Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Juri Adili Lagu Lebih Awal; Netizen Suruh Anjur AJL Belakang Tabir!

$
0
0


Ramai netizen tidak berpuas hati apabila lagu Bunga nyanyian Ara Johari diangkat sebagai kedua terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 33.

Menyedari senario semasa, penyanyi Adibah Noor yang pernah dinobatkan sebagai Juara Lagu dengan nyanyian lagu Terlalu Istimewa mendedahkan bahawa penjurian lagu terbaik sudahpun dilakukan lebih awal.


Menurut Adibah di Twitter, juri pada malam AJL 33 hanya menilai vokal dan persembahan terbaik sahaja.

"Kamu semua perlu tahu bahawa juara lagu sudah diputuskan lebih awal iaitu sebelum malam pertandingan. Malam ini hanya enjoy persembahan sahajalah ya. Barisan pengadil yang dipaparkan tadi sudah decide lama dah. Malam ni mereka pilih yang dua kategori tu je".

Kenyataan Adibah mengundang komen yang berbaur. Sehinggakan ada yang berpendapat AJL tidak perlu lagi disiarkan secara langsung dan dianjurkan dengan gah. Cukup andai dinilai secara belakang tabir, dan diumumkan sahaja pemenangnya seumpama majlis anugerah untuk lagu dan lirik seperti Anugerah Industri Muzik.


Untuk rekod, Stacy dan Ziana Zain antara dua nama pada era AJL yang berbeza yang kerap bertanding di Anugerah Juara Lagu tetapi tidak pernah diangkat menjadi Juara Lagu biar hanya sekali.

Apa pandangan anda tentang isu ini?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>