Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Joy Revfa Mengaku Pernah Jalani Hubungan Suami Isteri Dengan Hafiz Hamidun

$
0
0


Jika sebelum ini pernah muncul kisah dalam kelambu mengatakan Hafiz Hamidun tidak pernah menyentuh Joy Revfa sejak dinikahi, lain pula yang dinyatakan oleh wanita berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari ketika ditemui wartawan.

Joy mengesahkan bahawa dirinya dan Hafiz Hamidun pernah melakukan hubungan intim sebagai suami isteri. Namun, Hafiz ada berjumpa dengannya pada 23 Mei 2017 iaitu hampir sebulan berumah tangga dengan memberitahu perkahwinan mereka tidak sah.

“Selepas tarikh itu dia mengabaikan saya dan saya rasa macam teraniaya,” katanya.

Joy Revfa hadir ke mahkamah berkenaan bagi permohonan membatalkan perkahwinannya bersama Hafiz Hamidun.

Menurut seperti yang dilaporkan mStar Online difahamkan, konflik rumah tangga antara Hafiz dan Joy timbul apabila status perceraian wanita itu dengan bekas suaminya sebelum ini tidak jelas sama ada ia sah ataupun tidak.

Disebabkan berasa curiga atas perkara itu, Hafiz tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai suami dan perkara itu perlu dirujuk kepada mahkamah terlebih dahulu sebelum hakim membuat keputusannya.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>