
SINOPSIS ANGPAU UNTUK HAPPY
RTM menerusi Slot Panggung RTM membawakan telefilem Angpau Untuk Happy yang mengisahkan kisah seorang wartawan mendekati pelakon maskot tarian naga yang terpisah dengan anaknya, iaitu Happy. Saksikan telefilem Angpau Untuk Happy sempena perayaan Tahun Baharu Cina pada 25 Januari 2020 jam 9.00 malam menerusi Slot Panggung RTM TV1. Telefilem Angpau Untuk Happy menampilkan pelakon seperti Janet Khoo, Josiah Lim, Esma Daniel, John Tan, Puteri Rayyana Raiqa, dan Banu Prasetiawan.