
Adab sopan dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya, sering dititik beratkan. Biarpun dunia berputar laju menjengah ke hadapan, dan manusia semakin mengejar modenisasi, namun sebagai masyarakat timur, kesopanan dan kesusilaan menjadi nadi kehidupana masyarakat Malaysia. Apatah lagi prinsip ini sendiri digariskan dalam 5 teras Rukun Negara.
Begitupun, amat malang sekali apabila wujud segelintir masyarakat yang tidak cakna akan ehwal adab. Lebih mendukacitakan apabila yang berkelakuan itu adalah dalam kalangan mereka yang berpendidikan tinggi.
Kami kongsikan luahan hati seorang ibu tentang sikap pelajar IPTA terkenal tanah air yang merembat kicap tanpa adab di meja salah sebuah kedai makan.
Excuse me, Please, Sorry
Pagi ini mood mama ke laut ekoran Al Mizan yang terlalu kerap mengigau. Seolah-olah tidur yang berkualiti hanya dapat dikecapi in a few minutes before adzan Subuh
.
Rumah depan masjid, of course la dengar azan, kan?
And you have to get up even how heavy ur eyes were.
Bila mood ke laut, vitamin R pun hilang entah ke mana, diganti vitamin M.
Malas nak masuk dapur.
Jadinya, mama berpakat dengan anak2 untuk breakfast di luar.
Mama pilih untuk ke sebuah warung di Serdang.
Alang-alang, boleh visit kakak yang katanya cedera muscle terus.
Anak2 dengan senang hati memilih menu masing-masing.
Abg ngah seperti biasa telur goreng, sosej dgn roti bakar satu set.
"Sedapnya ma, telur ni... Tapi abg ngah rasa nak tambah kicap la.."
"Abg ngah tahu kan mana nak cari kicap.. Pergi ambik sendiri, minta elok2 dengan pakcik or makcik yang duduk di meja ada kicap tu."
Balas mama sambil sibuk melayan Al Kautsar menikmati kuey teow supnya.
"Abg ngah tak tau la nak cakap macamana. Malu la, ma..."
"Meh abg long ajar, Affa.. Bila kita nak org tengok kita, kita kena cakap excuse me.. Pastu nak mintak apa2, kena cakap please.. Jadi, awak cakaplah, excuse me pakcik, boleh saya minta kicap tu, please...?"
Nak tergelak mama mendengar dua beradik itu. Tapi konsentrasi kepada Al Kautsar perlu diberi keutamaan.
"Hahh! Affa nampak ada meja yang tak ada orang, tapi ada kicap! Boleh kan ma, affa ambik kat situ?"
"Pegi aje lah," ujar abg long.
Abg ngah bingkas, cepat2 dapatkan kicap di meja yang tidak berpenghuni. Mama tahu, abg ngah ni pemalu sedikit, tidak outspoken seperti abg long. Jadi, itu tindakan paling bijak buatnya.
Abg ngah pun makan dengan berselera.
Makanan mama baru sampai, mama tunduk menjamah hidangan.
Sekejap, gadis di meja hadapan kami bangun, terintai-intai, dan dengan kadar sepantas kilat, mencekup kicap di hadapan abg ngah.
"Aikkk? Ambik macam tu je???" Abg long separuh menjerit
"Mamaaaa, kicap abg ngahhhh.." Mata abg ngah dah mula berkaca. Manja yang ampun dia dah datang.
"Kesian affa, ma.. Dia yang usaha pergi cari kicap, lepas tu kakak tu ambik macam tu je? Dah lah tak cakap please, tak cakap excuse me, tak cakap thank you."
"Betul tu, ma. Mama, kakak tu mencuri, kan ma? Abg ngah tak bagi pun dia ambik kicap tu, dia ambik macamtu je.. Tak baik kan ma?"
"Dah... Dah.. Abg ngah kan pandai. Abg ngah boleh pergi cari kicap lain kan? Mama tak nak dengar anak2 mama merengek macam ni lagi di kedai. Tak elok depan rezeki ni.."
"Memang la, tapi tadi abg ngah dah ambik kicap tu... Kenapa dia main ambik je.."
"Affa, sudah lah, mama dah cakap sudah, kan? Orang lain ni fa, ada yang tak diajar macam mama ayah ajar kita, tau fa. Abg long ni dah besar, abg long dah biasa benda2 pelik macam ni."
Sentapppp... Gadis tersebut yang kerusinya bersentuhan sahaja dengan kerusi abang long terhinggut-hinggut menahan gelak.
Maaflah dik, anak akak nan seorang ni memang lancang mulutnya.
Kesian juga tengok kamu semua.. Belajar di IPTA yg agak terkenal di Malaysia.
Tapi tiada manner.
Manner.
Tertib.
Adab.
Mungkin remeh bagi sesetengah orang. Tapi tidak bagi kami ibu2 yang tengah membentuk, mendidik anak2 kami dengan acuan manusia. Alah, botol kicap je pun.. Itu pun nak kecoh Ini bukan sekadar tentang botol kicap.. Ini pengajaran untuk anak-anak. Betapa keliru ekspresi Abg Ngah setelah botol kicap itu diraih pergi.Betapa sukar mama nak jelaskan keadaan yang berlaku..