Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Saya OK - Ziana Zain

$
0
0


Penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain, memberitahu dirinya kini sibuk dengan aktiviti penggambaran selain rutin menguruskan anak. Ziana berkata, meskipun jadual penggambaran siri Mak Cun musim keempat agak padat, beliau tidak sesekali mengabaikan tugas sebagai ibu kepada empat cahaya mata kesayangan, termasuk pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.


"Saya baik-baik saja dan kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri arahan Erma Fatima, Mak Cun 4.


"Saya terima tawaran berkenaan kerana ia sangat istimewa, apatah lagi musim terbaru Mak Cun turut membabitkan rakan rapat seperti Erra Fazira dan Datuk Awie," katanya kepada BH Online.


Dalam siri Mak Cun yang diminati ramai berkenaan, beliau membawakan watak mak andam.

Katanya, penampilan dalam drama itu nyata memberikan beliau pengalaman cukup menarik dan menyeronokkan, termasuk peluang bekerjasama dengan pengarah hebat, Erma.


Ziana, 49, pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong diri dan kerjaya seninya sejak kira-kira tiga dekad lalu.


"Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan. Saya doakan anda semua dirahmati Allah," katanya.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>