Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

9 Juta Viewers Muzik Lirik Video Di Matamu 'Hadiah' Putus Tunang Buat Sufian Suhaimi

$
0
0


Merekodkan lebih sembilan juta tontonan di YouTube dalam tempoh tiga minggu, video muzik lirik Di Matamu dendangan Sufian Suhaimi dianggap penyanyi itu sebagai hikmah besar dalam hidupnya.


Mencetuskan kontroversi selepas putus tunang dengan aktres, Elfira Loy, Sufian terhutang budi kepada peminat dan rakan artis yang menggemari lagu berkenaan dan mempromosikannya dalam laman sosial.


"Ini suatu hikmah besar buat saya... Kadang-kadang kita diuji dan akhirnya, Tuhan beri kita sesuatu di sebaliknya.


"Saya berterima kasih kepada peminat dan teman artis yang tanpa disuruh mempromosikan lagu itu dengan cara sendiri... Semua ini ibarat promosi awal buat single ini," katanya kepada BH Online.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940