
Akademi Fantasi Megastar akan memulakan siarannya malam ini, jam 9 di Astro Ria dan Ria HD. Pengacara rancangan hiburan tersohor tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi akan kembali mengemudikan AF Megastar 2017.
Menghimpunkan barisan peserta dan juara terdahulu yang pernah menyertai program realiti nyanyian Akademi Fantasia, pastinya kemunculan AF Megastar akan menjadi havoc apabila setiap pesertanya kini sudah mempunyai kelompok peminat setia yang tersendiri.
Mila Jirin, juara Akademi Fantasi Musim Ke-5, merupakan salah seorang peserta AF Megastar. Mila dalam pada melakukan persiapan terakhir sempat berkongsi rahsia bahawa lagu pertama yang akan disampaikannya malam ini di pentas AF Megastar, adalah milik Ziana Zain.
Malah, Mila sempat menulis komen pada satu posting Ziana Zain dalam IG yang berbunyi "Kak Ziana, pinjam lagu naaaaa! Hehehe". Sebelum dibalas Ziana Zain "Ok, boleh jee."
Begitupun, dalam banyak-banyak lagu popular milik Ziana Zain, tidak didedahkan pula lagu manakah yang akan disampaikan oleh Mila pada malam ini.
Lagu-lagu Ziana Zain sering menjadi pilihan atau cabaran dalam program realiti nyanyian termasuklah dalam Gegar Vaganza melibatkan Siti Nordiana dan Intan Sarafina sebelum ini.
Best of luck buat Mila Jirin!