
Pemergian pelakon Ashraf Sinclair awal pagi tadi secara mengejut ternyata begitu mengejutkan. Sama sekali sesiapapun tidak menyangkan Ashraf Sinclair yang tampak sihat walafiat dan baharu sahaja dalam usi 40 tahun meninggal dunia diserang sakit jantung dipercayai ketika tidur.
Kesedihan ternyata menyelubungi bukan sahaja seluruh keluarga Bunga Citra Lestari, bahkan khabar kematian mengejut Ashraf Sinclair turut dirasai oleh para karyawan, selebriti dan peminat dunia seni dua buah negara, iaitu Malaysia dan Indonesia.
Berita kematian Asyraf Sinclair mengundang netizen dan para selebriti membanjiri posting terakhir aktor tersebut menerusi Instagram. Puluhan ribu komen takziah dikirimkan buat keluarga Asyraf Sinclair. Tidak kurang yang mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di alam sana.
Dalam pada itu netizen turut membuat spekulasi rawatan yang dijalani oleh Asyrah sejak penggal akhir tahun 2019 lalu mungkin penyebab jantungnya gagal berfungsi. Empat hari sebelum menghembuskan nafas terakhir Asyraf Sinclair sempat berkongsi rawatan menggunakan teknologi terkini yang berfungsi seolah-olah melakukan sit-up sebanyak 20 ribu kali dalam tempoh masa 30 minit dengan menggunakan sokongan mesin dan teknologi canggih terkini digunakan membentuk otot perut dan membuang lemak.
Rata-rata netizen berpendapat rawatan tersebut mungkin memaksa jantungnya bekerja lebih. Ada juga mempersoalkan sejauh mana keselamatan menggunakan teknologi tersebut. Bahkan netizen dari Indonesi turut menyerang Instagram BlinkBeautyJkt yang menguruskan rawatan tersebut kepada Asyraf Sinclair sehinggakan ruang komen posting takziah akaun kecantikan itu ditutup buat netizen.
Apa-apapun jua sebagai umat Islam kita semua tahu dan akur bahawa ajal dan maut adalah ketetuan Tuhan. Sudah tertulis sejak dilahirkan. Cuma asbab ketentuan sahaja pelbagai. Apapun spekulasi pastinya tidak dapat menghidupkan kembali Asyraf Sinclair. Yang pasti kita mampu sedekahkah doa dan surah buat rohnya tenang bersemadi.
Selamat tinggal Asyraf Sincalir. 1979-2020. Al-Fatihah.