Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Ogy Panggil Fattah Amin Masuk Kelas Lakonan!

$
0
0



Pelakon Fauziah Ahmad Daud atau mesra dipanggil Ogy menjemput Fattah Amin untuk memasuki kelas lakonan yang diadakan olehnya.

Menurut Ogy, dia mahu Fattah untuk mempelajari lebih banyak teknik berlakon supaya dapat memantapkan lagi lakonannya pada masa akan datang.

"Saya mahu Fattah Amin untuk datang ke kelas saya belajar lebih banyak ilmu daripada segi lakonan supaya dapat mempelbagaikan teknik penyampaian dalam lakonan.

"Rugi sekiranya dia tidak menggunakan peluang yang ada sekarang ini kerana namanya tengah popular.

"Apa yang saya lihat pelakon sekarang tidak tahu untuk bermain dengan emosi ketika berlakon.

"Mereka ini lebih pada menghafal skrip daripada penghayatan dalam setiap watak yang diberikan.

"Ini kerana mereka tidak faham situasi apa yang ingin dilakonkan jadi bagaimana mereka hendak faham emosi yang hendak disampaikan kepada penonton," katanya kepada Astro Gempak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940