
Drama komedi popular, Mak Cun akan kembali untuk musim ke-4 yang bakal memulakan siaran pada 7 April ini, setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 7 malam menerusi slot Dahlia di TV3. Selain Erma Fatima, drama ini turut menampilkan pelakon seperti Umie Aida, Balkisyh Semundur Khan, Awie, Erra Fazira, Ziana Zain, Aiman Tino dan ramai lagi.