
Kebanyakan peserta yang beraksi dalam konsert AF Megastar Homecoming minggu pertama yang berlangsung di Royal Theater di sini belum menunjukkan kehebatan suara walaupun mereka berpengalaman.
Juri tetap pertandingan itu, Datuk Ramli MS berkata, tidak dinafika ada juga peserta yang membuat persembahan dengan baik.
"Persembahan malam ini ada yang okay dan ada juga yang tidak menunjukkan bakat mereka yang sebenarnya, mungkin memilih lagu yang kurang sesuai dengan suara mereka.
"Saya tidak mahu menyebut siapa peserta yang kurang menyerlah pada malam ini, namun secara peribadi ada peserta yang saya rasakan kurang sesuai untuk berada di pentas ini," katanya kepada mStar Online.