
Mei lalu bukan sahaja heboh diperkatakan tularnya video lucah mirip pemain bola sepak tanah air, Zaquan Adha, bahkan video pendek berdurasi 35 saat melibatkan pelakon Riz Amin turut bocor di Twitter. Namun, populariti yang dimiliki suami kepada pelakon Ayu Raudhah, menyebabkan netizen lebih memperkatakan dengan penularan video persis Zaquan Adha memuaskan nafsu sendiri yang berdurasi hampir 19 minit di dalam bilik air.
Berbalik kepada video yang dikatakan mirip Riz Amin, bagaimanapun pelakon drama itu tidak menafikan mahupuan mengiakan kewujudan video lelaki yang menayang alat sulitnya itu.
"Saya sebenarnya malas nak bercakap fasal video itu, benda tak ada apa-apa. Cuma orang Malaysia suka tengok benda tak senonoh. Jadi, saya biarkan netizen sendiri yang nilaikan video itu. Yang tengok itu adalah mereka jadi biarlah mereka menilai sendiri," katanya.
Dalam masa yang sama, Riz Amin turut menjelaskan kewujudan video tersebut tidak menjejaskan dirinya.
"Perkara ini tak menjejaskan pun dan saya tak ambil berat berkenaan video tersebut. Mungkin ada orang lain buat juga, tetapi bila selebriti maka benda ini tersebar, sama seperti artis-artis lain kena sebelum ini," katanya. - mStar