Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all 3940 articles
Browse latest View live

Sinopsis Telefilem Ustazah Ekspres; TV Okey

$
0
0


SINOPSIS USTAZAH EKSPRES
Mengisahkan Tania yang berpewatakan seperti lelaki yang gemar menunggang motorsikal dan terlibat dalam aktiviti merempit. Haji Omar sangat berharap agar anaknya, Tania akan berubah. Saksikan telefilem Ustazah Ekspres lakonan Isyariana dan Ashraf Muslim pukul Jumaat, 5 Jun 2020, pukul 8:00 malam ini TV Okey.

Sinopsis Telefilem Cinta Segera; TV Okey

$
0
0


SINOPSIS CINTA SEGERA
Mengisahkan seorang pemuda berbangsa Cina, Harry yang berkunjung ke Sarawak. Dia turut serta ke kampung halaman kawan baiknya itu untuk meraikan sambutan perayaan Hari Gawai. 
Tanpa diduga Harry jatuh cinta pandang pertama dengan seorang gadis bernama Jenny. Jenny gadis Iban yang cantik, dan peramah yang juga merangkap pemandu pelancongnya sepanjang berada di Sarawak. 

Begitu pun percintaan mereka menerima tentangan hebat daripada ayah Jenny. Saksikan bagaimana kesungguhan Harry berusaha untuk melembutkan hati ayah Jenny untuk menerima kehadirannya sebagai jodoh Jenny.  

Saksikkan telefilem romantik komedi khas perayaan Hari Gawai bertajuk 'Cinta Segera' akan disiarkan pada 1 Jun, pukul 8 malam di TV Okey (Astro 146).

Sinopsis Filem Ada Apa Dengan Dosa

$
0
0


SINOPSIS ADA APA DENGAN DOSA
Mengisahkan tentang gadis 19 tahun, Aurora yang merupakan anak luar nikah dan dibesarkan di Eropah oleh keluarga bukan Islam sejak kecil. Keadaan berubah apabila dia mendapat tahu asal usulnya. Aurora rasa tertipu dan cuba bunuh diri. Namun, kehadiran Khaliq memberi sinar baru buatnya dan mereka pergi ke Malaysia untuk mencari ibu bapa kandungnya.

Sepanjang pencariannya, Aurora mula rasa ingin tahu erti Islam yang sebenar memandangkan dia tidak mempraktikan ajaran Islam sebelum ini. Sementara itu, ibu kandung Aurora, Siti Zahrah hidup dihantui dengan dosa silam. Manakala, ayah kandungnya pula merupakan ustaz terkenal, Ustaz Aariz yang cuba lari dari dosa lalu dan tidak mengakui yang Aurora adalah anak kandungnya kerana takut maruah tercalar.

Saksikan filem genre drama islamik 'Ada Apa Dengan Dosa' arahan Rahila Ali akan ditayangkan terus ke pawagam rumah anda di Astro First saluran 480 bermula 4 Jun 2020.  Filem Ada Apa Dengan Dosa dibintangi oleh Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, Haris Ismail, Adam Corrie, dan  Fauziah Nawi.

Sinopsis Telefilem Jam Tangan Paksu; RTM TV1

$
0
0


SINOPSIS JAM TANGAN PAKSU
Paksu Adam seorang yang sangat garang dan ego. Fatimah dan Ali terpaksa dijaga oleh Paksu Adam kerana kematian ibu dan bapa. Saksikan telefilem 'Jam Tangan Paksu' arahan Rahila Ali pada Ahad, 7 Jun, pukul 9 malam di TV1 | myklik.rtm.gov.my. Saksikan telefilem Jam Tangan Paksu lakonan 

Sharnaaz Ahmad, Reen Rahim, Nazia Mustafar, Fauziah Nawi, Puteri Rayyana Rayqa, dan Armand Ezra.

Sinopsis Telefilem Satu Bertiga; TV Okey

$
0
0


SINOPSIS SATU BERTIGA
Mengisahkan persahabatan diantara Dan, Dani dan Don yang penuh suka dan duka. Dani (Aidit Noh) seorang foodtruck driver, Danisha (Jasper Supayah) sebagai mekanik dan Don (Kahoe Hon) sebagai salesman yang dibelenggu masalah di tempat kerja. Saksikan telefilem Satu Bertiga lakonan Jasper Supayah, Aidit Noh dan Kahoe Hon disiarkan pada Sabtu ini pukul 8 malam di TV Okey.

