
Penularan Covid-19 yang semakin serius di Malaysia memaksa semua aktiviti melibatkan orang ramai ditangguhkan. Tidak terkecuali Konsert Khai Bahar- Dari Smule Ke Pentas Dunia yang dijadualkan pada 27 dan 28 Mac turut ditangguhkan.
Menurut penerbit konsert, Fauziah Ahmad Daud, keputusan itu diambil selepas perbincangan dan nasihat bersama daripada pihak Istana Budaya.
Tarikh baharu konsert ini akan diumumkan pada Isnin depan. - mStar