
Malam semalam heboh tentang foto lucah kononnya dimuat naik pelakon sensasi Zul Ariffin di Instagramnya pada malam Jumaat.
Rata-rata netizen terkejut dan tidak percaya perkara memalukan itu dilakukan oleh aktor J Revolusi tersebut.
Foto alat sulit lelaki itu dimuat naik kira-kira pukul 8 malam dan dipadam dua minit kemudian, namun ia telah tersebar dan menjadi topik perbincangan warga Twitter.
Imej berkenaan memperlihatkan tangan seorang lelaki memegang kemaluan dengan menampakkan separuh badan.
Sementara itu, kelab peminat rasminya Zul Ariffin FC memuat naik kenyataan bahawa akaun IG pelakon itu telah digodam individu tidak bertanggung jawab.
“Hai, akaun bos (Zul) telah digodam awal malam tadi. Dia sudah membuang foto berkenaan dan semuanya dalam kawalan. - mStar Online