Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Elizad Berehat Daripada Mingguan Wanita; Umum Jalani Rawatan IVF

$
0
0


Siti Elizad antara pelakon dan pengacara berbakat besar dalam industri seni tanah air. Telah mendirikan rumah tangga beberapa tahun, Elizad masih lagi menantikan kehadiran cahaya mata pertama bagi melengkapkan perkahwinan yang dibina bersama suami.

Minggu lalu, Elizad mengambil keputusan menarik diri daripada mengacarakan program bual bicara wanita dan keluarga Mingguan Wanita yang disiarkan di Astro Prima dan Prima HD pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 12.00 tengah hari.

Elizad mengumumkan bakal berehat seketika daripada mengacarakan program bual bicara Mingguan Wanita bermula Jumaat lalu demi menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Elizad merupakan pengacara utama bagi program Mingguan Wanita di mana kemunculannya adalah setiap hari dan digandingkan dengan pasangan pengacara selebriti yang berbeza mengikut hari dan topik seperti Sherry Al-Hadad, Erra Fazira, Norman Hakim dan Radin.

Semasa berkeudara di Sinar FM Jumaat lalu, Siti Elizad mengumumkan pengundurannya daripada mengacarakan Minggu Wanita. Bercakap kepada Hefny dalam nada sebak, Elizad turut mengharapkan doa masyarakat untuk dipermudahkan urusan zuriat kepadanya.

Untuk pengetahuan Siti Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>