
"Orang yang paling banyak menyakitkan hati kita, adalah orang yang paling sukar untuk kita lupakan"
Perghhh, sentap seh, ayat daripada penulis skrip drama Samarinda untuk bulan Ramadan 2019, Nurull Halawati.
Drama diberi judul Cari Aku Di Syurga menggandingkan Aeril Zafrel dan Janna Nick sebagai pelakon utama. Rasanya, kalau tak silap mereka berdua belum pernah digandingkan.
Menurut, Nurull Halawati, karya berat ini masih lagi dalam proses penulisan skrip, dan Muz difahamkan pemilihan pelakonnya memang sudah dimuktamadkan.
Jadi, kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana hasilnya nanti!