Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all 3940 articles
Browse latest View live

Sinopsis Telefilem Badi Selendang Merah; Astro Citra/Citra HD

$
0
0


SINOPSIS BADI SELENDANG MERAH
Setelah gagal dalam perniagaan, Helmi membawa isterinya, Fatin pulang ke kampung untuk tinggal di sana. Fatin kini berbadan dua dan hanya menunggu masa untuk kelahiran. Dalam perjalanan pulang, mereka menyaksikan sebuah kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang wanita berselendang merah. Kejadian tersebut menghantui Helmi dan mula membongkar rahsia-rahsia gelap yang disembunyikan.

Saksikan telefilem 'Badi Selendang Merah' lakonan Sharifah Sakinah, Nazim Othman dan Salina Saibi pada 4 April 2020 jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD.

Sinopsis Drama Setiaku Di Sini; Salam HD Unifi TV

$
0
0


SINOPSIS SETIAKU DI SINI
Aleesa begitu berhati-hati dengan lelaki kerana dia sering berhadapan dengan kejadian keganasan lelaki terhadap wanita ketika mengendalikan kes kaunseling dan motivasi di syarikatnya. Walaupun Aleesa sering menerima bunga dari lelaki yang tidak dikenali, namun dia sedikitpun tidak teruja untuk mengenali siapa peminat misterinya itu. Badrul, merupakan satu-satunya lelaki yang dipercayai dan menjadi rakan kongsinya. Apabila tayar keretanya pancit di tengah jalan, Aleesa tidak membenarkan rakan serumahnya Anis meminta bantuan dari lelaki yang tidak dikenali. Dia menghubungi Badrul untuk membantu. Melihat Badrul untuk pertama kalinya membuatkan Anis terpesona dengan kekacakannya.

Kerana Trauma, Aleesa meletakkan Rayyan dalam situasi yang sangat sukar. Rayyan dituduh mengambil kesempatan keatas Aleesa dan merogolnya ketika Aleesa dalam kesusahan. Saksikan drama bersiri 'Setiaku Di Sini' menemukan gandingan Fadlan Hazim dan Risteena Munim. Drama arahan Rusdi Ramli, terbitan A.Aida Production. Disiarkan mulai 3 April 2020, setiap Jumaat pukul 6 petang di Salam HD, saluran 113 Unifi TV

Pelakon Dan Watak Drama Setiaku Di Sini; Salam HD Unifi TV

$
0
0


Saksikan drama bersiri 'Setiaku Di Sini' menemukan gandingan Fadlan Hazim dan Risteena Munim. Drama arahan Rusdi Ramli, terbitan A.Aida Production. Disiarkan mulai 3 April 2020, setiap Jumaat pukul 6 petang di Salam HD, saluran 113 Unifi TV

WATAK PELAKON 
Risteena Munim sebagai Aleesa
Fadlan Hazim sebagai Rayyan

Muaz Fitri sebagai Badrul
Khalida Balqis 
Zack Kool 
Aishah Atan 
Dilla Ahmad
Puteri Ateeqah
Ainaa Azhari
Mahmud Ali Bashah
Azhar Amir
Ayu Azlina
Nada Nurshuhada
Effa Alhabsyee
Nur Natasha

Sinopsis Drama Hero 2; RTM TV2

$
0
0



SINOPSIS  HERO 2
Memaparkan kisah sepasukan anggota bomba dalam melaksanakan tugas mereka. Saksikan drama aksi Bomba 'HERO' musim kedua yang bakal bermula tayangannya pada 7 April ini Isnin hingga Khamis jam 8:30 malam di TV2. Drama ini membariskan pelakon seperti Redza Rosli, Sarah Hildebrand, Oktovia Manrose, Shah Hazvee, Naim Shamshol, Anne Ngasri, Riz Amin, Azar Azmi dan ramai lagi. Drama HERO musim pertama kini sedang ditayangkan semula bermula 16 Mac lalu hingga 4 April 2020 di TV2.

Sinopsis Filem Daulat

$
0
0


SINOPSIS DAULAT
Setelah mengalami kekalahan dalam pilihanraya umum, presiden MUNA, Hassan mengambil keputusan melantik Suri, anak didik politik beliau sebagai timbalan presiden parti. Suri, dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan matlamatnya tercapai, termasuklah memastikan MUNA memenangi kembali pilihanraya umum seterusnya walau dengan apa jua cara sekalipun.

