Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Pelakon Fathia Latiff Turut Dijangkiti 'Virus' Putera Mateen!

$
0
0


Kelibat Pengiran Muda Putera Abdul Mateen yang hadir ke negara ini bagi menjayakan Sukan SEA Ke-29 khususnya dalam acara ekuestrian berjaya mencuri perhatian ramai warga tempatan.

Bukan sekadar masyarakat biasa yang sinonim dengan wajah tampah kerabat diraja Brunei itu sahaja yang menempel berdekatan khemah yang menempatkan Putera Mateen, bahkan selebriti tempatan terkenal, Fathia Latiff tidak ketinggalan merakamkan momen manis bersama putera raja yang menjadi igauan para gadis itu.

Fathia sebentar tadi memuat naik beberapa keping gambar kunjungannya ke acara ekuestrian Sukan SEA Ke-29, yang antara lain memaparkan sekeping gambar selfie bersama Putera Mateen.

Sukan polo yang popular dalam kalangan kerabat diraja menjadi antara tumpuan ramai masyarakat Malaysia pada edisi Sukan SEA Ke-29 pada tahun ini ekoran keterlibatan Putera Mateen dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam acara tersebut.

Fathia menerusi gambar yang sama sempat menulis caption "This is for you girls!" seolah-olah memahami kehendak hati kebanyak netizen di negara ini terutamanya para gadis yang menyimpan hasrat untuk merakam gambar kenangan bersama Putera Mateen.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>