Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Keith Foo Nafi Bakal Bercerai; Masuk Hospital Bukan Sebab Masalah Rumah Tangga!

$
0
0


Sebalik kebahagiaan menimang cahaya mata pertama bersama isteri, pelakon Keith Foo tiba-tiba dikaitkan dengan isu perceraian. Tak ada angin, tak ada ribut! Takkanlah?! Tengok di Instagram kedua-duanya, suami isteri ini nampak bahagia saja!

“Kami juga ketika ini sedang sibuk membuat persiapan untuk berpindah ke rumah baharu. Semuanya baik-baik saja dan kami pun baru saja dapat anak perempuan. Dalam soal tidak mengikutinya di Instagram, saya sendiri pun tak sedar akan hal terbabit. Anak buah saya gemar melihat gambar di akaun suami saya. Mungkin dia tersalah tekan”

Sementara itu, dikhabarkan juga Keith baru-baru ini terlantar di hospital berikutan masalah rumah tangga yang dihadapinya dengan isteri. Tetapi perkara itu turut dinafikan Keith, dan menegaskan insiden beliau dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan ketika bersenam hingga menyebabkan kepalanya terhantuk.


“Cerita kononnya rumah tangga kami bermasalah itu tidak benar sama sekali. Malah, kehidupan kami macam biasa saja. Baru-baru ini, memang saya dimasukkan ke hospital, tetapi disebabkan kecederaan dialami ketika bersenam. Kepala saya terhantuk pada objek keras. Jadi, dua malam juga saya terpaksa bermalam di hospital,” katanya kepada Berita Harian Online.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>