Saksikan filem thriller politik pertama di Malaysia berjudul 'DAULAT' terbitan Lacuna Pictures  yang  ditayangkan secara percuma menerusi laman penstriman video tempatan iFlix (iflix.com) pada 6 April 2020. Filem arahan Imran Sheik ini memaparkan kisah sisi gelap dunia politik. Membariskan pelakon hebat tanah air seperti Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Cristina Suzanne dan ramai lagi. 

Sinopsis Drama The Gadis; Lestary TV3

$
0
0


SINOPSIS THE GADIS
Kisah sekumpulan gadis dari kampung yang ingin mengubah hidup masing-masing. Lina dan Lisa tinggal bersama ayah mereka, Nad bersama Nek Timah. Kepulangan Nad ke kampung, menarik perhatian ramai terutama Lisa kerana semakin cantik dan hidupnya kelihatan mewah. Lina bertauh kasih kembali dengan bekas kekasihnya Shazman, tetapi ibu Shazman lebih menyukai Nad kerana merasakan dia sesuai dengan anaknya yang berlulusan tinggi. Nad mengajak Lisa ke KL, jika dia ingin menjadi sepertinya. Adakah Lisa akan mengikuti kata hatinya? Apa yang bakal menanti dia di KL?

Saksikan drama bersiri 'The Gadis' arahan Liyana Jasmay untuk slot Lestary TV3. Menampilkan lakonan Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Syafie Naswip dan Hun Haqeem. The Gadis akan disiarkan bermula 10 April 2020, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

Pelakon Dan Watak Drama The Gadis; Lestary TV3

$
0
0


Saksikan drama bersiri 'The Gadis' arahan Liyana Jasmay untuk slot Lestary TV3. Menampilkan lakonan Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Syafie Naswip dan Hun Haqeem. The Gadis akan disiarkan bermula 10 April 2020, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

WATAK PELAKON 
Yuna Rahim sebagai Lisa
Fatin Afeefa sebagai Nad
Erynne Erynna sebagai Lina
Hun Haqeem sebagai Mika
Syafie Naswip sebagai Shazman


Ashraf Muslim Sah Positif Covid-19

$
0
0


Ashraf Muslim, 39,  disahkan mendapat jangkitan wabak Covid-19 selepas pulang dari menjalani penggambaran drama berjudul Demi di Inverness, Scotland pada 31 Mac lalu. Ashraf kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh yang juga menempatkan seorang lagi pelakon dalam drama berkenaan iaitu Puteri Aishah.

"Saya disahkan positif Covid-19 pada 12 April lalu dan sangat sebak apabila mengetahui keputusan itu. Namun, saya redha dengan pilihan Allah. Ada hikmah di sebaliknya. Maafkan saya keluarga dan sahabat. Tolong doakan yang baik-baik buat saya dan semua pesakit yang menerima rawatan di hospital ketika ini," katanya.

Selepas lama mendiam diri akhirnya Ashraf berlapang dada berkongsi kenyataan sebenar bahawa dia juga positif dijangkiti pandemik yang menular di seluruh dunia ini. Ashraf Muslim merupakan individu kesembilan daripada produksi drama berkenaan yang dijangkiti Covid-19.

Sinopsis Telefilem Anak Busut; Astro Citra/Citra HD

$
0
0


SINOPSIS ANAK BUSUT
Adam sangat merindukan atok dan neneknya di kampung, tetapi ibu bapanya jarang menyebut tentang atok dan nenek, malah memarahi Adam jika Adam bertanya tentang mereka. Setelah dewasa, Adam pulang ke kampung secara rahsia dan disambut baik oleh atok dan nenek. Namun kepulangan Adam telah membangkitkan ‘sesuatu’ yang menjadi punca mengapa ibu bapa Adam tidak membenarkannya pulang ke kampung selama ini.

Saksikan telefilem Anak Busut lakonan Yusuf Bahin, Azar Azmi dan Wan Hanafi Su pada Sabtu ini, 18 April pukul 9 malam di Astro Citra.

Sinopsis Drama Bukan Gadis Biasa; Akasia TV3

$
0
0


SINOPSIS BUKAN GADIS BIASA
Johana bukan gadis sembarangan. Rambutnya dicukur pendek. Kalau ada yang cuba mencari fasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jean dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu, memberi masa depan yang lebih baik untuk si kecil Aisya yang memanggilnya ‘emak’. 

Cinta adalah sesuatu yang asing baginya. Pertemuan semula Amirul dengan Johana membuatkan Amirul yakin tentang perasaannya. Hidup Johana sering kali bersimpang-siur dengan Rayyan, sepupu Amirul yang degil tetapi berprinsip. 