Sinopsis Drama Akulah Cinderella; TV Okey

$
0
0


SINOPSIS AKULAH CINDERELLA
Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya.

Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq.

Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu.

Datin Zulaikha telah mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan Syafiq. Bagaimanakah reaksi dan penerimaan Shafiq? Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq?

Pelakon Dan Watak Drama Akulah Cinderella; TV Okey

$
0
0


Saksikan drama adaptasi novel Akulah Cinderella karya Nozi Danisya akan disiarkan di TV Okey mulai 19 Jun, setiap hari pukul 7 malam. Drama Akulah Cinderella dibintangi oleh Oktovia Manrose, Nafiez Zaidi, Kay Maria, Wanns Ahmad, Umie Danish, Xid Haixal, Jack Hadzriel, YY Aleyqa.

WATAK PELAKON 
Oktovia Manrose sebagai Syah (Nur Aisyah)
Nafiez Zaidi sebagai Shafiq

Kay Maria sebagai Datin Zulaikha

Sinopsis Telefilem Bapak; RTM TV1

$
0
0


SINOPSIS BAPAK
Mengisahkan Zahari seorang bekas banduan yang baru dibebaskan, cuba membuktikan pada anak lelaki dan isterinya yang tidak lagi memandang kewujudan dirinya sebagai penting dalam hidup mereka. Mujur saja dia mempunyai anak perempuan bernama Sophia yang tidak pernah putus harapan melihat ayahnya itu kembali meneruskan hidup di dalam masyarakat yang turut meminggirkan dirinya. Ini kerana Sophia sebenarnya menyimpan rahsia sebenar mengapa Zahari sebenarnya dimasukkan ke dalam penjara.

Saksikan telefilem khas Hari Bapa bertajuk 'Bapak' disiarkan pada Sabtu, 20 Jun 2020 pukul 9 malam di TV1. Lakonan  Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Elisya Sandha, dan Ikmal Amry.

Sinopsis Telefilem Pak Dogo; Astro Citra/Citra HD

$
0
0


SINOPSIS PAK DOGO
Koya seorang tok dalang muda yang jatuh cinta kepada seorang gadis cantik Salmi, yang menjadi rebutan ramai. Setelah berjaya merebut hati gadis impiannya satu demi satu gangguan mistik yang perlu dilaluinya. Mampukah mereka bertahan hingga ke gerbang perkahwinan? Saksikan sebuah telefilem arahan Sabri Yunus yang memaparkan seni budaya Wayang Kulit yang popular dari negeri Kelantan. Ditayangkan pada 20 Jun 2020 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD.

Sinopsis Drama Bila Cupid Jatuh Cinta; TV3

$
0
0


SINOPSIS BILA CUPID JATUH CINTA
Fira yang bekerja di agensi mencari jodoh ditugaskan mencari calon pasangan untuk anak kepada rakan karib bosnya, Dani. Tanpa dijangka, Fira terjatuh hati dengan Dani. Saksikan drama bersiri 'Bila Cupid Jatuh Cinta' akan menemui penonton mulai 4 Julai 2020, setiap Sabtu pukul 9 malam di TV3. Dibintangi oleh Aiman Hakim, Oktovia Manrose, Ikmal Amry, Bella Dowanna dan ramai lagi. 

Drama ini turut dibintangi Aiman Hakim, Oktovia Manrose, Ikmal Amry, Bella Dowanna, Elfira Loy, Sharifah Husna, Jasper Supayah, Sham Visa, Sharmaine Farouk, Dynas Mokhtar, Nadia Brian, Farahdhiya, Dazrin Kamarudin, Afifah Nasir, Zalfa Zin, Naqi Nasri.

