
Selepas 14 hari ditayangkan, filem adiwira arahan Datuk A. Razak Mohaideen, Badang yang menampilkan Datuk Seri Aliff Syukri selaku pelakon utama menamatkan tayangannya dengan jumlah kutipan sebanyak RM74,148.67. Jumlah kutipan itu berdasarkan sumber laman web Finas.
Kutipan ini sekali gus memadam harapan penerbitnya, FiTA Studio Sdn Bhd untuk melakar rekod pecah panggung bagi filem ini. Malah, jumlah kutipan itu jauh lebih rendah daripada modal keseluruhan filem tersebut yang mencecah RM2.2 Juta.
Tidak sekadar itu, menurut Internet Movie Database (IMDB), Badang telah menerima penilaian yang sangat rendah iaitu 1/10. Malah dikatakan kurang daripada 10 peratus penonton yang dikesan menyukai filem ini. - Awani