Kemunculan adik Rayyan, Amer membuatkan Jo rasa terpukul. Si mata keranjang itu cuba mencari jalan fast track ke hatinya sedangkan Amirul yang terlebih dahulu ada masih setia menanti. Takdir memerangkap dirinya di antara tiga hati yang bersaudara. Mampukah dia terus menipu diri? Atau haruskah dia pulang kepada fitrah, memilih jalan bahagianya bertemankan sekeping hati yang lain?

Saksikan drama adaptasi novel karya Liza Nur sepanjang Ramadan ini di TV3 menerusi Slot Akasia bermula 23 April 2020, jam 7.00 malam di TV3. Drama Bukan Gila arahan Azman Hj Yahya dan terbitan JS Pictures Sdn. Bhd ini menampilkan ramai pelakon hebat seperti Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Maskhan, Lia Natalia, Sheila Rusly, Ako Mustafa, Shajiry, Heryanto Hassan, Ozlynn, Zarul Husin, Idzham Ismail, Chacha Maembong, Zalfa Zin, dan Ashhry Atan.

Pelakon Dan Watak Drama Bukan Gadis Biasa; Akasia TV3

$
0
0


Saksikan drama adaptasi novel Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur di slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Remy Ishak dan Ayda Jebat. Drama terbitan JS Pictures, arahan Azman Haji Yahya. Akan ditayangkan pada bulan Ramadan tahun 2020 bermula 23 April 2020.  Drama ini turut menampilkan pelakon hebat seperti Nazim Othman, Maskhan, Lia Natalia, Sheila Rusly, Ako Mustafa, Shajiry, Heryanto Hassan, Ozlynn, Zarul Husin, Idzham Ismail, Chacha Maembong, Zalfa Zin, dan Ashhry Atan.

WATAK PELAKON 
Ayda Jebat sebagai Johana
Remy Ishak sebagai Rayyan
Nazim Othman sebagai Amer 
Maskhan sebagai Amirul
Lia Natalia sebagai Ujah 
Sheila Rusly sebagai Opah Aminah 
Ako Mustafa sebagai Pak Ya
Shajiry sebagai Bruno Din 
Ozlynn sebagai Juliana 
Zarul Husin sebagai Suffian 
Idzham Ismail sebagai Bun
Chacha Maembong sebagai Hanim 
Ashhry Atan sebagai Azim

Sinopsis Drama Di Hujung Ranting; RTM TV2

$
0
0


SINOPSIS DI HUJUNG RANTING
Mawardah, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh ibu saudaranya. Dia mengusahakan perusahaan batik milik keluarganya di Terengganu. Semenjak kecil, Mawar bersahabat baik dengan Adi, pemilik sebuah café dan menganggap Adi seperti abangnya sendiri. Amar seorang pemuda dari Kuala Lumpur juga berada di Terengganu sedang menguruskan satu projek pembinaan milik syarikat bapanya, Dato Hashim. Dalam satu insiden, Amar telah terlanggar kereta Mawar dan sejak kejadian itu mereka mula berkawan.

Pertemuan itu menumbuhkan bibit cinta Amar terhadap Mawardah. Namun belum sempat cinta diluahkan, Mawardah dikahwinkan dengan Hakim anak rakan karib arwah ibu Mawardah tanpa disedari bahawa lelaki itu adalah abang kandung Amar.
Perkahwinan itu mengecewakan Amar lalu membawa diri ke negara jiran. Sesungguhnya Mawardah tidak pernah diberitahu bahawa Hakim telah pun memiliki isteri sebelumnya iaitu Fatin. Perkahwinan Fatin dan Hakim di luar negara ditentang keluarga Hakim. Kecurangan Fatin dan desakan ibu Hakim iaitu Datin Fatimah memaksa Hakim menceraikan Fatin dengan talak satu.
Namun Fatin berusaha untuk kembali memiliki Hakim hingga berjaya. Berita Hakim kembali kepada Fatin dan layanan dingin Hakim terhadap Mawardah membuatkan Amar benci terhadap Hakim. Apakah Amar akan kembali kepada Mawardah semula atau Mawardah pasrah dan tetap setia memegang tanggungjawabnya sebagai isteri.

Jangan lupa saksikan drama bersiri adaptasi novel 'Di Hujung Ranting' karya Indah Hairani akan datang di RTM. Dibintangi oleh Shukri Yahaya, Nad Zainal, Dayang Areeda, dan Amar Asyraf. Drama terbitan A.Aida Production, dibawah arahan Along Kamaludin. Drama Di Hujung Ranting disiarkan setiap hari mulai 24 April ini pukul 5.30 petang di TV2 dan ulangan pukul 5.00 pagi.