Sinopsis Telefilem Baju Merah Jambu; Panggung RTM TV1

$
0
0


SINOPSIS BAJU MERAH JAMBU
Amnah cuba menjelaskan peristiwa yang berlaku 20 tahun lalu dan mengapa dia dipelihara oleh ibu angkatnya, Seri. Orang kampung menuduh Amnah gila meroyan dan membunuh suaminya. Bagaimana Amnah akan mengetahui mengenai ibu kandungnya?  Saksikan telefilem  Baju Merah Jambu akan ditayangkan pada Sabtu ini, 4 Julai pukul 9 malam di TV1.

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2; Akasia TV3

$
0
0


SINOPSIS 7 HARI MENCINTAIKU 2
Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.
“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.” Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.
“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!” Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.
“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!” Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.
“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.” Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.
“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!” Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.

“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.” Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.

Pelakon Dan Watak Drama 7 Hari Mencintaiku 2; Akasia TV3

$
0
0


Saksikan kesinambungan drama adaptasi novel '7 Hari Mencintaiku' karya Siti Rosmizah bakal disiarkan di slot Akasia TV3. Menemukan kembali gandingan Shukri Yahaya dan Siti Siti Saleha. Drama terbitan SR One Sdn Bhd, arahan Jamal Khan. Akan menemui bermula 2 Julai 2020, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3.

WATAK PELAKON 
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Kazar Saisi sebagai Pak Samad
Liza Abdullah sebagai Mak Leha
Jasmin Hamid sebagai Hayati
Shaharuddin Tambi sebagai Dato Johari
Wan Sharmila sebagai Sofi
Syazwan Zulkifli sebagai Helmi
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Bil Azali sebagai Zaidi
Dhia Irdina sebagai Alisa
Puteri Rafasya sebagai Kenit
Faye Kusairi sebagai Syakila
Idris Mat Diah sebagai Pak Andak
Anne Abdullah sebagai Mak Andak
Hariesa sebagai Nurul Ain
Razzuan sebagai Fariz

Syaffiq Sahli sebagai Jali

Pelakon Dan Watak Drama Bila Cupid Jatuh Cinta; TV3

$
0
0


Drama bersiri 'Bila Cupid Jatuh Cinta' akan menemui penonton mulai 4 Julai 2020, setiap Sabtu pukul 9 malam di TV3. Dibintangi oleh Aiman Hakim, Oktovia Manrose, Ikmal Amry, Bella Dowanna dan ramai lagi.

WATAK PELAKON
Aiman Hakim sebagai Dani
Oktovia Manrose sebagai Fira
Ikmal Amry sebagai Haris
Bella Dowanna sebagai Tina
Elfira Loy sebagai Keisha
Sharifah Husna sebagai Sarah
Sham Visa sebagai Hisham

Sharmaine Farouk sebagai Puan Suraya

Emma Maembong Hamil Anak Sulung

$
0
0


Pelakon cantik manis Emma Maembong yang mendirikan rumah tangga bersama Shazli memberi gambaran bakal menimang cahaya mata sulung menerusi perkongsian di laman sosial instagram miliknya. 

"Our first honeymoon and last duo trip with my husband. Can't wait to see you my baby"

Tulisan Emma Maembong itu memberikan khabar gembira buat pasangan sama cantik sama padan itu yang masing-masing dalam busana berwarna putih mengambil lokasi di Dash Resort, Langkawi.

Tahniah kepada Emma Maembong dan Shazli. Semoga dipermudahkan semua urusan.

Sinopsis Drama Syurga Untukmu; Samarinda TV3

$
0
0


SINOPSIS SYURGA UNTUKMU
Syarikat Radin Holding dimiliki oleh Herman dan isterinya Mulyani. Adi, anak mereka diarahkan untuk mendapatkan tanah milik penduduk Kampung Indah bagi projek pembangunan syarikat. Hanya tanah milik keluarga Jamiliah sahaja yang belum dipersetujui oleh dipindah milik. Jamaliah mengalami lumpuh. Atiqah, anak gadis kepada Jamaliah bekerja sebagai guru tadika. Dia tidak bersetuju memberi kebenaran kerana arwah Haji Ismail (bapanya) berwasiat demikian sebelum meninggal. Bagaimanapun adiknya Intan telah mengambil deposit untuk menjual tanah tersebut dari broker tanah, dia tidak mahu lagi hidup dalam kesusahan. Atiqah memint Intan mengembalikan wang tersebut, ini menyebabkan berlakunya pergaduhan sesama mereka. Pak Din, penghulu kampung memujuk Atiqah supaya bersetuju dengan cadangan tersebut,  namun Atiqah bertegas. Pada masa yang sama Hakimi anak kepada Pak Din berminat dengan Atiqah. Manakala Intan pula sukakan

