Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Penyanyi Terlalu Over; Banyak Perubahan Lagu Di AJL 33; Cacatkan Persembahan?

$
0
0


Anugerah Juara Lagu 33 yang berakhir malam semalam menyaksikan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat. Ada yang suka dengan keputusan juri, ada jga yang mempertikaikan keputusan juri. Apapun pastinya juri yang profesional dan diberikan mandat memilih yang terbaik dalam kalangan terbaik untuk diangka sebagai juara!

Dalam masa yang sama, netizen juga tidak ketinggalan menulis komen tentang persembahan barisan penyanyi pentas AJL 33 itu. Jika dilihat banyak improvisasi atau perubahan melodi lagu dibuat oleh kebanyakan penyanyi yang bertanding di AJL 33.


Khai Bahar misalnya dengan penambahan suara nyaring yang tidak ada dalam versi asal Luluh. Siti Sarah yang nyanyian Semakin miliknya tampak janggal sekali seolah pertama kali didengar. Misha Omar, antara yang berani tampilkan Sampai Bila seperti mana karya asalnya yang digilai ramai.

Ada orang kata jika mahu lihat dan dengar persembahan secara langsung sama seperti dalam rakaman lebih baik dengar CD sahaja. Namun, tidak ketinggalan juga yang menyatakan terlalu banyak perubahan dan terlalu mencuba menampilkan kelainan dalam persembahan akhirnya akan menjerat diri sendiri dan mencacatkan persembahan dan keindahan asli lagu itu sendiri.

Apa kata anda?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940