
Novel hebat karya penulis popular, Melur Jelita berjudul Awak Suka Saya Tak? sedang menjalani proses penggambaran untuk dijadikan sebagai drama siri.
Drama adaptasi novel yang mempunyai kelompok peminat yang ramai itu mengandingkan Emma Maembong bersama Alvin Chong sebagai pelakon utama.
Dijangkakan drama adaptasi novel Awak Suka Saya Tak? bakal bersiaran di Astro Ria dan Ria HD menerusi Slot Megadrama.
Agak-agak akan meletop tak drama ini seperti novelnya?
Sama-sama kita tunggu!