
Kecoh apabila rakaman video penyanyi dan pengacara sensasi Ifa Raziah tiba-tiba jatuh pengsan menjadi tular di laman sosial.
Menerusi rakaman berdurasi satu minit itu turut kelihatan suami Ifa iaitu Mohd Yani Abdul Rahman kelihatan panik merangkul isterinya yang rebah ke lantai.
Keadaan juga bertukar kecoh apabila beberapa rakan artis yang terlibat dalam penggambaran video muzik lagu berjudul Dangdut Lebaran turut panik melihat keadaannya.
Ifa ketika dihubungi mStar Online pada Ahad bagaimanapun memberitahu kejadian dia pengsan itu sebenarnya adalah 'prank' untuk suaminya bersempena sambutan hari jadi lelaki itu.
Jelas Ifa, dia sebenarnya terlupa tentang hari jadi suaminya dan kejutan itu dilakukan sebagai hadiah buat suami tersayang.