
Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila membuat pengakuan terbuka sedang menjalinkan perhubungan rapat dengan seorang pelakon wanita yang dikenali sebagai "N".
Berikutan itu, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah telah didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan suami kepada penyanyi Adira tersebut.
Namun, Nonny sanggup bersumpah bahawa tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa mahupun bercinta dengan Datuk Red yang sudahpun mempunyai dua isteri itu.
"Sumpah demi Allah saya tak pernah jumpa, berhubung atau menjalinkan hubungan cinta dengannya (Datuk Red). Saya tidak pernah memberikan nombor telefon kepadanya dan tidak tahu dari mana dia dapat," kata Nonny kepada sebuah portal online.
Terdahulu Datuk Red mengakui menjalinkan hubungan dengan pelakon wanita yang dikenali sebagai "N" sejak dua bulan lalu tetapi berakhir setelah berjaya dihidu oleh isteri keduanya, iaitu Adira.
Menurut Nonny, dia terkejut apabila dimaklumkan pengurusannya tentang pengakuan Adnan dan namanya disebut-sebut sebagai pelakon wanita "N" yang dimaksudkan. - Media Hiburan