Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

PU Riz Nafi Gambar Tak Senonoh Adalah Dirinya! Sanggup Bersumpah Atas Nama Allah

$
0
0


Twitter kecoh hari ini dengan penyebaran dua keping gambar seorang lelaki mirip seorang peserta program realiti islamik, Pencetus Ummah (PU), Riz. Begitupun, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail tidak mengambil pendekatan berdiam diri apabila tampil menafikan bahawa gambar itu adalah dirinya.

“Saya masih waras lagi dan tidak akan melakukan perkara yang mengundang aib kepada diri. Saya tidak takut mempertahankan diri kerana saya berada di pihak benar. Saya sanggup bersumpah atas nama Allah, itu bukan gambar saya,” kata pelakon yang juga pendakwah, Riz Ismail.

“Kenapa perlu sunting gambar itu hingga ia mengundang fitnah? Saya berharap isu ini akan selesai dengan segera. Selepas berbincang dengan keluarga dan mereka yang rapat, saya akan membuat laporan polis dengan segera supaya isu ini tidak berlarutan,” katanya.

Pada malam Isnin, PU Riz menyatakan ada seorang individu yang tidak dikenali menghantar mesej meminta wang dan berbaur ugutan. PU Riz telah mengabaikan mesej tersebut sebelum pagi tadi dikejutkan dengan penyebaran gambar seorang lelaki dikatakan mirip dirinya berada di dalam bilik air sambil memegang kemaluan.

Apapun diharap isu ini akan selesai dengan aman, kalau benar PU Riz tak buat, tak perlulah risau, biarlah manusia hendak memfitnah, lambat-laun kebenaran akan terbongkar juga. - mStar/BH Onlie

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>