Atikah marahkan Adi, Syarikat Radin Holding menyebabkan kesusahan penduduk kampung dan memaksa menjual tanah hak milik mereka. Atikah tidak bersetuju menjual tanah tersebut keranaa ini amanat arwah bapanya. Di KL, Adi mempunyai rakan baik bernama Lestari semenjak dari zaman persekolahan lagi. Mulyani (ibu Adi) rakan baaik kepada Hamidah (ibu Lestari) bercadang menjodohkan Adi dengan Lestari. Bagaimanapun Adi menolaknya. Manakala Pak Din berjumpa dengan Jamaliah untuk melamar Atiqah untuk dijadikan isteri Hakimi. Intan yang mendengarnya berasa cemburu, dia perlu bertindak segera, lalu memberitahu Adi.

Hakimi telah berpakat dengan Eizlan, seorang broker tanah melakukaan kerjaa jahat tersebut. Eizlan mahu mendapatkan jawatan sebagai CEO dalam syarikat Radin Holding milik bapa Adi. Adi masih merahsiakan dirinya anak kepada pemilik syarikat Radin Holding. Adi bercadang rumah Atiqah akan dijadikan pusat CSR. Adi semakin rapat dengan Atiqah, manakala Hakimi mulai cemburu melihat perhubungan mereka. Satu kampung kecoh memperkatakan hubungan Atiqah dengan Adi..

Pelakon Dan Watak Drama Syurga Untukmu; Samarinda TV3

$
0
0


Saksikan drama bersiri 'Syurga Untukmu' di slot Samarinda TV3. Menampilkan lakonan Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Yuna Rahim, Ameerul Asyraf, Julia Farhana dan ramai lagi. Drama 15 episod arahan Ayie Mustafa dibawah terbitan Sha's Media Sdn Bhd. Disiarkan bermula 14 Julai 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

WATAK PELAKON 
Diana Danielle sebagai Atikah
Fahrin Ahmad sebagai Adi
Yuna Rahim sebagai Intan
Ameerul Asyraf sebagai Hakimi
Julia Farhana sebagai Lestari
Noralbaniah sebagai Jamaliah
Fazlina Ahmad Daud
Sefik sebagai Niezam
Fiza Thomas sebagai Jasmin

Ummar Dzariff sebagai Aiman

Sinopsis Telefilem Di Hujung Fatamorgana; Citra TV2

$
0
0


SINOPSIS DI PENGHUJUNG FATAMORGANA
Mengisahkan seorang wartawan, Zamarul yang mengalami delusi antara realiti dan fantasi akibat dari siasatan kes penculikan seorang anak pasangan usawahan selebriti dimana siasatan tersebut berjaya merungkai misteri yang terjadi kepadanya.

Saksikan telefilem genre psiko 'Di Penghujung Fatamorgana' arrahan Ejump Mohd pada Jumaat, 22 Mei 2020, pukul 9:30 malam di TV2. Lakonan Amar Asyraf, Nazia Mustafar, Sara Ali, Ainin Batrisya, Nina Iskandar, Fezrul Khan, Aizat Hassan.

SMI Cars Tawar Potongan 50% Cukai Jualan; Diskaun Tambahan Sehingga 31 Ogos 2020

$
0
0



Majlis perasmian ruang pameran milik SMI Cars Sdn. Bhd. disambut meriah Sabtu lalu, dengan kehadiran hampir 1,000 tetamu yang terdiri daripada jemputan kenamaan, barisan media perdana, digital, blogger, selebriti media sosial, artis-artis tempatan serta peminat-peminat automotif. Sebagai acara automotif pertama yang diadakan setelah perintah kawalan pergerakan tamat, SMI Cars komited mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) kebiasaan normal sepanjang acara berlangsung seperti pemeriksaan suhu badan, pembersihan dan sanitasi ruang makan dan kenderaan yang dipamerkan, penyediaan pelitup muka, pendaftaran dengan aplikasi mySejahtera dan penjarakkan fizikal.

