Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

One Forteen Nafi Gay; Tak Halang Lelaki Homoseksual Kunjungi Spa Miliknya!

$
0
0



Anggota kumpulan Forteen, One atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Shariffufin, 28, menangkis dakwaan yang mengaitkan dia dengan aktiviti homoseksual.

Jelas penyanyi itu, perniagaan spa lelaki yang diusahakan bersama rakan bisnesnya, Jaspal Singh Ajaib Singh adalah halal dan tidak melakukan aktiviti tidak bermoral.

"Spa ini akan dibuka tidak lama lagi, namun saya tidak boleh menutup mulut orang untuk berkata-kata. Saya sudah bersedia sejak dari awal lagi dan perkara negatif memang akan sentiasa ada walaupun dimana-mana.

"Nak berbisnes kena berani dan saya anggap kata-kata itu ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

"Perniagaan ini halal, apa jua orientasi seksual pelanggan itu pilihan masing-masing. Kami tidak akan memboikot sesiapa dan sentiasa mengalu-alukan pelanggan daripada pelbagai latar belakang," katanya ketika majlis pelancara Musclemen Spa di Shah Alam, Selangor siang tadi. - Astro Gempak


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>