Sufian, 25, berkata, bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin telah datang memulangkan cincin pertunangan kepada keluarganya, sementara Elfira dan ibunya Filzah Yusoff kini berada New York, Amerika Syarikat atas urusan kerja.

“Saya reda dengan ketentuan ini dan semuanya sudah selesai mengikut adat. Terima kasih untuk segala doa yang baik-baik daripada orang ramai.

“Pertunangan kami sudah putus, namun hubungan kami tetap baik sahaja. Tiada dendam antara kami dan saya mendoakan semoga Elfira ditemukan dengan jodoh yang baik dan berharap doa yang sama untuk diri saya,” kata Sufian ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. - Kosmo!