Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Sinopsis Drama 30 Pesanan Suara; Akasia TV3

$
0
0


SINOPSIS 30 PESANAN SUARA
Mengisahkan tentang tiga sekawan yang sangat rapat, Iman, Syafira dan Izman. Suatu hari, dalam sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan antara Syafira dan Iman, Syafira telah tersalah hantar pesanan suara kepada rakan lelakinya, Izman yang sepatutnya dihantar kepada tunangnya, Iman. Namun, jodohnya tidak kesampaian apabila Iman meninggal kerana serangan asma dan lemas di kawasan air terjun beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan mereka.

Disebabkan sudah jatuh cinta dengan keayuan dan kelembutan Syafira melalui mesej yang disampaikan melalui pesanan suara tersebut, Izman telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Syafira demi rasa sayang dan tanggungjawab untuk menjaga Syafira.

Nantikan drama bersiri berjudul 30 Pesanan Suara yang bakal menampilkan gandingan Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan dan Hannah Delisha. Drama arahan Pali Yahya terbitan Suhan Movies & Trading. Akan disiarkan setiap hari di slot Akasia TV3 bermula 6 Mei 2019, pukul 7 malam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>