Malam Separuh Akhir Gegar Vaganza Musim Kedua begitu hangat dengan persembahan 7 bintang yang masih bertahan gegarannya. Tak tahu nak cakap yang mana kurang best! Tapi yang paling best mestilah Dato Seri Vida! Hahaha...

Melihat Farahdiya dengan Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, memang boleh nampak kesukaran dia melontarkan vokalnya, tapi persembahan dengan randisi tersendiri itu memang tak mengecewakan. Haiza pula sering tampil dengan idea persembahan yang sangat kreatif, namun rasa macam ada sesuatu yang kurang, barangkali lagu itu sendiri, 'sesuatu'. Siti Nordiana pula saban minggu tampil yakin dengan lagu bernada cukup tinggi ini, manakala lagu Sedalam Mana Cintamu nyanyian asal Safura sedaya upya cuba disampaikan sebaik mungkin oleh Azian.
Kalau dilihat antara Acong, Ezad dan Nasseir, persembahan Nasseir yang paling stabil walaupun popnya lebih berbanding rock, manakala Ezad perlu lebih tenang dan bertenaga ketika persembahan,
Berikut merupakan bintang yang mara ke final Gegar Vaganza Musim Kedua! Siti Nordiana, Nasseir Wahab, Ezad Lazim, Acong, Haiza, dan Farahdhiya. Kesudahannya, gegaran Azian Mazwan Sapuwan terhenti!