
Penyanyi Hafiz Hamidun memberitahu isu perkahwinannya yang tidak sah dengan Joy Revfa akan dijelaskan selepas segala urusan berkaitan mahkamah selesai.
Hafiz, 33, berkata, buat masa ini dia sedang mengumpulkan beberapa fakta berkaitan perkahwinan tersebut yang akan dijelaskan kepada umum.
"Saya tiada ulasan tentang perkahwinan tidak sah, anda akan ketahui tentang perkara itu tidak lama sahaja lagi selepas semua keputusan dan fakta sudah siap.
"Bukan saya berdiam diri, cuma saya ingin bercakap berlandaskan fakta bukan emosi semata-mata. Bagi saya sekarang bukan masanya lagi," ujarnya.
Hafiz berkata demikian menerusi Instagram secara langsung pada Isnin.