Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Adegan Romantis Tak Perlu Aksi Keterlaluan - Alif Satar

$
0
0


Lebih sedekad giat mencanai bakat, penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar, 27, sememangnya layak meraih populariti yang dikecapnya hari ini.

Cemerlang sebagai pelakon, Alif tidak perlu mempamerkan aksi keterlaluan bagi menzahirkan babak romantis. Dek kerana itu ramai peminat memuji dan menghormatinya.

“Tidak semestinya perlu berpelukan dan bersentuhan untuk menghidupkan suasana romantis. Bagi saya, pelakon kena kreatif.

“Ringankan mulut berbincang dengan pengarah untuk mencari alternatif lain. Kalau tanya saya, mimik muka dan lontaran dialog sudah cukup,” katanya.

Paling penting, kata Alif, pelakon perlu tahu plot cerita dan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.

Sebagai lelaki sudah berkeluarga, Alif berkata, wajar untuk dia berpada-pada kerana hati isteri, anak dan keluarga adalah keutamaan yang perlu dijaga.

Baru selesai penggambaran drama Pengantin Musim Salju di Jepun bersama penyanyi dan pelakon Siti Nordiana, Alif berkata, dia serasi bekerja dengan penyanyi dan pelakon wanita itu.

“Kami berdua banyak berbincang sebelum melakonkan sesuatu babak. Terus terang, sangat selesa kerja dengan Nana.

“Sutradara Hadith Omar pun sangat memahami, malah kami pernah bekerjasama dalam drama Dia Semanis Honey dua tahun lalu,” katanya. - Metro

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>