Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Aishah Pulangkan 'Berlian Palsu' Dengan Cara Terhormat; Mak Bapa Saya Tak Ajar Jadi Kurang Ajar!

$
0
0


Kontroversi hadiah tambahan Dato' Seri Vida kepada pemenang Gegar Vaganza tahun 2017, Aishah, berakhir apabila penyanyi wanita berpengalaman dan disegani dek ramai dek bakat seni suara yang dimilikinya itu menyerahkan hadiah 'berlian palsu' yang diterimanya menerusi program realiti nyanyian melibatkan penyanyi profesional paling popular tanah air itu.

Menurut Aishah, dia menyerahkan berlian palsu itu dengan baik tanpa sebarang drama dan enggan memanjangkan cerita.

"Sebelum ni kita dah tengok cara penyerahan Dato' Seri Vida, kita pun ada idea untuk serahkan tapi bila fikir balik saya tak nak malukan keluarga saya dan tak pernah diajar oleh mak bapa saya untuk jadi kurang ajar."

"Biarlah apa orang nak buat dekat kita, saya dengan baik pulangkan balik dalam kotak yang saya buat sendiri... Handmade, tak ada di mana-mana," katanya.

Terdahulu, Vida mencetuskan kontroversi dengan cara pemulangan penggantian berlian palsu dengan dua butir berlian yang dimasukkan dalam produk makanan ringan yang dijual atas nama anak perempuaannya Cik B.

Susulan itu tindakan Vida menerima kritikan dan cemuhan netizen sehinggakan Vida memberi respon untuk mengambil tindakan undang-undang kepada netizen yang menulis komen secara keterlaluan menerusi ruang komen instagram miliknya.

Apapun, kami percaya tindakan Aishah memulangkan kembali hadiah 'berlian palsu' dengan cara baik itu merupakan satu tindakan bijak dan matang. Malah, tindakan penyanyi itu memberi refleksi menerusi judul lagunya sendri, iaitu 'Kemaafan Dendam Yang Terindah'.

Untuk rekod Aishah sememangnya mempunyai bakat dalam seni kraf dalam menghasilkan pelbagai bahan kreatif yang sering dikongsikan menerusi laman instagramnya. - mStar



Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>