
Drama adaptasi novel Chandelier karya Acik Lana bakal menghiasi kaca televisyen bermula 10 Februari 2020, akan disiarkan menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD dalam Slot MegaDrama. Drama Chandelier ini merupakan satu lagi naskhah arahan Michael Ang.
Bersiaran dari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam, drama Chandelier menampilkan Mimi Lana dan Ben Amir sebagai pelakon utama. Turut menjayakan drama yang dijangka meletop ini ialah Norman Hakim, Zaamrul Hisyam, Laila Nasir, Lydiawati, Nadya Shaheera dan ramai lagi.
Kami kongsikan beberapa gambar behind the scene pembikinan drama Chandelier untuk tatapan anda.





