
"Dia bukan 'rabbit' yang anda cari. Dia ada prinsip yang kuat. Apa yang saya tahu dia tidak bersalah. Saya menyokong Shazana untuk pertandingan akhir nanti dan berharap dia akan bergelar juara dan bukannya 'rabbit'," tulis Kiera yang merupakan Clever Girl Pulau Pinang yang menarik diri daripada program berkenaan gara-gara percaya wujud sikap tidak telus pihak produksi.
Terdahulu, nama Shazana menjadi sasaran netizen apabila dia menjawab soalan sebelum ia habis dibaca oleh penasihat pertandingan itu, Datin Sharifah Shawati.
Menerusi soalan ketiga pada pusingan kedua itu, Shawati mengemukakan soalan karya manakah tulisan Usman Awang sama ada A) Salina atau B) Jiwa Hamba?
Bagimanapun Shazana terus menekan butang untuk menjawab soalan tanpa sempat Shawati membacakan jawapan seterusnya.
Sementara itu, Kiera berkata, dia berharap suatu hari nanti mereka dapat membuat video secara langsung dengan 'rabbit' sebenar bagi meminta dia menjelaskan tentang konsep asas sains dan matematik yang dijawab menerusi program itu.
"Kali terakhir kami bertanya 'Rabbit' tentang bagaimana dia menjawab soalan di pentas, 'Rabbit' akan meminta masa sejam untuk bertanya kepada rakannya untuk mendapatkan jawapan.
"Malah dia tunjuk perbualan Whatsapp kepada kami seseorang memberinya jawapan dan masih tidak dapat menjelaskannya.
"Paling lucu kami siap kena soal siasat apabila mengadu hal yang terjadi seolah-olah orang yang mengadu pula bersalah," katanya.
'Rabbit' yang dimaksudkan oleh Kiera ialah peserta yang mendapat kelebihan dalam pertandingan itu.