Megastar ialah Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat. Saban minggu akan hadir seorang juri undangan.

Terdahulu dalam dua Konsert Homecoming yang diadakan seramai 12 peserta telah disingkirkan meninggalkan 12 peserta lagi yang akan bertanding!

Minggu lepas, Adira dan Azhar telah disingkirkan. Kami sediakan embed link live streaming Konsert Akademi Fantasia Megastar 2017 Minggu Ke-4 bertemakan Rock untuk tontonan anda!

Kiera Clever Girl Pulau Pinang Dakwa Soalan Bocor; Produksi TV3 Jadi Panas!

$
0
0


Pihak TV3 tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada seorang peserta Clever Girl Malaysia, Noor Syakirah Mohd Azam atau Kiera yang didakwa menyebarkan kenyataan palsu dan berunsur fitnah.

TV3 dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Ahad berkata, segala dakwaan melalui kenyataan asal bekas peserta rancangan tersebut  adalah tidak benar sama sekali.


“Pihak TV3 sentiasa mengambil berat tentang integriti rancangan kami dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu dan berunsur fitnah,” kata kenyataan itu.

Kiera, 27,  membuat keputusan menarik diri pada Khamis lalu iaitu sehari sebelum siaran langsung rancangan berkenaan disiarkan.

Graduan Sains Kejuruteraan dari Universiti Oxford ini dalam kenyataan awalnya di laman sosial mendakwa, penarikan dirinya disebabkan dia mendapati terdapat unsur-unsur berat sebelah dan soalan bocor dalam pertandingan itu.

Namun kenyataan itu ditarik balik tidak lama kemudian atas alasan dia mempunyai perjanjian dengan TV3 agar tidak memberi sebarang komen terhadap keputusan dibuat.

Netizen pula berpendapat, peserta dari Pulau Pinang ini sebenarnya sering gagal menjawab beberapa soalan diberikan.


Program Clever Girl Malaysia bersiaran secara langsung pada hari Jumaat, pukul 9 malam hingga 10 malam di TV3.

[Gambar] Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Raikan Ulang Tahun Perkahwinan Ke-6 Bak Pengantin Baharu

$
0
0


Meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-6, Norman Hakim bersama isteri Memey Suhaiza diraikan dalam majlis persandingan oleh Mahligai Impian. Norman Hakim dan Memey Suhaiza merupakan duta bagi jenama perancang perkahwinan Mahligai Impian.

Turut sama diraikan ialah pasangan Abby Abadi dan jai Ezany. 

Malah, anak-anak Norman Hakim, baik dari perkahwinan terdahulu mahupun yang semasa turtu sama berada di atas pelaminan memeriahkan majlis.

Kmai kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan anda.




Dramatis ‘Makcik Petir’ Kritikal

$
0
0


Dramatis yang popular dengan sapaan ‘Makcik Petir’ atau Noryati Taib berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Anak saudaranya yang juga pengarah drama Shahrulezad Mohameddin berkata, Noryati, 60, dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru sejak pagi Isnin.

“Sebenarnya Mak Uda (Noryati) dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lalu kerana penyakit diabetes dan dia sudah dibenarkan pulang sejak semalam (Ahad) dan keadaannya baik sahaja.


“Bagaimanapun apabila sampai ke rumah dia tiba-tiba mengalami sesak nafas sebelum bapa saudara saya membawanya kembali ke hospital dan saya dimaklumkan Mak Uda mengalami jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya kepada mStar Online. 
Viewing all 3940 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>