
Selepas 17 tahun tidak bergandingan bersama di layar perak, pelakon terkenal Bollywood, Aishwarya Rai dan Anil Kapoor bakal bersatu dalam filem Fanney Khan.
Kali terakhir Anil Kapoor dan Aishwarya Rai berlakon bersama adalah dalam filem Hamara Dil Aapke Paas Hai.
Penggambaran filem Fanney Khan akhirnya sudah bermula dan beritanya dikongsikan Anil Kapoor sendiri menerusi laman sosial Twitter.
Perkembangan terbaharu filem Fanney Khan ini membuatkan produksi dan pembikinan filem ini menjadi antara perhatian utama dalam industri perfileman dan hiburan di Bollywood selepas kemunculan semula Aishwarya Rai dalam bidang seni menerusi filem Ae Dil Hai Mushkil di samping Ranbir Kapoor dan Anushka Sharma.