
Penyanyi Siti Saerah Tarudin untuk membuka tudung awal tahun lalu membuatkan peminat terkejut dengan tindakannya itu.
Saerah, 33, berkata dia tidak mahu bersikap hipokrit dan adalah lebih baik dia muncul dengan imej sebenar.
"Ini kali pertama saya muncul dengan imej sebegini di hadapan media dan rasanya saya perlu tampil tanpa perlu berselindung.
"Bila saya muncul dengan imej tanpa berhijab begini, saya terima pelbagai komen positif dan negatif, bagaimanapun saya menerima semua komen tersebut dengan hati terbuka.
"Saya bukanlah manusia yang sempurna cuma harapan saya peminat dapat mendoakan yang terbaik," katanya kepada mStar Online.
Dalam perkembangan yang sama, Saerah muncul dengan single baharu berjudul Hanya Restu ciptaan Sharon Paul dan Fedtri Yahya.