Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Tekanan Hidup; Norman Hakim Pernah Cuba Bunuh Diri!

$
0
0


Siapa sangka di sebalik kehidupan penuh bahagia bersama keluarga, sebenarnya aktor Norman Hakim pernah melalui fasa getir sehingga memaksanya untuk pernah mencuba membunuh diri! Semuanya bermula apabila bapa kepada enam cahaya mata itu bercerai dengan pelakon Abby Abadi pada tahun 2008.

"Saya pernah melalui fasa perceraian dan ketika itu saya tiba-tiba hilang keluarga dan anak-anak. Bila saya hilang keluarga, maknanya saya mati! Masa tu bila betul-betul keluarga hilang, rasa gelap dunia dan nak bernafas pun rasa tak berguna."

"Masa tu saya tak fikir panjang. Lebih kurang 4 pagi saya telan 10 papan panadol. Kemudian saya telefon mak ayah untuk minta ampun dari hujung rambut sehingga hujung kaki.Seterusnya saya terlelap dan terjaga pada jam 9 pagi, kemudia terus berkata, 'Eh, aku hidup balik?' Kemudiannya terus jadi turning point dalam hidup saya untuk berubah.

Jika diimbas kembali tekanan yang diperoleh Norman Hakim sekitar tahun 2008 hingga 2009 cukup hebat, bukan sahaja denganisu perceraian dengan Abby Abadi bahkan kontroversi khalwat bersama aktres Memey Suhaiza turut menyebabkan tekanan dalam hidupya. 

Namun, kekuatan dalaman dan sokongan insan terdekat berjaya membantu Norman Hakim bangkit kembali daripada fasa ujian sehinggalah mampu membina kehidupan yang lebih bahagia seperti yang dikecapi hari ini.

Jadi, untuk anda yang sedang menghadapi fasa kecewa dan putus asa dalam kehidupan, jangan cepat mengalah! Ruang dan peluang untuk bangkit tetap ada selagi kita bernafas.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>