Pelakon Dan Watak Drama Di Hujung Ranting; RTM TV2

$
0
0


Saksikan drama bersiri adaptasi novel 'Di Hujung Ranting' karya Indah Hairani akan datang di RTM. Dibintangi oleh Shukri Yahaya, Nad Zainal, Dayang Areeda, dan Amar Asyraf. Drama terbitan A.Aida Production, dibawah arahan Along Kamaludin. Drama Di Hujung Ranting disiarkan setiap hari mulai 24 April ini pukul 5.30 petang di TV2 dan ulangan pukul 5.00 pagi.

WATAk PELAKON 
Nad Zainal sebagai Mawar
Shukri Yahaya sebagai Amar
Dayang Areeda sebagai Fatin
Amar Asyraf sebagai Hakim
Ummar Dzariff sebagai Amar Hakimi
Afzan A Rahman sebagai Helmi
Silfeny Osman sebagai Syuhadah

Sinopsis Drama Korban Kasih; Widuri RTM TV1

$
0
0


SINOPSIS KORBAN KASIH
Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.

Fatimah anak bongsu dari lima beradik, menyelami isi hati abang Jalil yang disisihkan oleh ibunya sendiri. Seluruh ahli keluarga menyayanginya, kecuali ibu Norizah yang mencurah kasih sayang pada anaknya yang lain. Walaupun dilayan seperti orang asing oleh ibu sendiri, Jalil banyak berkorban untuk kebahagiaan ibu, kembarnya Jamil, adiknya Fatimah dan Kak Longnya.

Saksikan drama adaptasi novel 'Korban Kasih' karya Fatimah Saidin akan menemui penonton di RTM TV1 pada bulan Ramadan nanti. Menampilkan pelakon seperti Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Ezzaty Abdullah, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat dan ramai lagi. Drama arahan Pali Yahya, terbitan Mache All Star United. Akan disiarkan setiap hari sepanjang bulan ramadan pukul 7 malam di TV1.

Pelakon Dan Watak Drama Korban Kasih; Widuri RTM TV1

$
0
0


Saksikan adaptasi novel 'Korban Kasih' karya Fatimah Saidin akan menemui penonton di RTM TV1 pada bulan Ramadan nanti. Menampilkan pelakon seperti Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Ezzaty Abdullah, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat dan ramai lagi. Drama arahan Pali Yahya, terbitan Mache All Star United. Akan disiarkan setiap hari sepanjang bulan ramadan pukul 7 malam di TV1.

WATAK PELAKON 
Saharul Ridzwan sebagai Jalil
Azrel Ismail sebagai Jamil 
Zara Zya sebagai Fatimah
Ummi Nazeera sebagai Aisha
Dynas Mokhtar sebagai Norizah
Hasnul Rahmat sebagai Fauzi
Ezzaty Abdullah sebagai Aziah (Kak Long)
Dato Ahmad Tamimi Siregar sebagai Dato Ismail
Sheila Hassan sebagai Datin Hasnah
Nadiyah Shahab sebagai Fika
Elnisa Ryun sebagai Farah 
Riz Amin sebagai Fuad 
Meor Mohd sebagai Hassan 

Sinopsis Telefilem Tebus; Citra RTM TV2

$
0
0


SINOPSIS TELEFILEM TEBUS
Saksikan telefilem Tebus yang mengisahkan Sofia yang kehilangan anaknya yang  telah diculik oleh jirannya yang kematian anaknya. Sofia kemudian berusaha untuk mendapatkan kembali anaknya daripada penculik. Saksikan lakonan mantap Reen Rahim, Risteena Munim, Daniel Lim Santoso, dan Rania Humaira dalam telefilem Tebus menerusi Slot Citra di RTM TV2 pada 24 April 2020, jam 9.30 malam.

Sinopsis Drama Leon Zalika; TV Okey

$
0
0


SINOPSIS LEON ZALIKA 
Mengisahkan Zalika yang berkahwin dengan pilihan keluarganya bernama Leon tiga hari sebelum Ramadan. Zalika anak seorang jutawan yang hidup huru-hara tanpa panduan ilmu agama manakala Leon seorang baik walaupun tinggal di London. Saksikan drama bersiri Leon Zalika lakonan Riena Diana dan Dini Schatzmann disiarkan setiap hari sepanjang bulan Ramadan mulai 24 April 2020, pukul 10 malam di TV Okey (Astro 146 & Myfreeview 110).

