Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

"Tak Sabar Nak Sembelih Tuhan Hindu Esok" Tweet Lelaki Ini Undang Kemarahan Netizen!

$
0
0


Akal fikiran yang diberikan Tuhan sepatutnya digunakan sebaik mungkin, andai akal diletakkan di kepala lutut maka beginilah jadinya.

Tweet seorang pengguna twitter tempatan yang menyentuh sensitiviti masyarakat India yang bergama Hindu ketika musim Hari Raya Aidil Adha ini tidak sepatutnya berlaku.

"Tak sabarnya nak sembelih Tuhan Hindu esok!" Tweet daripada pengguna laman sosial twitter dengan ID @MullahSohaini benar-benar melampau. Apatah lagi, Malaysia baru sahaja meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-60.

Sebagai sebuah negara yang didiami oleh masyarakat majmuk khalayak sepatutnya tahun menjaga nilai sensitif setiap kaum yang mendiami negara ini. Memuat nak status yang sensitif yang menyentuh agama dan kepercayaan sesuatu kaum yang lain adalah perbuatan yang sangat tidak patut.

Seharusnya, netizen perlu bertanya kepada diri sendiri adakah dia akan suka jika masyarakat daripada agama lain mempersendakan agama mereka. Jika tidak, jangan lakukan perkara yang sama kepada orang lain.

Tweet tersebut telah dipadam oleh individu berkenaan namun dikongsikan oleh seorang pengguna Twtter lain yang berbangsa India.

Pengguna dengan ID @risimaran menulis "He deetes, but I just wanna say, this humiliation is way too sad. I demand an apology tho. I don't want embarrass him, but please grow up people!"

Rata-rata pengguna Twitter lain menyelar tindakan bodoh lelaki tersebut meskipun andai status yang dimuat naik itu sekadar gurauan. Malah, netizen berbangsa Melayu lain tampil memohon maaf baki mewakili perbuatan tidak bertanggungjawab itu.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>