
Pengacara dan selebriti terkenal Datuk Aznil Nawawi bakal kembali menggalas tanggungjawab sebagai hos program Akademi Fantasia (AF) iaitu AF Megastar yang bakal bersiaran bermula September ini.
Mengulas mengenai penglibatannya, Aznil berkata, tanggungjawab itu akan digalas dengan baik dan akan membawa kembali kenangan bersama semua peserta untuk program istimewa itu.
"Saya mungkin tidak boleh menyaingi pengacara selepas saya meninggalkan AF tetapi yang pasti menerusi program ini saya akan kembali membawa kenangan bersama semua peserta.
"Ia tanggungjawab yang besar dan Insya-Allah saya akan galasnya dengan baik," katanya.
Aznil ditemui pada sidang media memperkenalkan 24 peserta AF Megastar yang diadakan pada Selasa.