Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Terlalu Banyak 'Gangguan' Misha Omar Hampir Gagal Bawa Sampai Bila Di Pentas AJL 33

$
0
0


Biasa kita dengar penyanyi yang berkongsi cerita pelik saban tahun sebelum menyertai pertandingan nyanyian umpamanya seperti Anugerah Juara Lagu dan Gegar Vaganza. Suatu masa dahulu kontroversi hebat pernah tercetus antara dua orang penyanyi wanita terkenal dan ternama tanah air yang berkaitan isu mistik dan misteri.

Menerusi edisi ke-33, Misha Omar mendedahkan dia hampir gagal membawa lagu nyanyiannya, Sampai Bila dengan baik semasa pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) yang berlangsung pada Ahad.

Misha Omar mengakui dia terbuai dengan emosi sepanjang waktu latihan sehingga gagal mendapat prestasi nyanyian yang dimahukannya.

“Sejujurnya saya terlalu larut dalam emosi semasa sesi latihan sehingga gagal mengimbangkan kualiti nyanyian, hanya pada malam ini saya berjaya mendapat kualiti nyanyian yang dimahukan.

“Malah saya turut berkongsi dengan komposer lagu ini dimana saya rasa terganggu dengan banyak perkara yang saya sendiri tidak pasti tentang apa,” kata Misha kepada mStar Online.

Dalam pada itu, di hujung persembahannya di pentas AJL itu juga menyaksikan Misha menitiskan air mata. Malah dia turut mengakui tidak dapat menahan sebak semasa menyampaikan lagu ciptaan Sharon Paul, Ahmad Fedtri Yahya dan Shah Shamsiri itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>