Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Sinopsis Drama Suamiku Mr. Blind; HyppSensasi Unifi TV

$
0
0


SINOPSIS SUAMIKU MR. BLIND
Pada zaman remaja, Aidil dengan sikap nakalnya suka membuli Ain. Ain Syuhada membalas dendam dengan menyembur racun serangga ke mata Aidil hingga menyebabkan mata Aidil Zafran buta. 
Sebelas tahun kemudian, Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya. Ain Syuhada muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. 
Ain merahsiakan identitinya dariapada Aidil. Manakala Aidil pula jatuh hati dengan Ain lalu menjadi penyelamat bila Ain putus tunang dengan Rayyan disaat perkahwinan mereka terlalu hampir.

Selepas majlis perkahwinan, barulah Aidil ketahui Ain isterinya adalah orang yang sama merosakkan matanya. Aidil bertekad untuk membalas dendam. Mampukah cinta mengatasi dendam yang membara.

Drama adaptasi novel Suamiku Mr Blind karya Danisyarahmat akan ditayangkan di Unifi TV saluran HyppSensasi 116. Dibintangi oleh Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari dan ramai lagi. Ditayangkan bermula 5 Ogos, setiap Isnin hingga Khamis pukul 9 malam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>