Kehadiran tetamu yang datang seawal jam 10 pagi dan berakhir sekitar jam 6 petang, dijamu dengan pelbagai sajian juadah, sambil dihiburkan dengan persembahan kugiran, tarian Bangra, nyanyian karaoke dan persembahan daripada artis-artis tempatan yang hadir seperti Dato’ Jamal Abdillah dan kumpulan rap lagenda, NICO G. Ramai tetamu tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan memandu-uji kenderaan mewah yang dipamerkan. Terdapat juga segelintir tetamu yang membuat keputusan untuk membeli kenderaan impot pilihan mereka pada hari yang bermakna itu.

Terletak strategik di Jalan Ampang, ruang pameran satu tingkat seluas satu ekar ini telah direka oleh seorang pelajar seni bina berumur 19 tahun bernama Asyraaf Khan. Menampilkan seni bina moden berkonsep minimalis, susun atur ruang pameran adalah mesra pelanggan lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelanggan. SMI Cars, atau dahulunya dikenali sebagai Superbike Motortrade International Sdn Bhd, telah ditubuhkan pada tahun 2012, menawarkan hampir 150 model kenderaan yang diimpot daripada Eropah dan Jepun seperti Mustang, Lamborghini, Maserati, Range Rovers, Mercedes, BMW, Audi, Lexus, Mini Cooper, dan koleksi kenderaan serba guna (MPV) jenama Toyota seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard and Toyota Estima.

Mengulas mengenai keadaan ekonomi sejak perintah kawalan pergerakkan berakhir, pengarah urusan SMI Cars, Irene Deanna binti Dato Haji Marof Khan mengakui dengan adanya pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus ke atas kenderaan impot, kadar pengunjung dan pembeli kenderaan impot mula menunjukkan pertumbuhan positif. Irene Deanna telah menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan atas insentif tersebut dan menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan yang sepatutnya tamat pada 31 Disember nanti, sehingga ke satu atau dua tahun bagi memulihkan ekonomi sektor automotif yang terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakkan berkuatkuasa. Meskipun memahami sentimen pengguna yang lebih berhati-hati demi meneruskan kelangsungan hidup berikutan cabaran ekonomi ketika ini, namun Irene Deanna berharap orang ramai akan mengambil peluang ini untuk membeli kenderaan impot pada harga yang lebih rendah. SMI Cars berazam untuk memberi perkhidmatan peribadi eksklusif untuk setiap pelanggan bagi memastikan mereka berpuas hati dengan pengalaman yang dilalui sepanjang proses pembelian berjalan. Tambahan Irene Deanna, pelanggan yang gembira dengan pembelian mereka, akan turut membuatkan SMI Cars berasa gembira.

Sempena dengan bulan kemerdekaan, SMI Cars menawarkan diskaun tambahan ke atas kenderaan terpilih selain potongan cukai jualan 50 peratus sedia ada, kepada semua pelanggan yang membuat pembelian bermula 18 Julai 2020 sehingga 31 Ogos 2020. (*Tertakluk kepada terma dan syarat). Dapatkan informasi terkini mengenai koleksi kenderaan impot terbaharu dan tawaran-tawaran hebat daripada SMI Cars di akaun media sosial berikut:

Facebook: @SMI_Cars | Instagram: @smi_cars 










Sinopsis Drama Jalan Sesat Ke Syurga; Tiara Astro Prima/Prima HD

$
0
0


SINOPSIS JALAN SESAT KE SYURGA
Drama bersiri 'Jalan Sesat Ke Syurga'di slot Tiara Astro Prima. Dibarisi pelakon seperti oleh Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Jalaludin Hassan, Aleza Shadan dan ramai lagi. Drama terbitan Nuansa Sdn Bhd, arahan bersama Osman Ali dan Shuhaimi Zulkefli. Saksikan drama bersiri Jalan Sesat Ke Syurga mulai 27 Julai 2020 di saluran Astro Prima dan Prima HD jam 6.00 petang menerusi Slot Tiara.
Viewing all 3940 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>