Pelakon Dan Watak Drama Leon Zalika; TV Okey

$
0
0


Saksikan drama bersiri Leon Zalika lakonan Riena Diana dan Dini Schatzmann disiarkan setiap hari sepanjang bulan Ramadan mulai 24 April 2020, pukul 10 malam di TV Okey (Astro 146 & Myfreeview 110). Drama bersiri Leon Zalika merupakan arahan pengarah Shuhaimi Lua dan terbitan Orangetree Production Sdn Bhd. Turut membintangi drama Leon Zalika ialah Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Maria Farida, Mustapha Kamal, Sharmaine Farouk, Muntazar Ghani, Dazrin Kamarudin, Laila Nasir, Zaefrul Nordin, Sherry Al Jerry, Doria Rachel Jolly, dan Rashidah Jaafar.

WATAK PELAKON
Dini Schatzmann sebagai Leon
Riena Diana sebagai Zalika 
Mona Allen sebagai Anita
Mathni Razak sebagai Firas 
Nadia Brian sebagai Dayana 
Raja Ilya sebagai Farha 
Maria Farida sebagai Datin Seri Yasmin 
Mustapha Kamal sebagai Datuk Seri Zakuan 
Sharmaine Farouk sebagai Puan Sofea
Muntazar Ghani sebagai Asyraf
Dazrin Kamarudin sebagai Fuad
Laila Nasir sebagai Yani
Zaefrul Nordin sebagai
Sherry Al Jerry sebagai Jane
Doria Rachel Jolly sebagai Jennifer

Norman Hakim Ambil Semangat Ustaz Ebit Lew Turun Padang Agih Sumbangan

$
0
0


"One man temporarily stand down, there will be another man stand up for Ebit Lew"

Itu mukadimah aktor Norman Hakim yang sering menjadi contoh keluarga inspirasi kepada masyarakat dalam membuka perkongsian tindakannya meneruskan legasi Ustaz Ebit Lew.

Selama ini saya hanya harapkan team saya turun padang dan buat semua. Saya suka berada di belakang tabir dengan nama Khalifah Allah. Tapi kali ini berbekalkan pemahaman tafsir ayat Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 271 saya cuba one man show. Nak rasa sendiri. Semua buat sendiri. Tak ada team," kongsi pelakon Norman Hakim menerusi Instagram miliknya tentang usaha amal yang dilakukannya dengan mengagihkan sumbangan berbentuk bekalan makanan asas kepada Persatuan Ibu Tunggal Bandar Tun Razak.

Terdahulu Norman Hakim memulakan perkongsiannya dengan merakamkan perasaan terhadap pendirian Ustaz Ebit Liew yang yang menyatakan hasrat untuk berehat sebentar daripada turun padang mengagihkan bantuan kepada insan yang memerlukan. Tindakan Ustaz Ebit Lew itu gara-gara laporan polis dan kritikan yang dilemparkan terhadap beliau yang merentas sempadan menghulurkan bantuan sehingga ke negeri Kedah baru-baru ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

"Ya, saya sedikit terkesan dengan pendirian awak sahabat. Selama ini awak banyak beri inspirasi kepada saya. Program Keluarga Sunnah awak, saya dan seluruh keluarga saya hadir. Buku-buku yang awak hadiahkan, saya baca. Nasihat awak yang mendalam berdasarkan sunnah kekasih kita saya semat dalam jiwa. Tapi tak apa, sahabat. Awak nak rehat, berehatlah sekejap. Pastikan selepas ini kembali dengan lebih kuat okay? Janji?"

Dalam perkongsian sama Norman Hakim turut menegaskan niatnya memuat naik sumbangan amal yang dilakukan ini bukan untuk riak. Sebaliknya tiada lain selain memberikan inspirasi kepada khalayak ramai, sebagaimana dia sendiri terinspirasi dengan Ustaz Ebit Lew. Norman Hakim turut menyatakan lingkungan kawasan sumbangan yang dilakukan adalah dalam 10 kilometer dan tidak melibatkan pasukan miliknya kerana menghormati Perintah Kawalan Pergerakan.

Sinopsis Telefilem Amanat; Cerekarama TV3

$
0
0


SINOPSIS AMANAT
Husin dan Hasan diberikan pendedahan awal dalam pembelajaran Al-Quran sejak kecil kerana ayah mereka mengharapkan anak-anaknya menjadi Qari yang terbaik. Saksikan telefilem Amanat lakonan Nafiz Muaz dan Atiq Azman pada Sabtu ini, 25 April 2020 pukul 9 malam di TV3. Turut membintangi telefilem Amanat ialah  Fify Azmi, Hilal Azman, Syed Irfan, dan Isaac Shahril.
Viewing all 3940 articles
Browse latest View live