
Kata orang seorang sahabat itu akan mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya. Dan kata orang lain lagi mahu tahu siapa dia kawan dan siapa pula lawan, tunggulah apabila diri ditimpa kesusahan. Saat itu siapa yang ada di sisi dan siapa pula akan menjauh pergi, semua itu akan menceritakan sendiri posisi letaknya istilah sahabat, kawan, teman, rakan, taulan atau apa sahaja definisi yang diberi untuk menggambarkan perhubungan ini.
Berbeza dengan wanita ini, yang berkongsi cerita. Seseorang yang dianggap kawan, rupanya penuh berbisa. Kata dan laku yang cukup menyakitkan hati dan rasa. Apa yang anda akan rasa, jika seseorang yang anda kenal menghantar mesej dan mendoakan kandungan pertama anda gugur, anak anda mati!
Ikuti perbualan wanita ini bersama seseorang yang pernah dianggap sebagai 'kawan' ini.





