Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Suami Asyik Tengok Perempuan Cantik Di Tik Tok; Isteri Menjeruk Rasa Tak Dihargai

$
0
0


Kami kongsikan cerita hidup seorang isteri yang terasa tidak dihargai oleh suaminya. Apalah ada pada suatu ikatan perkahwinan jka hanya seorang sahaja yang berhabis daya bertahan bukan? Tapi, kalau dah sayang, perlulah kuatkan hati dan perasaan; Ikuti luahan rasa wanita yang bernama isteri ini...

Saya rasa macam takada manisnya lagi dalam rumah tangga saya ni. Tak tahu lah bertahan disebabkan apa lagi sekarang ni. Saya tak ada anak lagi. Usia perkahwinan menjangkau 5 tahun dah. Suami saya suka hidup cara orang bujang. Jarang sekali saya keluar dengan dia melainkan masa jenguk orang tuanya.

Saya sayang tapi kadang2 datang rasa kosong bila mengenangkan sikap dia. Dia suka marah2 saya. Serba tak kena. Dia suka berhubung dengan kawan2 perempuan melalui WhatsApp.. Fb chat.. Dulu saya memang seorang yang agak cemburu tapi bila selalu kena marah bila ambil tahu pasal dia saya cuba biarkan. Saya minta tuhan buang perasaan cemburu saya tu supaya saya tak sakit hati. Baru2 ni saya nampak dia asyik tengok perempuan cantik2 menari di tik tok apps. Bila saya tegur dia cakap takkan nak tengok lelaki. Sekarang saya dah kurang bergaul dengan dia. Biarlah dia dengan cara dia janji dia happy.

Saya ni selalu nak buat yang terbaik untuk dia tapi tak pernah dihargai. Bila saya masak,saya tak minta pun dia puji. Dia makan,tapi sambil makan cakap tak rasa itu la ini la. Bila orang lain melambung2 puji. Sedap la. Paling sedap la. Bila pernah sekali ke kenduri kawannya,isteri kawan bungkuskan sebekas lauk kenduri. Balik depan saya dan emaknya puji melambung isteri sipolan baik. Terkedu saya. Pasal sebungkus lauk terus cakap baik. Saya tak pernah dipuji. Herdik,hina lagi ada. Saya rasa dia anggap saya ni macam bibik dia saja. Saya tak pernah rasa macam orang lain. Berjalan dengan Suami. Bergambar dengan Suami. Tak ada. Saya betul2 rasa tawar hati dengan perkahwinan saya.😔😔😔😔

-KRT-

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>