Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Takkan Sampai Kena Tidur Sekatil Dengan Fattah Amin?

$
0
0


Pelakon baharu yang pernah berlakon bersama dengan Fattah Amin dalam drama adaptasi novel popular Suri Hati Mr. Pilot, Alvin Chong terpilih menjayakan rancangan The House membabitkan Fattah Amin sebagai figura fokus.

Kata Alvin, dia tertanya-tanya apakah Fattah merupakan seorang pembersih apabila dia ditawarkan untuk terlibat dalam program realiti The House bersama Fattah yang memerlukan mereka tinggal bersama-sama.

Akui Alvin, perasaan itu timbul kerana dia seorang yang mementingkan kebersihan dan mempunyai masalah Obsesif Kompulsif (OCD).

"Apabila dapat tahu saya kena duduk serumah dengan Fattah, benda pertama yang terlintas adakah dia seorang yang pembersih.


"Adakah saya perlu tidur sekatil dan guna tandas yang sama dengannya? Sebab saya tak suka lantai basah selepas digunakan.

"Tapi nasib baik, dia juga seperti saya dan tahu menjaga kebersihan. Jadi, tak ada masalah bab itu," katanya kepada mStar Online.

Siri realiti The House yang menyaksikan aktiviti dua sahabat baik ini di Hutan Belum, Perak akan mula ditayangkan pada 20 September depan. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>